Showing posts with label Coretan sang hamba. Show all posts
Showing posts with label Coretan sang hamba. Show all posts

Saturday, December 29, 2012

Hati itu..


I

Diam dan sunyi di rumah batu. Tamannya besar tapi entah mengapa sunyi yang menyapa diri. Sebentar  tadi keriuhan “berperang” dengan seekor katak di bilik air mengubat kesepian. Namun kini, perasaan tiba-tiba letih. Bila sendiri, dan bila hati berbelah bahagi, airmata mudah mengalir dan tubuh seiring menuju ketidakselesaan yang panjang. Mungkin ingatan pada yang ditinggalkan tambah menyakitkan. Panas mula terasa di seluruh anggota. Letih tubuh bila perasaan letih memang berat, berbeza dengan letih tubuh ketika perasaan kuat, pasti dapat bertahan.

Akhirnya keputusan dicapai. Beg dibuka dan pakaian dihitung satu persatu. Mari bermusafir ke sebuah tempat yang lebih baik. Untuk sementara waktu, melarikan diri dari dilambung perasaan itu bagus juga, beri masa untuk sembuh walaupun mungkin sedikit lama.

Dalam resah gelisah, rupanya banyak lagi tugasan yang tertinggal. Tidak diselesaikan, namun hati tak dapat bertahan. Siaran perasaan yang terlalu banyak menyinggah benar-benar merumitkan. Lalai dalam melaksanakan tanggungjawab yang tertangguh dan kini terusan tertangguh. Ah, lemah benar hati dalam mengingati ALLAH..sebab itulah ketenangan hilang dengan mudah...

Atau sebenarnya, hati memberatkan pada kebimbangan yang berpanjangan...hampir sama! Terlalu bimbang, tidak baik juga untuk kita. Meniti hari dengan pelbagai siaran perasaan yang tidak menentu tidak akan dapat membantu apa-apa. Adakalanya siaran perasaan yang satu itu perlu dimatikan agar siaran yang satu lagi dapat fokus dengan lebih baik. MAtikan bukan bererti tamat, cuma akan dihidupkan semula pada waktu yang lebih sesuai. Ini kerana perjalanan sentiasa perlu diteruskan.


II

Ketika tiba, benar, demam kebah dengan segera. Ya ALLAH, benarlah manusia itu perlu saling berhubungan. Ia penawar dalam racun, racun dalam penawar..kita yang memilih mana satu yang mahu diperolehi dalam sebuah perhubungan, sesama insan. Dan keramahan menyuntik kelegaan, bual bicara mengusir sepi pergi. Ya, matikan siaran yang satu. Hidupkan yang satu sahaja, agar fokus lebih jelas dan ketara. 

Dan antara ubat yang terbayang mujarabnya, namun pahit untuk ditelan adalah perkhabaran-perkhabaran tentang hebatnya ujian. Ujian yang menimpa,tapi bukan untuk kita. Ia turun menghujan sahabat-sahabat yang sentiasa “berkeliaran” di lapangan perjuangan. Mereka yang terusan berlari menuju destinasi agung meskipun dirempuh badai dan taufan. Mereka yang degil untuk mengundur diri walau luka menitis di pipi. Airmata mereka terlalu mahal, ia hanya ekslusif untuk jalan Tuhan. Milik ALLAH SWT sahaja, airmata mereka turun ketika disisi Rabbnya.

Allah, dan diri ini masih lemah. Sedikit teruji sudah mula resah, sudah mula terasa payah. Sedangkan ALLAH telah janjikan ketenangan dengan sebuah ingatan. Adakah berfikir itu sudah melebihi zikir? Hingga ujian hilang nikmatnya..hilang pandangan mata hati pada hikmah disetiap ujian yang menyapa. 

Merenung diri sahabat, terasa hina dan rendahnya diri. Terusik hati, dan semerta cuba menguatkan diri. Allah..ini hanya secebis dari secebis..kuatkanlah kekuatan pada dugaan yang tak seberapa. Melihat sahabat-sahabat yang tegar berjuang tanpa sebarang pengharapan pada pengiktirafan dunia, hati terusik. Semoga ALLAH sentiasa memberikan mereka ketenangan dalam hidup, diberkati setiap langkah dan pilihan, serta dipermudahkan urusan. Maaf sahabat, hanya doa yang termampu untuk kalian. Moga daku mampu membantu dengan lebih lagi..ameen T_T


III

Maka, hari akan terus dilalui. Dan kekuatan dipohon lagi.

Ya ALLAH
ampunkan dosaku dan dosa kedua ibubapaku
Berikanlah kasih sayangMu kepada mereka seperti mana
Mereka mengasihiki semasa kecilku
Lindungilah mereka dari ujian dunia
Dan berikanlah kepada mereka kesihatan dan kemudahan pada urusan
Dan golongkan mereka dalam golongan yang mendapat redhaMU
Amen...

Ya ALLAH,
Rahmati dan lindungilah ahli keluargaku, kaum kerabatku
Adikberadikku
Limpahkanlah nur iman kedalam hati mereka
Teguhkan hati mereka dengan iman
Dan pimpinlah mereka menuju jalanMu yang lurus...

Ya ALLAH,
Berikan ketenangan dan kelapangan kepada sahabat-sahabatku
Agar mereka terus tabah dalam ujianMU
Redhailah mereka dan berkatilah mereka
Kekalkan mereka dalam keimanan dan keikhlasan
Dan dekatkanlah hambaMu ini kepada mereka agar dapat
Kutingkatkan kekuatan untuk seiring dengan mereka,
Dan kekalkan ukhwah antara kami ya ALLAH
Sesungguhnya aku tidak sanggup kehilangan sahabat-sahabat
Seperti mereka...
Amen..


Dan, bila rindu bertamu..doaku terus berlagu...insyaALLAH.


 




************************

Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Thursday, December 13, 2012

Seorang...




 Dengan nama ALLAH...


Seorang lelaki dan sebuah rumah. Pengunyahan kisah hidup seorang insan biasa yang telah lama saya ingin tulis. Ramai orang telah melalui hakikat menjadi insan ini. Seorang lelaki dan sebuah rumah, bukanlah tentang kisah cinta, walaupun sebenarnya ia benar-benar adalah sebuah kisah cinta yang dalam. Tapi, saya yakin, kunyahan ini tidak cukup hancur, apatah lagi lumat. Ya, hanya coretan mengenainya sahaja. Susah mahu mengunyah kisah yang cukup panjang dan dalam ini. Tunggulah suatu masa nanti. Hanya seorang lelaki sahaja, saya kira, mampu mengunyahnya dengan hadam. Bila dia juga telah sampai ke suatu “situasi” itu!


**************

Tiada pelajaran, tiada harta tinggalan. Lelaki itu hanya seorang lelaki biasa yang belajar untuk hidup sama seperti insan/lelaki lain yang juga lahir sama sepertinya. Apa yang disyukuri, dia lahir sempurna dengan segala kurniaan ALLAH, diberikan kesihatan yang kadang kala disapa ujian. Dia benar-benar seorang lelaki biasa dalam kelompok masyarakat yang biasa. Kerjanya membanting tulang seperti lelaki-lelaki lain. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lihat dan dengar semua itu, memang terasa kebiasaannya.

Alah! Mari memudahkannya! Lelaki itu adalah seorang ayah, yang berusaha bekerja membesarkan anak-anaknya. Dia menyara atas bantingan tulang dan perahan keringat. Bertungkus lumus di bendang dan ladang, di sawah dan padang. Semuanya tempat berkampung demi rezeki dan nafkah. Dan dalam kedaifan hidup itu, seorang ayah tetap juga membina sebuah rumah, yang kadang kala bagai tak logik dipandangan mata. Rumah yang mungkin, kita lihat seperti biasa sebab kita benar-benar dah biasa, tanpa tahu betapa tinggi nilainya…

**************

Maaf. Sudah tak dapat mencoret lagi. Cukuplah dulu setakat ini jika masih ada ‘nanti’.

****************

Petang tu semua pakat jadi buruh binaan. Abang Own pegang kepala tiang konkrit 8 kaki tu, kami yang  berenam ni (K.Syikin, Nadia, kak long, Asyraf yang tingkatan 1 tu dan Aiman yan darjah 5 tu) pakat pegang bahagian tapak. Ya Rabbi! Memang berat tahap gaban kot! Tiang konkrit la. Huhu, nak buat bilik air belakang umah tu, untuk bilik orang sakit. Dulu,,,,masa ayah buat semua tu memang tak kacau kami pon. Buat sendiri saja. La ni sebab ayah dah tak boleh lagi, baru kami jadi kerahan tenaga semua. Tak terjangka kan! ALLAH…mesti ayah sedih dan susah hati tengok kami semua petang tu….tapi itulah hakikatnya, hidup perlu diteruskan. Moga ayah cepat sembuh semula. BUKAN untuk buat kerja lagi…cukuplah sembuh seperti layaknya insan tua yang biasa…Ameen.

Kesian jugak kat mak…

Alhamdulillah ‘ala kulli hal wa niqmah.

( Buat para pemuda : bila kita sibuk nk cari bidadari, mungkin dia ada di tepi.. tapi kita tak sedar siapa.. Cuma, ALLAH dah bagi yang jelas di depan mata..dua anak kunci syurga..pilihlah untuk pegang ia dengan seteguhnya)


**********

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Friday, October 19, 2012

enTitled




Dengan Nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang..
Ya ALLAH, pada hatiku yang berbisik, pada lisanku yang berbicara, dan pada jariku yang menulis, moga Engkau ampunkan khilaf yang hadir padanya.


“Surprise is nothing coz it is just something new, but the everything is about how you endure it to be in the right way that it should be”

Tak semua orang berpeluang mengecapi nikmat Islam dan Iman. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang bukan beragama Islam, dan ada juga yang dilahirkan dalam keluarga Islam namun bukan yang mengamalkan Iman dalam kehidupan. Dua nikmat yang terbesar ini, sewajarnya disyukuri dan dihargai sepenuhnya oleh umat Islam.

Mungkin kita lahir dalam keluarga Islam, dan mengamalkan Islam itu serta menekankan iman. Itu nikmat yang tiada galang gantinya. Namun, masih ada yang lahir dalam Islam, namun masih teraba-raba mencari makna Islam itu sendiri, bahkan teraba-raba mencari erti kasih sayang yang hilang di tengah jalan. Mereka hidup dalam keuzuran, hidup dalam perjalanan yang payah, sepi dan sunyi. Tabahnya mereka berjalan dengan sendiri meski gelap pekat di depan. Mereka terus berjalan walaupun tidak tahu di mana arah tuju yang sebenarnya, apa yang mungkin mereka temui, semuanya hanya andaian yang nyaris tidak pernah wujud dalam fikiran.

Melihat mereka, meruntun jiwa. Senyum manis anak-anak muda yang tenang dalam kesempitan cinta. Bukan salah mereka jika tersasar dari jalanNya..namun, itu adalah salah KITA SEMUA, yang masih merasa diri sendiri penuh duka, sedangkan berbanding mereka, sudah tidak terkira betapa jauhnya beza nikmat yang ALLAH kurnia.

Dan Allah kini membukakan jalan nasr-Nya, bersama tanggungjawab yang semakin membukit. Mari mempersiapkan diri walaupun pasti ada kejutan pada hari demi hari yang perlu dilalui. Kejutan bukanlah apa-apa kecuali sesuatu yang baru, perkara yang menjadi segala-galanya adalah bagaimana kamu menghadapi kejutan itu dan meletakkannya di tempat yang betul seperti apa yang sepatutnya ia berada…

p/s: I’m moving now…and I’m very happy coz ALLAH gives me this opportunity. Alhamdulillah. ..Mohon kekuatan dari ALLAH untuk meneruskan ketabahan di perjalanan ini..^_^
*******************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Wednesday, August 24, 2011

Salam Lebaran~~



Salam Lebaran buat semua sahabat dan kenalan. Moga amalan sepanjang Ramadhan diberkati Allah selamanya. Ameen


*********************


Ya ALLAH sesungguhnya aku memohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku,

dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku,

melainkan apa yang telah Engkau catatkan untukku,

dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku,

Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat,

Matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh.


Friday, August 19, 2011

Koleksi al-Hadith~~(teguran buat diriku dan kamu)




"Pencuri yang paling jahat ialah orang yang mencuri sembahyangnya, yakni tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Dan manusia yang paling bakhil ialah orang yang bakhil memberi salam"
(Riwayat Tabrani)


----Tunaikanlah solat mengikut rukun, syarat dan toma'ninahnya dengan sempurna, dan ucapkanlah salam buat saudara-saudaramu di luar sana -----





" Satu dirham riba yang dimakan seseorang, sedang ia tahu, lebih buruk di sisi Allah daripada tiga puluh enam kali berzina"
(Riwayat Ahmad & Tabrani)

----Fitnah Riba semakin berleluasa, semoga Allah berikan kekuatan menghindarinya---
(to somebody : Now, i know why girls is better to end their study than taking PTPTN)



p/s : Mari bertaubat atas kelalaian selama ini...T_T

***************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”


Tuesday, August 16, 2011

Iftar~~

teet...

Penulis men"forward" mesej iftar yang diterima daripada seorang sahabat kepada 3 orang sahabat yang lain. Tetapi dalam hati sudah terdetik perancangan yang berbeza.

Akhirnya, perancangan itu diutarakan pula sahabat yang lain, jadi ia direalitikan bersama-sama.

Kami merempit lagi, untuk kali terakhir barangkali. Menuju Bazaar di kaw SMK Taman U. Kali ini kali ke-3 penulis mengunjungi bazaar Ramadhan, bazaar yang ketiga juga. Membeli dan bertemu apa yang patut. Selesai, kami pon balik.

Hari ini, salah seorang teman "seteratak" kami akan pulang. Jadi, kebiasaan beriftar bersama di MSI setiap hari diubah sedikit. Kami beriftar di "teratak" sahaja. Inilah kali pertama kami Iftar Ramadhan di "teratak", sebelum ini tidak pernah. Si Pemilik kasut putih akan pulang kerana telah berjaya menyelesaikan tugasnya. Maka, tinggallah si pemilik kasut pink, putih dan coklat cair sahaja kini.



Si Pemilik Kasut Putih sudah melangkah ke jalan bertentangan...T_T






Awal-awal lagi SPKP (si Pemilik Kasut Putih) sudah berkemas. Itulah antara bagasi yang ikut serta untuk pulang.






NaSi kerabu...simpan separuh untuk sahur





Banyak juga hidangan iftar yang dikumpulkan. Bukan apa, boleh kata selama ini kami hanya menerima hidangan di masjid sahaja. Tidak menambah apa-apa. Jadi, apabila sudah berkesempatan, inilah jadinya.

buat SPKP yang balik,
kenangan suka duka kita melalui detik cemas dan ceria disini pasti kekal dalam ingatan. Tak kira jauh atau dekat jarak kita, InsyaALLAH jika ikhlas kerana ALLAH, maka akan terpahat selamanya. Selamat Jalan, Moga kita akan berjumpa lagi.


Salam Ramadhan, semoga bertemu lagi.


Kita boleh mencari duit dengan bekerja
kerana Allah menjanjikan rezeki pada usaha,
kita boleh sampai ke tempat jauh tanpa kenderaan
kerana Allah berikan kaki untuk berjalan
namun kita hanya boleh mencipta persahabatan
pabila ALLAH memperkenankan
dan memperlunakkan hati kita
untuk saling redha dan saling terima
pada kelebihan dan kelemahan setiap insan...


***************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”


Sunday, August 7, 2011

Mandirinya...

Keberlangsungan kemandirian sesuatu bangsa untuk mempertahankan negaranya terletak pada bahu pemerintah yang mentadbir. Apa yang ditekankan pemerintah amat penting dalam menentukan corak dan identiti serta kemandirian bangsa dan negara tersebut.


Pemerintah yang bijak pasti tahu apa yang perlu dilakukannya.
Pemerintah yang cerdik pasti dapat mengatur semua perancangan dengan teliti dan cermat.
Pemerintah yang pandai pasti dapat menguruskan kewangan dan hutang negara dengan baik.

Namun, semua ini tidak cukup lagi, jika ia tidak terangkum dalam pemerintah yang seperti berikut:


Pemerintah yang penyayang tidak akan mewariskan negara yang korup kepada generasi seterusnya.
Pemerintah yang cakna tidak akan melakukan sesuatu yang akan merugikan bangsa dan negaranya.
Dia tidak akan menyekat pertumbuhan kemajuan rakyat
Dia tidak memandang kemajuan semata-mata tetapi menjadikan akhlaq dan moral sebagai tunjang utama dalam pembentukan sebuah negara maju.


dan, pemerintah yang beragama pasti menjaga amanahnya,
dia tidak mengaut keuntungan untuk dirinya
tapi apa yang dilakukan adalah untuk keuntungan rakyatnya
yang menjaminkan kebahagiaan dia dan mereka di Akhirat sana.


Jika, pemerintah tidak cakna, malah alpa. Maka bahayalah sebuah bangsa dan sebuah negara. Hilang haluan, bahkan mungkin generasi masa depan akan mewarisi kepapaan dan sejuta kepincangan.


Jika pemerintah sudah begini, rakyatlah yang perlu cakna, perlu bangun mengingatkan semula, kerana yang bakal mewarisi bangsa dan negara ini..adalah generasi kita, anak-anak kita. Bersamalah membantu mengubah cara, agar kembali mengikut pada Yang Maha Sempurna.


Membela bukan untuk diri semata, malah untuk yang tercinta.

p/s: Tetibe jer keluar post ni..hurm, ilham Ramadhan? Cetusan persekitaran barangkali. ^^,



***************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Wednesday, July 27, 2011

Merungut sebentar...KPM vs PTPTN ? @ kdua2.

Rezeki kurniaan Allah - PTPTN vs KPM : Pro & Kontra

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini saya bersikap materialistik sedikit. Meskipun menyedari bahawa setiap individu memiliki rezeki yang tersendiri yang telah Allah sediakan semenjak awal lagi. Dia yang Maha Berkuasa menentukan untuk setiap seorang sesuatu yang tidak dapat dijangkakan.

Ketika pulang ke kampung baru-baru ini saya menerima surat daripada Senat Universiti menyatakan berkaitan kelayakan untuk bergraduasi dengan kepujian kelas pertama. Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga atas kurniaanNya. Malah, beberapa sahabat juga turut mendapat kelayakan yang sama. Lebih menggembirakan apabila mendapat tahu mereka berpeluang mendapat pelupusan pinjaman PTPTN kerana telah mendapat kepujian kelas pertama. Saya turut bersyukur untuk mereka. Alhamdulillah, rezeki kurniaan Allah.

Namun, secebis perasaan terkilan muncul jua. Rasa tidak bersyukur barangkali..( erm,). Saya menelefon ke pihak KPM dan juga PTPTN untuk mendapatkan pengesahan terhadap beberapa soalan yang saya kira perlu diajukan. Keputusannya adalah seperti berikut:


Hutang PTPTN :

RM 7000++ (caj sudah bermula sejak 2008, walaupun dihantar penangguhan, tapi itu hanya untuk penangguhan pembayaran balik. Caj bulanan tetap berjalan).

Tiada pengecualian bayaran balik meskipun mendapat kelas pertama, kerana telah mengambil biasiswa KPM mulai tahun kedua pengajian.

*Status : Berhutang.


Kontrak KPM:

Perlu mengisi borang untuk posting (borang belom keluar kerana ia hanya akan dikeluarkan mengikut keperluan guru). Tiada tarikh yang pasti mengenai borang.

Tidak digalakkan sambung belajar, kerana jika dipanggil perlu mendaftar dengan serta merta.

Tiada keistimewaan dalam berposting. Perlu isi borang dan duduki temuduga serta penempatan adalah tertakluk kepada keperluan guru.

*Status : Tidak pasti sama ada unjuran kerajaan atau tidak.


Kesimpulan :

Saya adalah siswazah yang bergraduasi dengan kepujian kelas pertama, terikat kontrak dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi masih belum tentu akan diberikan penempatan dalam masa terdekat, tidak digalakkan sambung belajar dan berhutang RM 7000++ dengan PTPTN kerana Kementerian Pelajaran TIDAK MEMBAYAR untuk tahun pertama pengajian, hanya membayar untuk tahun kedua dan keatas. (Syarat KPM, perlu ada keputusan peperiksaan dahulu sebelum mengemukakan permohonan)

(Adeh, banyak plak perkaranya…T_T )


*****************

Rasa cemburu dengan sahabat tajaan PTPTN yang 1st Class, hutang zero, kontrak zero. Available untuk sambung belajar atau mencari kerja. Tapi, jujurnya mereka sepanjang pengajian mengalami krisis kewangan yang agak berat memandangkan jumlah pinjaman yang diperolehi tidak mencukupi untuk perbelanjaan setiap semester. Mereka masih terpaksa mendapatkan tampungan perbelanjaan daripada keluarga masing-masing. SYABAS sahabat-sahabat, kesusahan lalu kini Allah beri kelapangan buat kalian.


Buat yang mendapat KPM, kalian beruntung jua dahulu, kerana telah meringankan beban ibubapa sepanjang 3 tahun terakhir pengajian. Walaupun dipenghujung pengajian anda terikat dengan kontrak dan tergantung tanpa keputusan yang jelas mengenai status “kerja” daripada KPM serta non-available for further study, tapi ia tetap adalah suatu rahmat yang telah anda terima suatu ketika dulu.


Jadi setiap satu pilihan ada pro dan kontranya. Dan pasti ada hikmah atas segalanya.

(Kita kena pandai-pandai menyelit juga)


Walaubagaimanapun terkilan juga rasa bila yang dapat biasiswa pon, masih dalam status berhutang apabila bergraduasi. Hurm, bilalah KPM nak taja pelajarnya secara keseluruhan dari tahun 1 hingga tahun 4? KPM oh..KPM..taja pon macam tak ikhlas jer,,,Hurm. (mengeluh ke ni? Astagfirullah al-azim)

p/s: Alhamdulillahi ‘ala kulli hal, wa ‘a’uzubillah min hal ahlin nar..^_^

***************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”