Sunday, May 16, 2010

Guruku dan Bakal Guru

Guru oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca


Dimana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
semakin terpencil duduknya di ceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
penggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Usman Awang
1979



*********************



Buat para guru yang disayangi dan dihormati;


Terimakasih atas segala jasa dan pengorbananmu selama ini. Tak pernah jemu mendidik anak bangsa, tidak pernah mungkin menjadi kaya raya dengan menjadi guru. Tidak juga popular menjadi pendidik. Tapi kau tetap taguh dalam menyampaikan khazanah ilmu. Kau beri kami harapan dalam sinar malam yang pekat. Dan mengenalkan pada bintang yang berkelipan. Kau tegaskan kami untuk menjadi seperti bintang itu. Menyinar terang untuk menerangi laluan musafir malam.



Jujur hatimu tiada tandingan. Kau rela terbuang demi menegak kebenaran. Kerana tugas seorang guru itu mengajarkan kebenaran kepada pelajarnya. Terima kasih guruku.





Buat yang bakal bergelar guru;


Sabahat dan diriku sendiri,
Jujurkanlah hati kita demi masa depan yang kita bawa di setiap langkah kita. Jika bakal gurunya sahaja sudah rosak dan tiada keikhlasan. Masakan bisa menyemai benih tulus ikhlas di hati insan yang bergelar murid? Guru perlu menjadi role model untuk pelajarnya. Dari setiap sudut, tingkah laku, perkataan , pergaulan , pemakaian dan segalanya. Guru itu ibarat seribu buku..maka penuhilah diri dengan ilmu agar kita mampu mendidik dengan jayanya.


Sahabat, ingatlah satu perkara..
Guru mengajar pelajarnya akan ilmu yang benar,
tugas utama guru menyatakan yang benar. Jadi katakanlah kebenaran itu meskipun pahitnya akan menyusul. Meskipon kan terbuang. Tapi itulah dirimu, jalan pilihan untuk menjadi guru itu sangat panjang. Dan laluan sebagai seorang pendidik itu lebih -lebih lagi panjangnya...


5 sahabat/iah:

FarHa said...

selamat hari guru huda~~

QaisaraRaudhah said...

Guru ibarat lilin, sanggup membakar diri utk mendidik anak dan bangsa... Semoga lilin ini disinari dengan cahaya keikhlasan dan nilai satu perjuangan pd agama dan bangsa..

tasnim said...

Slamat hari guru juga kak Ha..

Fatin..insyaALLAH..teruskan perjuangan sebgai seorang ustazah..

Nur Sabrina Risman said...

Selamat Hari Guru~

Bila sudah berada di Alam Kampus ini susah untuk bertemu dengan Cikgu masa sekolah rendah mahupun di sekolah menengah...

Ada yang dah pindah..hilang contact number dan macam-macam lagi...
namun apa usaha dalam membalas Jasa yang begitu bernilai sehingga diri ini menjadi seorang yang berpelajaran...

InsyaAllah,Doa saya tidak pernah putus untuk diri Cikgu-cikgu saya...

Semoga berada di dalam rahmatNya...Ameen...

NajlaaY said...

Selamat hari guru, walaupn terlambat :) Smoga jadi guru yang ikhlas, bersemangat, dan ceria2 slalu :D