Tuesday, May 18, 2010

[ 2 _ _ V _ ]

3 hari..

2 hari..

1 hari..


Dah tak lama. Ternanti – nanti masa untuk berangkat kembali. Dah terlalu lama merindu. Sekadar bertelefon. Sekadar mendengar suara dari jauh. Rindunya. Kerinduan sudah semakin merimbun. Meranum. Hanya menanti masa untuk gugur.


Ah, rindunya…








"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia -
"Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "
(Al-Fajr – 27 -30 )

Destinasi manakah yang sering kita rindui? Transit persinggahan atau destinasi pengakhiran? Wahai saudaraku, simpan bahagian rindumu untuk kembali kesana. Padukan cintamu menuju Destinasi terutama.

--------

Aku sedang menggali sabar,

Daripada perigi jiwa yang gersang,

Alur mata airnya yang telah kering,

Tersejat oleh kegopohan amarah dan dengki,



Aku sedang menjala ikhlas,

Dari lembah hati yang kelam,

Membusuk dek mazmumahnya perasaan,

Dan buruknya igauan pemikiran,



Aku sedang mencari redha,

Yang belum pon ku miliki

Walau sudah sebeban tarbiyyah ku lalui,

Biar sudah berdekad usia ditempuh,



Aku sedang cuba menganyam rindu,

Pada sebuah pertemuan ilmu,

Yang bisa mengikatkan perasaanku,

Lebih dekat kepadaNYA,




Dan,

Aku sedang berusaha mengejar CINTA,

Cinta yang tidak mengenal derita,

Cinta yang tidak beristilah putus asa,

Cinta yang tidak mendambakan dunia,

Tiada yang lain selain DIA,

ALLAH YANG MAHA ESA..





3.34 pm

Aras 4, S45

Fakulti Tamadun Islam

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.




-----------------------------


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang
sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan
bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku
dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.











1 sahabat/iah:

NORAZLINDA AMIN said...

puisi mantop!