Bermula 11 Mac sehingga 13 Mac 2011, dua program pendidikan yang berunsurkan tarbiyyah dan motivasi telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar tahun 4 SPI. Program ini dilaksanakan secara kerjasama dengan Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam (IMPI), Fakulti Pendidikan (FP) dan Fakulti Tamadun Islam (FTI).
Kedua-dua program ini telah berlangsung serentak di dua tempat yang berbeza iaitu Dewan Al-Marbawiy Fakulti Tamadun Islam, dan Juga di Asrama Pusat Kulai, Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra (STARP).
Program Pertama : HALUS '11 di Al-Marbawiy.
-Program ini merupakan program siri kedua selepas kejayaan Halus '10 yang mencatatkan peningkatan kecemerlangan UPSR di kalangan pelajar-pelajar yang terlibat pada tahun lalu. Berkemungkinan besar sistem mentor mentee seperti yang dijalankan pada tahun lalu akan diteruskan dengan ziarah/motivasi berkala ke sekolah peserta saban minggu. Pesertanya adalah pelajar yang harapan lulus dalam UPSR. Alhamdulillah tahun lepas penulis terlibat secara berterusan dengan HALUS, tahun ini penulis berundur dari HALUS dan ke kem EX-GENIKA pula.
Program kedua : EX-GENIKA '11 di STAR Putra.
- Program ini merupakan program yang bermotifkan pembentukan jati diri kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 di STARP. Penekanan aspek khalifah dalam diri setiap peserta amatlah dititikberatkan. Sesuai dengan tahap pelajar yang agak remaja, cabaran dan halangan juga diperincikan sesuai dengan kamampuan dan tahap mereka.
- Bagi penulis, kem ini berbeza dengan kem tarbiyyah dan motivasi yang pernah penulis lalui dan menjadi AJK kerana selama 3 hari berturut-turut airmata mereka mengalir tanpa henti. Tarbiyyah dan kesedaran..tindakan diluar kawalan, kekerasan dan kelambutan hati, perasaaan dan kebimbangan jelas berputar-putar disepanjang program. Namun, pengakhirannya penulis merumuskan bahawa kejayaan matlamat program adalah tercapai.
Dua peringkat pendidikan : sekolah rendah dan sekolah menengah...kedua-duanya disambut oleh tangan bakal pendidik. Semoga sahabat-sahabat yang menjayakan kedua-dua program ini beroleh manfaat, disamping kejayaan di pihak adik-adik yang menjadi peserta. Ameen ^_^
Adik-adik Ex-GENIKA '11
Tak banyak gambar yang menarik, masih belum ambil dengan unit dokumentasi lagi.
************************************
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (٣٣)
33. Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
“Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” – (Hadis riwayat Bukhari)
***********
Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1979), pendidikan ialah satu proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia.
************
"The task of excellant teacher is not in identifying winner, but to make a winner out of an ordinary people"
-K. Patricia Ross
************************************
0 sahabat/iah:
Post a Comment