Tuesday, September 11, 2012
Guru dan Murid itu..
Saturday, February 12, 2011
tugas kamu..
Hari pertama berkhidmat, ia putus ekoran dipijak sesuatu dari belakang.
Sayang, ia masih baru dan “muda”,
jika tidak kerana itu mungkin jasanya berganda-ganda.
Tapi sebab terlalu sayang,
Perlu usahakan sesuatu..
Jahit dengan benang pink kerana benang putih kehabisan.
Tak lawa
Nampak cacat.
Apa nak buat ya? Sayang..masih “muda” untuk dibiarkan tak terpakai.
Erm,….
Selongkar laci..
Jumpa…
Jahit manik disekeliling jahitan yang hodoh tu
Erm, lebih baik dari tadi.
Yang putus dah disambung
Yang tampak cacat dah dihiasi!
Itulah tugas kamu guru!
*********************
Jangan terkejut bila kamu tahu muridmu itu telah “luka” sepenuhnya dalam kehidupan. Mungkin “tali” pergantungannya dengan Allah sudah putus kerana masa lalu, tapi jangan dibiarkan tersadai tanpa bantuan. Jahit kembali yang koyak itu dengan benang Islam dan Iman. Tunjukkan mereka betapa luasnya keampunan Allah.
Mungkin mereka akan kelihatan “cacat” dalam pandangan masyarakat, jadi hiasilah dengan “manik-manik” cinta dan keikhlasan. Semai harapan dan keyakinan bahawa kejayaan itu milik insan-insan yang beriman. Masa lalu bukan igauan, sebaliknya taubat Nasuha pembuka jalan..
Tugas guru bukanlah sekadar menggilap bakat-bakat yang jelas menonjol. Golongan ini hanya perlu didorong dan ditunjukkan jalan, mereka pasti maju ke depan. Tapi tugas seorang guru juga adalah membimbing insan-insan yang lemah dan putus menuju dan memilih haluan , walau mungkin terpaksa berpimpin tangan, dan bersinsing lengan.
**the task of excellant teacher is not in identifying winner, but to make a winner out of an ordinary people**
***************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Ameen ya Rabbal ‘Alamin.
Sunday, May 16, 2010
Guruku dan Bakal Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
Dimana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
semakin terpencil duduknya di ceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
penggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
Buat para guru yang disayangi dan dihormati;
Jujur hatimu tiada tandingan. Kau rela terbuang demi menegak kebenaran. Kerana tugas seorang guru itu mengajarkan kebenaran kepada pelajarnya. Terima kasih guruku.
Buat yang bakal bergelar guru;
Jujurkanlah hati kita demi masa depan yang kita bawa di setiap langkah kita. Jika bakal gurunya sahaja sudah rosak dan tiada keikhlasan. Masakan bisa menyemai benih tulus ikhlas di hati insan yang bergelar murid? Guru perlu menjadi role model untuk pelajarnya. Dari setiap sudut, tingkah laku, perkataan , pergaulan , pemakaian dan segalanya. Guru itu ibarat seribu buku..maka penuhilah diri dengan ilmu agar kita mampu mendidik dengan jayanya.
Sahabat, ingatlah satu perkara..
Guru mengajar pelajarnya akan ilmu yang benar,
tugas utama guru menyatakan yang benar. Jadi katakanlah kebenaran itu meskipun pahitnya akan menyusul. Meskipon kan terbuang. Tapi itulah dirimu, jalan pilihan untuk menjadi guru itu sangat panjang. Dan laluan sebagai seorang pendidik itu lebih -lebih lagi panjangnya...