Tuesday, February 15, 2011

kisah seorang lelaki..

“…Kisah seorang lelaki yang amat menghormati ibubapanya. Hingga walau hanya ibu susuan sahaja datang kepadanya, dihamparkan serbannya untuk lapik duduk si ibu itu..”


:: Lelaki itulah Rasulullah S.A.W

---Seorang anak soleh yang tinggi martabatnya—

Lalu dimana kita dalam mengikut jejaknya?





“..Kisah seorang lelaki, yang selalu menyuap makan jirannya yang buta, sedang jirannya itu suka sekali mencela seseorang dari kalangan mereka. Walhal jirannya itu tidak tahu bahawa lelaki yang menyuapkan itulah yang dicelanya. Hingga lelaki itu wafat, lalu sahabat karibnya menggantikan tugas menyuap itu. Si jiran boleh mengenal bahawa bukan lelaki yang selalu itu yang menyuapnya kerana kaedah suapan yang berbeza..lalu sang sahabat berkata bahawa lelaki itu telah pon meninggal dunia…dan dialah yang dimaki sentisa. Sang jiran sebak mengalir airmata..lalu syahadah menutur dari mulutnya..”


:: Lelaki itu adalah Muhammad S.A.W

----Seorang pemilik akhlaq terpuji---

Lalu dimanakah kita dalam menngikutinya?





“..Kisah seorang lelaki yang pulangnya lewat kerumah kerana urusan pentadbiran. Diketuk pintu rumahnya namun tiada jawapan, lalu dia tidur di hadapan pintu hingga keesokannya. Tika sang isteri melihat demikian, maka tiadalah lain kecuali kemaafan dipinta kerana kelalaian. Namun lelaki itu hanya,senyum dan memohon maaf kerana pulang terlalu lewat sehingga si isteri penat menanti, langsung dihatinya tiada benci..”


::Lelaki itulah Muhammad S.A.W

----seorang suami yang terbaik kepada isteri---

Lalu dimanakah kita dalam mencontohi baginda?





“..kisah seorang lelaki yang mengikat perutnya kerana kelaparan. Turun menggali parit bersama sahabat yang lain..tiada istimewa menjadi pimpinan, tidak dibiarkan yang dipimpin bersendirian.. sedang alas tidunya hanya dari pelepah tamar hingga berbekas di belakang..”


:: Lelaki itulah Muhammad S.A.W

---Seorang pemimpin agung yang berwibawa—

Lalu dimanakah kita dalam menjadikannya qudwah?



dan......




“..Kisah seorang lelaki, yang mengetahui bahawa dua cucu kesayangannya akan mati dibunuh sedang dirinya memiliki syafaat untuk menghindarkannya. Namun, tatkala putrinya sendiri meminta agar diberikan syafaat itu kepada cucunya, dia mengatakan tidak…kerana syafaat itu ingin diberikan kepada UMATNYA..”


:: Lelaki itu adalah Rasulullah Muhammad S.A.W

--- Seorang Rasul yang amat mengasihi umatnya..----

Lalu dimana kita dalam mengasihi baginda?



*******



***************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.



3 sahabat/iah:

Sunah Sakura said...

salam tasnim..

selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah s.a.w...

salam maulidur rasul~ :)

Nurul Izzati Atan said...

salam akk,....

subhanallah hebat nya Rasulullah s.a.w,...

shukran atas perkongsian,..

salam maulidur rasul,...

saya mahu bertegas seperti kamu said...

santai,
tapi terkesan.

teruskan menulis kak!