Showing posts with label IMPI. Show all posts
Showing posts with label IMPI. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

IMPI : HALUS '11 dan EXGENIKA '11, dua perjalanan serentak..

Dengan Nama Allah, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....Alhamdulillah ya Allah...

Bermula 11 Mac sehingga 13 Mac 2011, dua program pendidikan yang berunsurkan tarbiyyah dan motivasi telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar tahun 4 SPI. Program ini dilaksanakan secara kerjasama dengan Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam (IMPI), Fakulti Pendidikan (FP) dan Fakulti Tamadun Islam (FTI).


Kedua-dua program ini telah berlangsung serentak di dua tempat yang berbeza iaitu Dewan Al-Marbawiy Fakulti Tamadun Islam, dan Juga di Asrama Pusat Kulai, Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra (STARP).


Program Pertama : HALUS '11 di Al-Marbawiy.


-Program ini merupakan program siri kedua selepas kejayaan Halus '10 yang mencatatkan peningkatan kecemerlangan UPSR di kalangan pelajar-pelajar yang terlibat pada tahun lalu. Berkemungkinan besar sistem mentor mentee seperti yang dijalankan pada tahun lalu akan diteruskan dengan ziarah/motivasi berkala ke sekolah peserta saban minggu. Pesertanya adalah pelajar yang harapan lulus dalam UPSR. Alhamdulillah tahun lepas penulis terlibat secara berterusan dengan HALUS, tahun ini penulis berundur dari HALUS dan ke kem EX-GENIKA pula.


Program kedua : EX-GENIKA '11 di STAR Putra.

- Program ini merupakan program yang bermotifkan pembentukan jati diri kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 di STARP. Penekanan aspek khalifah dalam diri setiap peserta amatlah dititikberatkan. Sesuai dengan tahap pelajar yang agak remaja, cabaran dan halangan juga diperincikan sesuai dengan kamampuan dan tahap mereka.


- Bagi penulis, kem ini berbeza dengan kem tarbiyyah dan motivasi yang pernah penulis lalui dan menjadi AJK kerana selama 3 hari berturut-turut airmata mereka mengalir tanpa henti. Tarbiyyah dan kesedaran..tindakan diluar kawalan, kekerasan dan kelambutan hati, perasaaan dan kebimbangan jelas berputar-putar disepanjang program. Namun, pengakhirannya penulis merumuskan bahawa kejayaan matlamat program adalah tercapai.


Dua peringkat pendidikan : sekolah rendah dan sekolah menengah...kedua-duanya disambut oleh tangan bakal pendidik. Semoga sahabat-sahabat yang menjayakan kedua-dua program ini beroleh manfaat, disamping kejayaan di pihak adik-adik yang menjadi peserta. Ameen ^_^





adik-adik HALUS '11




Adik-adik Ex-GENIKA '11


Tak banyak gambar yang menarik, masih belum ambil dengan unit dokumentasi lagi.

************************************

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (٣٣)

33. Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"


“Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” – (Hadis riwayat Bukhari)


***********


Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1979), pendidikan ialah satu proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia.


************


"The task of excellant teacher is not in identifying winner, but to make a winner out of an ordinary people"
-K. Patricia Ross

************************************


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Wednesday, November 24, 2010

to 4SPI~~

Sebuah pertemuan di tentu Tuhan,
termaktub perjanjian termetrai ikatan,
ukhwah dibina tanpa keraguan,
menabur bakti itu diusahakan..

kukuhkanlah sahabatku akan persefahaman..
teguhkan pula segala ikatan..
kasih cinta yang mendebarkan...
kehilangan demi kehilangan pernah kita rasakan
sehingga menitis airmata tiada kekeringan..

Berlarutan rindu tiada pernah kelupaan..
yang pergi lenyap meninggalkan..
yang diuji terusan di ibrahkan..
Biar lemah salinglah menguatkan..

Allah itu Maha Penyayang...
diutus ujian menguji kekuatan dan kerukunan persahabatan..
adakah bisa dilalui segala ancaman,
adakah bisa dilepasi segala kepincangan..

Benarkah ISLAM itu kita amalkan,
kerana persaudaraan itu Rasulullah tekankan,
ibarat muhajirin dan Ansar yang disatukan
Akhirnya kuat, bangun menggegarkan..

Dan perjalanan dakwah kita teruskan,
hingga kini hampir dipenghujung jalan,
tersungkur jangan, rebah kita pertahankan
bangun terus..kuatkan terus bertahan..

:::Maat taufiq wan najah :::

~~Uhibbukum fillah~~



24 Disember 2010 1:38 am (malam sblm exam Ulum Hadith dan pertemuan NAM globe '10)
KTF, UTM, Skudai

--Ilham slps mlht gmbr ksyngn batch 2SPI (2008), tercari wajah arwah..namun tiada, ketemu wajah temannya, tapi bercuti kerana ujian yang Allah berikan..
Sengaja tak letakkan gambar itu disini...moga jelas di kotak minda walaupun gambarnya tiada.



*****************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

Friday, November 5, 2010

:: Imtihan ::


Salam Imtihan untuk semua sahabat, mohon maaf apa yang tersalah selama ini.., dan terima kasih atas segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang melalui perjalanan ini. S

Syukran kepada kak Akma atas jadual ni, sangat membantu..

Maat Tawfiq Wan Najah fil Imtihan..^_^


*******

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ (١٥٩)

159. Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.



************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.



Wednesday, July 14, 2010

HALUS ’10 dan Kek Hari Lahir pertama.


Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang..


Selepas beberapa ketika berada di kampung di kampung halaman sendiri, akhirnya penulis kembali menjejakkan kaki ke bumi ilmu-UTM. Walaupun tiba agak awal dari tarikh kuliah bermula, namun sebenarnya ada agenda lain yang menanti. Pertemuan diatur, Strategi disusun, perhitungan dicatur dan batas-batas upaya di atasi sekudrat yang ada, akhirnya Program Kecemerlangan Pelajar kumpulan Mutiara (HALUS ‘10) telah mampu dilaksanakan sekaligus menyaksikan perasmian penggunaan Dewan Al-Marbawiy milik Fakulti Tamadun Islam (FTI) .

mengatur strategi..


Program Kecemerlangan ini merupakan anjuran bersama Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam (IMPI), Fakulti Tamadun Islam (FTI) dan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai telah di adakan pada 10 dan 11 Julai yang lalu bertempat di Fakulti Tamadun Islam (FTI). Peserta HALUS terdiri daripada 68 orang pelajar-pelajar tahun 6 SK Taman Sri Pulai. IMPI mendapat kerjasama yang cukup baik daripada pentadbiran FTI dalam melaksanakan program ini, begitu juga daripada SK Taman Sri Pulai. Pengisian program banyak menumpukan kepada memotivasikan para pelajar untuk menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.


Amir IMPI sedang membentangkan modul


Gelap

pendaftaran


Ada kisah menarik yang berlaku semasa berlangsungnya HALUS ’10 Ketika itu, dewan Al-Marbawiy telah siap dari segi pembinaannya namun masih belum mempunyai elektrik dan kelengkapan sistem audio. Oleh itu kami merencana dua tempat yang sesuai untuk mengadakan program ini, satu di FTI-AlMarbawiy, tetapi jika elektrik masih belum dapat disiapkan maka akan berpindah ke dewan Al-Ghazali MSI. Kemudiannya, kami dimaklumkan bahawa elektrik akan dipasang sehari sebelum program, jadi keputusan dibuat bahawa program akan dilaksanakan di AlMarbawiy. Barisan AJK dan fasilitator HALUS ’10 telah diminta untuk menginap di FTI sehari sebelum program bermula. Namun, sehingga jam 10 malam dewan Al-Marbawiy masih di dalam keadaan gelap. AJK berkampung di BK Hasbullah dan BK Faruqi, manakala BK Khadijah dan BK Ibn Khaldun dikemaskan untuk dijadikan penginapan peserta.


bergelap dan panas sebentar

Bermula pendaftaran peserta pada 10 Julai, elektrik masih tiada. Dalam keadaan yang agak gelap dan panas, modul tetap dimulakan. Namun, rahsia dan rahmat Allah siapa yang tahu. Tengah harinya sejuk menyusul apabila hujan mencurah bumi. Dan pada petangnya elektrik sudah boleh digunakan. Pelajar semakin selesa Cuma aroma kapur barus memenuhi dewan pada malam itu semasa slot muhasabah berlangsung.





Esoknya, slot motivasi diteruskan oleh penceramah jemputan yang dipilih pihak sekolah, manakala motivator kedua adalah ustaz Abdul Hafiz daripada Pusat Islam UTM. Program berlangsung dengan lancar, Cuma AJKnya yang kalut di belakang tabir menguruskan gimik perasmian penutupan dan hal-hal yang berkaitan. Majlis Perasmian penutup dilaksanakan oleh Pen.Kanan 1 SK Taman Sri Pulai, En Mazlan bin Saringat, turut hadir adalah Timbalan Dekan (Pembangunan Sosial) Dr Othman Napiah dan kaunselor SK Taman Sri Pulai. Program berakhir kira-kira jam 2 petang. Dan sesi mengemas dimulakan kembali. Kira-kira jam 4 petang lebih barulah AJK beransur pulang ke kolej masing-masing.


Kek Hari Lahir Pertama

Sampai di blok kediaman, penulis bergegas ke bilik untuk mengambil pakaian kerana ada destinasi tujuan yang lain. Namun, penulis bercadang untuk solat dibilik terlebih dahulu. Mana tahu, siapa menduga, rupanya sahabat-sahabat sudah pon bersedia untuk menyambut hari kelahiran penulis. Sebenarnya 11 hb Julai bukanlah tarikh yang sebenar tetapi pada 3 Julai. Namun, kebanyakannya terlupa kerana musim cuti, lalu diganti dengan hari itu.

Sungguh, kek coklat itu adalah kek hari lahir pertama buat penulis. Sepanjang 22 kali ulangtahun inilah kali pertama kek menjadi pemanis mulut. Alhamdulillah..dalam diam ada sahabat yang menyayangi. Terimakasih Allah kerana memberi kami Ukhwah yang sebegini.

Syukran Jazilan kepada Kak Huda, Kak Sah, Tg Aini, Kak Kin, dan Fatin yang telah menyambut kelahiran insan ini dengan kek yang pertama. Jazakumullahu khairan kathura. (^_^)


untuk yang bergelar sahabat,

kasihmu kurasai walau beribu batu jauhnya,

tak leka dan tidak rela melihat aku leka,

kau sinari cahaya persahabatan ini dengan ukhwah Fillah,

kau titipkan mawaddah dalam rahmah menuju Allah,

Syukran sahabat,

Syukran Ya Allah..atas sahabat yang Engkau berikan ini.


Kek Coklat hari lahir penulis yang pertama


******

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh” Ameen ya Rabbal ‘Alamin.