Sunday, February 27, 2011

Usai sebuah pemusafiran : Alhamdulillah!


PTSL di malam hari


24 Februari 2011

Petang. Penulis dan beberapa sahabat memulakan permusafiran yang telah tertangguh pada minggu lalu. Asalnya kami berhasrat bermusafir pada minggu lalu tetapi tertangguh sementara kerana berlangsungnya pilihanraya kampus, tanggungjawab yang lebih utama didahulukan. Minggu ini (24hb) kami bertolak ke sana segera selepas habis kelas. Meskipun mengambil risiko kerana pada 27hb sebahagian daripada kami akan menduduki TECS-Oral. Semestinya bermusafir bukan mudah. Pasti tiada masa untuk mengulangkaji.


Tiba di perhentian bukit Jalil kira-kira pukul 12 lebih. Abang penulis dan abang kawan penulis datang mengambil kami dan menghantar kami ke Perumahan Pantai Damai. Ada senior penulis yang tinggal di sana. Kami menumpang di rumahnya. Beliau tinggal di rumah flat 15 tingkat bersama 7 orang sahabat lain. Sewa rumah itu RM 700 sebulan. Terkejut penulis dan sahabat mendengarnya. Syukurnya UTM ada kolej kediaman yang cukup untuk setiap pelajar. Subhanallah, begitulah musafir telah mengajar kami untuk mensyukuri apa yang ada.


Perancangannya esok pagi kami akan ke UKM.

25 Februari 2011


Seawal jam 6.30 pagi kami bergerak dari rumah. Dengan petua yang diberikan oleh senior, kami mengambil Bas ke K.L sentral. Tambang RM1. Sesak. Memang agak ramai juga isi bas itu memandangkan hari itu masih lagi hari kerja, hari sekolah. Ada pelajar sekolah yang turut sama berhimpit-himpit dengan kami di dalam bas itu. Erm, tabahnya kamu melalui redahan menusia saban ketika wahai anak-anak! Setiap hari pasti keadaan yang sama juga yang kamu lalui. Penulis mengucap syukur yang panjang. Zaman persekolahan penulis tidaklah melalui kesesakan sebegini.


Dari K.L sentral kami bergerak ke Stesen UKM menaiki Komuter KTM. Tambang RM 3.30. Pertama kali naik komuter, kami terlupa bahawa ada gerabak khas untuk wanita, jadi kami masuk gerabak yang campur. Tapi gerabak itu lapang juga, tidak terlalu sesak. Selepas beberapa lama berdiri, akhirnya kami berpeluang untuk duduk. Hampir sejam atau lebih, barulah kami tiba di stesen UKM.


Seterusnya kami menyelinap masuk ke bas UKM yang memang sedia menanti pelajarnya. Menyamar menjadi pelajar UKM dan masuk ke kampus. Terus turun di hadapan PSTL (Perpustakaan Tun Seri Lanang). Dalam masa itu, penulis mendapat berita bahawa adik kepada classmate penulis meninggal dunia akibat kemalangan. Innalillah..arwah adalah seorang tahfiz al-quran..moga Allah berkati ruhnya dan ditempatkan di kalangan para solihin. Al-Fatihah untuk Afif. [tak semena terkenang arwah kak hannan dan arwah akhtar..mereka juga kembali kepada Illahi akibat kemalangan]

Berkeliaran di situ - UKM, dan juga pusanika (kompleks makan dll) hingga jam 7 lebih. Sepenuh tenaga hampir hilang. Kami pulang dengan reverse kronologi semasa pergi, tapi kali ini kami memasuki gerabak wanita. Astagfirullah….sesaknya hanya ALLAH yang tahu. Betapa yang terkepit semakin terhimpit dan tersepit. Inikah kehidupan masyarakat bandar? Tidak hairanlah mereka mengalami stress yang tinggi.


Sampai di K.L sentral, sekali lagi kami mengambil bas untuk kembali ke tempat penginapan. Dalam keadaan itu, ada seorang pak cik India, entah apa yang berlaku, dalam sekelip mata sahaja bergaduh (tikam lidah) dengan pemandu bas. MasyaALLAH..gerun pun ada, seram dan pelbagai lagi. Entahlah tapi memang peliklah masyarakat bandar. Bagaimanalah mereka hidup dalam keadaan sebegitu saban hari? Saat itu terlontar kata-kata “tak apalah kalau kena pi Sabah dan Sarawak, asalkan jangan K.L”.


Huda nak pergi Sabah? “ kak Syimah yang terdengar menegur.


Maksudnya bukan yang terlalu jauh ke pedalaman..” begitulah lebih kurang penulis menjawab dengan maksud membetulkan ucapan tadi. Astagfirullah..Syukur Allah menetapkan diri ini lahir dan dibesarkan di kampung. Kesiannya masyarakat bandar..yang kaya lain cerita, yang sederhana? Yang susah? ALLAH…syukran ya Allah kerana menaqdirkan diri ini dibesarkan dalam kondisi yang lebih baik dari mereka. Sambil-sambil itu, penulis berbisik dalam hati bahawa mereka yang mengalami situasi di bandar itu perlu dilayani dengan pendekatan berbeza, terutamanya pelajar yang mungkin menjadi pelajar penulis sendiri.


Sampai di tempat penginapan, lebih kurang jam 12 juga. Keletihan dan kelaparan, kami buat keputusan turun membeli makanan. Kira-kira pukul 1 lebih juga baru masuk tidur. Badan sudah letih yang teramat sangat, lenguh dan sengal. Travel tanpa henti…Alhamdulillah, selama ini hampir kufur nikmat kerana senangnya kehidupan di UTM berbanding di sana.


26 Februari 2011


Pagi., sementara tunggu sahabat lain bersiap, sempat berbual dengans enior pasal kemenangan Pro-M di UM.bestnyer dengar...bilalah UTM pula nak jadi macam tu? Suatu hari nanti insyaALLAH!! Janji Allah pasti berlaku!!

Jam 9:15 baru kami keluar ke UM hari ini. Dua kali bertukar bas, yang masing-masing harga tambangnya RM1, akhirnya kami tiba di perpustakaan Universiti Malaya. Bahan-bahan dicari, dibaca dan dikaji. Penat..ya memang penat, keletihan masih lagi bersisa sehingga terasa tulang belakang mengerekot (ayat metafora). Tak sempat kemana-mana selain perpustakaan dan tempat makan. Ini disebabkan nawaitu memang untuk cari bahan. Memang cari bahan semata, tak sempat nak menyelam minum air kerana sedangk awal pernafasan untuk memastikan selaman berakhir baik.


Lebih kurang jam 2:30 petang, fatin di jemput di depan perpustakaan oleh ayahnya untuk pulang ke Pahang. Kami yang tinggal teruskan perjalanan mencari bahan dan maklumat. Untung rugi perjalana ini bergantung kepada kemampuan memperolehi bahan yang diperlukan. Balik jam 4 petang kerana perpustakaan tutup jam 4, kami singgah di pasar malam berdekatan. Beli makanan dan kuar dari rumah senior lebih kurang jam 6:30 petang. Kali ini menaiki teksi…pertama dan terakhir. Bimbang lewat sampai ke Bukit Jalil, lewat sampai ke UTM.


Alhamdulillah, urusan dipermudahkan Allah. Bas ada dan kami terus naik dan terus jalan. Tidur! Itulah kemampuan yang ada. Penat tak terhingga sampai masing-masing tak terkata. Menjadi si miskin yang travel ke sana ke sini dengan bas demi sebuah harta yang bergelar ilmu..kami terasa agak kaya sebenarnya..kaya dengan pengalaman, kaya dengan perjuangan di sepanjang perjalanan. Syukur ya Allah atas segalanya.


Sampai di Sri Putri jam 12 lebih kurang, bertemu dua sahabat yang dikenali tapi buat-buat tak kenal. Kerana selalu jumpa pun memang selalu macam tu..kalau sahabat muslimin, tak ada hal pula, tak perlulah ditegur…tiada keperluan kan? Eh,syadid ke? Tak apalah,..itu penulis bukan orang lain. Kemudiannya kami ambil teksi pulang ke UTM.


Sampai di bilik, masing-masing penat. Rumate tak da kerana balik Pahang. Entah macam mana penulis tertidur di katilnya tanpa sempat mengunci pintu. Tak lama kemudian, dalam sedar dengan tidak terdengar ketukan di pintu, bunyi orang buka kunci pintu dan muncul susuk tubuh rumate tapi tak jelas wajahnya. Baju, beg sandang dan beg pakaian yang sama, tiba-tiba dia naik ke katil dan menindih penulis. Segera penulis mengelepar dan melepaskan diri. Celik mata luas-luas baru sedar bahawa tiada sesiapa di situ. Allah..kepenatan yang teramat ditambah pengembaraan yang entah tersalah masuk tempat dan malam yang kelam mungkin penyebabnya. Malah, penulis tertidur tak sempat baca doa tidur.


Lari. Penulis ke bilik sebelah, tumpang bilik kak Huda. Kebetulan rumatenya tak da kerana menghadiri walimah sahabat. Cerita kak Huda keesokan hari. Bila penulis dah tidur, dia pulak nampak seseorang di hujung katil dan menindih dia. Hurm, Allahu akbar! Manusia ini dikelilingi segala jenis bahaya dan fitnah, dari manusia sendiri sehingga makhluk yang lain. Kekuatan pergantungan kepada Allah itulah yang paling penting sebenarnya. Yakin dengan kekuasaan Allah. Itulah yang utama!


27 Februari 2011


Awal pagi kami bergegas bersiap. Hari minggu tapi ada ujian oral-TECS. Nak tak nak, letih atau mampu terpaksa bergegas ke Fakulti. Hadapi TECS dengan otak yang kosong tanpa sebarang preparation. Yelah, unstable lagi kerana kepenatan yang pelik. Namun, siapa tahu Allah menakdirkan yang terbaik. Masuk oral dengan debaran yang terlalu kuat, sebab tak prepare langsung kan. Tapi, usaha yang termampu sahaja semasa di dalam bilik kuarantin tu. Nantikanlah keputusannya lepas ni, Sebenarnya agak blur kerana badan yang masih sengal-sengal.

Buka FB dan blog sebab dah dua hari tak masuk internet. Baru penulis tahu keadaan seorang sahabat yang diarah "pindah kolej". Allahu Akbar! begini jadinya. Sahabat, usahlah bimbang, Allah ada untuk kamu walaupun mereka memindahkan kamu kemana-mana sahaja..Masih lagi kita..dalam keadaan yang lebih baik dari sahabat di UM dan UKM sana. Sabarlah sahabat. Ada rahmat Allah untuk kamu nanti. InsyaALLAH..Ameen.

Lebih kurang jam 4 lebih rumate sampai. Dia akan attend Oral minggu depan. Balik rumah untuk jenguk adiknya yang baru balik dari Mesir. Dengar berita demam, tapi dalam keadaan baik. Alhamdulillah.


Khamis di UTM

Jumaat di UKM

Sabtu di UM

Ahad kembali di UTM

Siapalah yang buat kerja adhoc dan terlalu penat ni? Penulis angkat tangan, saya!

Penat, tapi Alhamdulillah..ada pelbagai hikmah dari DIA.

Dua perkara penting yang menyengat minda:


Satu : Alhamdulillah…syukurlah dengan apa yang kita ada. Kalau kita rasa susah belajar, mereka jauh lagi susah. Kita ada kolej kediaman, walaupun ada yang jauh, tapi mereka terpaksa menyewa diluar. Kos mahal, keselamatan kurang. Syukurlah tidak perlu melalui kesesakan itu saban hari.


Dua : Tugas dan tanggungjawab. Ingatlah mereka di sana ada yang sedang berusaha untuk hidup. Kehidupan seharian hanyalah untuk mengusahakan hidup pada hari esok. Mereka jadi lupa kepada pencipta dek kesibukan mengejar upaya untuk hidup di esok hari, untapped market but too big market with too much pressure. Semoga kita tidak mengabaikan mereka sebaliknya berusaha membawa kehidupan yang lebih baik untuk semua. InsyaALLAH ameen.


********************


“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-Anam, ayat 11)

“Katakanlah: Jelajahilah muka bumi ini dan lihatlah bagaimana akibat (yang menimpa) orang yang berdosa.” (Surah an-Naml, ayat 69)

P:s : Musafir kerana Allah, kutiplah ibrah dan pengajaran. Analisis dan sedarlah diri, bahawa masih berat lagi tanggungjawab yang menanti. Lalu bersyukurlah Dia memilihmu untuk terselamat lalu berpeluang menabur bakti.


***************


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

4 sahabat/iah:

saya jemput akak jadi panel said...

Fuh.

Mmg tempias rsa letih..

Adakah saya akn menyusuli situasi itu akan dtg?

Huhu. Bersiap sedialh murihah.. ;-)

FarHa said...

siapa yg tindih huda?? mereamng bulu roma kakha baca tau, teringt mlm td kena tindih gak, bukan setakat tindih malah pgg apa yg tak patut, takut sgt huhu~

takpe lah huda, penat lelah tu pasti akan terbals di ankhir nanti amin~

tasnim said...

SJAJP -> kamu ni suka sgt guna nama yang unik ya..:)
kepenatan mencari ilmu tak pa dik, yang plg penting ibrah dan pengalaman travel tu..^_^

Kak Ha-> tak tahulah kak Ha..agaknya perjlnn y terlalu jauh dan letih kot..sbb tu jd mcm tu..dah tu tertidur tak sempat baca apa2 plak tu...

Wardahtul Jannah said...

huda..seram ana baca..seramnyaaaaaa... yg kak huda namapk siapa lg pula??Allah...penat mcm mana pun kena juga menjg adab tidurkan..peringatan utk ana..seramla hudaaaaaaa...