|
Tasnim adalah nama salah satu mata air dalam syurga |
Assalamualaikum,
Nur Tasnim Nasuha merupakan nama samaran penulis sama ada di dalam blogging "tasnim" mahupun Facebook. Nama ini digunakan semenjak awal penglibatan penulis dalam dunia maya termasuklah email. Nama ini juga telah beroperasi lebih kurang 5 tahun sebagai pengenalan diri penulis untuk rakan-rakan maya. Walaubagaimanapun, rakan-rakan terdekat dan sahabat serta ahli keluarga penulis mengenali diri penulis yang sebenarnya. Nama ini akan kekal menjadi nama pena penulis dalam tempoh masa yang agak lama sehinggalah penulis pada suatu masa nanti terdetik untuk menggunakan nama yang sebenar, insya-ALLAH.
Dilahirkan di rumah yang terletak di Utara tanah air pada bulan Julai 1988, penduduk sekitar pada masa itu mengalami banjir yang agak teruk pada tahun tersebut. Rumah penulis turut terlibat namun masih terselamat kerana merupakan rumah tingkat atas. Paras air pada waktu tersebut adalah sehingga pinggang. Menurut ibu penulis, itulah banjir yang terbesar pernah berlaku sehingga ke hari ini (sept 2011) kerana kebiasaan banjir yang berlaku tidak menyebabkan kawasan rumah penulis terlibat sekali memandangkan kedudukannya pada kawasan tanah yang agak tinggi.
Mendapat pendidikan formal dengan tidak melalui sistem pendidikan kebangsaan secara sepenuhnya apabila penulis mendaftarkan diri di sekolah agama rakyat (SAR) yang membiasakan pelajarnya dengan 20-22 madah (subjek) dalam masa seminggu tidak termasuk hafazan dan amali. Walaubagaimanapun, masih menduduki peperiksaan wajib yang ditetapkan negara. Berikut senarai peperiksaan penting yang telah diduduki:
- Sijil Rendah Agama (SRA) pada tahun 1999 ---- secara menumpang---
- Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR) pada tahun 2000
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2003 ----saat genting "penarikan" guru-guru dari SAR---
-Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) pada tahun 2004
-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2005
-Sijil Tinggi Agama (STA) pada tahun 2006
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2006
- MUET pada tahun 2006 ----dengan ketiadaan pengajar B.I----
Seterusnya menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, dengan penganugerahan Sarjana Muda oleh Fakulti Pendidikan (FP). Namun, rakan seprogram (SPI) dan penulis sendiri merupakan anak didik hampir 80% di Fakulti Tamadun Islam (FTI). Sekarang merupakan graduan yang sedang menunggu giliran untuk diberikan penempatan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana penulis merupakan pemegang biasiswa pihak kementerian.
Oleh itu,penulis sedang berusaha untuk mengadaptasikan kehidupan diri sendiri dan berusaha menyerap dan menapis segala pengalaman yang telah dilalui sebagai pelajar dan guru. Masih bercita-cita untuk menjadi guru, penulis berharap akan dapat menambahbaik sistem pengajaran dan pembelajaran (lebih kepada pendidikan) yang sedia ada sehingga mampu melahirkan generasi baru yang memiliki identiti jati diri dan daya saing yang tersendiri selaras al-quran dan as-Sunnah. InsyaALLAH...
Jadilah kelip-kelip
yang memancarkan cahaya dalam kelam
walau sesekali tersekat halangan
tetap meneruskan perjalanan dengan izin Tuhan
tidak sesekali memadamkan cahaya
hingga sampat saat "pemergian"
untuk bertemu Rabb-nya.
|
Perjalanan hidup perlu diteruskan lagi.. |
***************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”