Diriku yang skema.
“kak Huda..kak Huda, senyap-senyap” pelajar-pelajar putri tingkatan 2 Abu Bakar senyap. Saya hanya melalui kawasan itu. Kebetulan hari itu guru mengadakan mesyuarat mengejut, pengawas diminta meronda dan mengawal kelas-kelas. Saya tidak mengambil mana-mana kelas. Gelaran sebagai Mantan Timbalan Ketua Pengawas sekolah menyebabkan saya tidak perlu mengawal mana-mana kelas. Saya hanya melalui kawasan itu kerana hendak ke pejabat sekolah. Itu sahaja, namun kelas sudah sunyi. Adik-adik putri diam tak bersuara, adik-adik putra juga segera diam bila melihat saya melalui kawasan itu.
“Kak..” tiba-tiba ada suara yang menegur dari belakang. Saya menoleh. Adik pengawas putri dari tingkatan 4 rupanya.
“Minta tolong akak boleh..?” Wajahnya penuh mengharap. “atau akak sibuk..?” Saya tersenyum sahaja. Erm, kadang-kadang adik-adik pengawas putri pon ada yang takut dengan saya. Semua tugasan yang nak dibuat akan dirujuk kepada saya. Malah, kalau ada peraturan pengawas yang saya tetapkan pasti akan diikuti, berlainan dengan Ketua Pengawas yang banyak memberikan kelonggaran.
“InsyaALLAH boleh,..awat? “ Saya menjawab.
“Akak tolong tengokkan 3 Ibnu Sina, depa hingaq sangat kak…dah la dekat dengan bilik mesyuarat, pengawas lain tak leh nak kawal pon…” Adik itu bercerita. Erm, saya diam dan angguk-angguk. Masa itu saya tak ada kerja yang perlu diuruskan segera, jadi tak salah membantu apa yang perlu.
“..Kak Wan!..Sshhh…” kedengaran suara adik putra dari 3 Ibnu Sina sejurus saya menonjolkan muka kesitu. Dua orang adik pengawas putri yang mengawal kelas kehairanan bila kelas senyap tiba-tiba. Saya memberi salam dan masuk. Selepas menyatakan tujuan ke kelas itu, dua adik pengawas itu segera berlalu.
Kelas sepi. Tiada yang bersuara. Saya duduk di meja guru selepas memberikan arahan supaya mereka melakukan kerja masing-masing tanpa membuat bising. Adik putri ada yang membaca, kebanyakan adik putra pula segera tidur. Ada bisikan juga dikalangan mereka, kalau kak Wan yang jaga kelas habislah! Dan memang saya yang sedang menjaga kelas mereka, lalu semuanya diam tak bersuara.
Kelas itu bagi saya kelas budak-budak baik. Langsung tak bising, pelik pulak bila mereka yang lain gagal mengawal kelas itu. Tapi saya berfikir-fikir sendiri, itulah perwatakan saya yang lalu. Keskemaan saya itu telah mengatasi Ketua pengawas sendiri.
“Kak Wan la pengawas yang paling garang kat sekolah dulu..” itulah apa yang adik pengawas putra cakap sewaktu kami berhubung kebelakangan ni. Hurm…entahlah.
Diskriminasi
Dulu, saya seorang pendiskriminasi, antara putri dan putra. Adik putrid memanggil saya dengan panggilan kak Huda, manakala adik lelaki memanggil dengan kak Wan. Malah sahabat-sahabat sekelas juga sama. Tak ada muslimin yang berani panggil saya Huda.
Adik-adik putri cukup bimbang jika saya yang mengadakan pemeriksaan di asrama. Malah mereka juga susah hati bila saya bergurau bahawa saya nak tinggal di asrama. Mereka bimbang asrama akan jadi betul-betul berperaturan. Mereka sudah tak ada masa lagi untuk ponteng prep dan sebagainya sebab kalau Kak Huda meronda habislah! Dahsyatkan! Saya tahu saya sangat tegas suatu masa lalu..
Adik-adik putra pon cuak dengan saya. Sebenarnya mereka lelaki ini tak adalah takut dengan perempuan. Cuma adalah perkara yang menyebabkan mereka tak berani nak mainkan saya atau apa-apa. Boleh jadi mereka ada juga melarikan diri dari ketua pengawas, tapi gagal melarikan diri dari saya jika melakukan kesalahan, pasti tertangkap.
Sebelum jadi pengawas.
Saya yang skema. Sebelum dilantik menjadi pengawas sekolah (sistem sekolah kami pengawas dilantik semasa tingkatan 3, tingkatan 1 dan 2 tak ada pengawas), saya memang pelajar yang tak pernah gagal mengikut semua peraturan sekolah. Saya adalah ulat buku dan kaki study. Tapi satu kelemahan yang nyata adalah saya tak banyak komunikasi dengan sesiapa, kawan-kawan sekelas yang putri sahaja saya kenal..yang kelas sebelah dah kurang kenal. Muslimin? Maaflah, dalam kelas saya ada lebih kurang 12 orang kawan muslimin, tapi saya hanya ingat nama ketua kelas seorang sahaja, itulah sikap saya selama 2 tahun di sekolah.
Perlantikan sebagai pengawas merubah semua itu. Saya perlu kenal semua orang untuk memudahkan kerja. Permulaannya sangat payah bekerja dengan persatuan yang turut ada muslimin tapi kemudiannya OK, malah saya lebih tegas dari mereka.
Kenapa begitu?
Pendirian saya jelas. Sikap saya jelas. Keskemaan saya jelas. Itulah agaknya kenapa semua itu jadi begitu. Mereka tahu saya tak pernah langgar peraturan ertinya mereka juga tak boleh langgar peraturan. Mereka tahu saya tidak bersosial sesuka hati, apatah lagi bercouple jadi mereka tidak berani melakukannya dalam pengetahuan saya. Meskipun ketegasan itu memang tahap tinggi, tapi setahu saya tiada yang mengutuk di belakang apatah lagi didepan, kerana saya arahkan mereka apa yang saya lakukan, dan saya larang mereka apa yang saya tidak lakukan. Itulah sebabnya.
Berbeza beberapa sahabat pengawas, yang dikutuk dan digelar pelbagai gelaran yang buruk. Kenapa? Kerana tugasnya mencegah couple, tapi dia sendiri juga adalah couple kepada seseorang. Betullah, bila kita tidak menghormati diri sendiri..sesiapa pun tidak akan menghormati kita. Menghormati diri adalah dengan menunaikan perintah ALLAH dan menjauhi laranganNya kerana semua ketetapan ALLAH adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri.
Di Universiti
Sampai ke kampus, saya bertekad mengurangkan skema itu. Saya rasa sudah banyak keskemaan itu yang saya kikis sedikit-demi sedikit sehingga saya jadi seseorang yang seperti sekarang. Ada adik yang tak percaya saya mampu marah, padahal saya memang boleh marah. Jadi, janganlah minta saya untuk kurangkan lagi ya…
Cukuplah dengan pengurangan skema setakat ini. Itupon telah menyebabkan hati terasa longlai dan daif..saya tak akan kurangkan lagi selepas ini. Maaf kepada sesiapa yang terasa dengan saya atau sebagainya. Pergaulan dengan muslimin pon kira agak keterlaluan sekarang ini. Mesti dan mesti saya bataskan kembali. Insya ALLAH.
***ALHAMDULILLAH saya kini adalah MANTAN amirah IMPI, syukur…dan insaf akan segala kelemahan menguruskan IMPI selama ini. Terlalu banyak kelompangan dan kecacatannya..Moga ALLAH ampunkan segala kekurangan dan dosa ini. Ameen.
***************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Ameen ya Rabbal ‘Alamin.
1 sahabat/iah:
jujur saya katakan, saya kagumi itu.
jangan dikurangkan, jangan dilonggarkan lagi..
Post a Comment