Penghargaan yang tidak terhingga buatmu yang bergelar ibu,
Menanggung lelah membesarkanku,
Melindungi semenjak di dalam rahimmu,
Membawaku kemana-mana,
Tabah berpantang segalanya hanya demi keselamatanku
Resah tidur malammu kesakitan di sana sini sepanjang diriku di dalam dakapan rahimmu,
Kau tetap gembira walau kesakitan itu mendatang tiap waktu,
Senang sekali dikau mengusapku lembut,
Memberitahu bahawa mak dan ayah tidak sabar menanti
Menunggu lahirku menjadi si soleh solehah..
Saat makanmu tidak teratur,
Peningmu acap kali hinggap,
Loyamu tak kering menatap muntah yang asyik,
Perut yang kesakitan,
Dan lenguh yang berpanjangan..
Nafas semakin sesak dari sehari ke sehari
Kerana dikau kini berkongsi nyawa itu denganku..
Pekerjaanmu semakin lambat,
Langkahmu semakin penat
Tapi dikau masih tenang menanti
Dalam redha dikau tetap menyayangi..
Demi melahirkanku,
Dikau mungkin kehilangan sesuatu,
Saat cergasmu, saat riamu, malah seleramu yang patah,
Wahai ibu,
Jalan tuju menjadi insan mulia bergelar ibu
Tampaknya teramat payah,
Hingga Allah menukilkan di dalam kalamNya,
“Wahnan ‘ala wahnin”
Jadi bukti penyeksaan dan penderitaan yang dikau lalui..
Indah dan mulianya dirimu wahai ibu
Tinggi darjatmu disisi yang Esa,
Tabah jihadmu diberikan pahala syuhada.
Semoga Jasamu itu,
Suatu hari nanti
Terbalas Syurga!
Didedikasikan untuk sahabat-sahabat yang sedang meniti hari untuk bergelar ibu , dan juga sudah bergelar ibu sambil pada masa yang sama sedang berusaha menyiapkan PSM. Dalam lemah yang teramat itu kamu semua masih berdiri. Diri ini ingin memberikan sepenuh penghargaan, dan penghormatan. Tabahlah wahai sahabat, pasti ada HIKMAHNYA kamu teruji begini disaat getir ini. Moga yang bakal lahir itu nanti, sehebat mujahid dan mujahidah di jalan Illahi. Ameen.
P/S : Selepas dengar kesusahan sahabat2, jadi malu yang teramat untuk mengeluh. Moga Allah kuatkan hati kita semua ya..InsyaALLAH..Ameen.
************************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Dengan Nama Allah, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....Alhamdulillah ya Allah...
Bermula 11 Mac sehingga 13 Mac 2011, dua program pendidikan yang berunsurkan tarbiyyah dan motivasi telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar tahun 4 SPI. Program ini dilaksanakan secara kerjasama dengan Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam (IMPI), Fakulti Pendidikan (FP) dan Fakulti Tamadun Islam (FTI).
Kedua-dua program ini telah berlangsung serentak di dua tempat yang berbeza iaitu Dewan Al-Marbawiy Fakulti Tamadun Islam, dan Juga di Asrama Pusat Kulai, Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra (STARP).
Program Pertama : HALUS '11 di Al-Marbawiy.
-Program ini merupakan program siri kedua selepas kejayaan Halus '10 yang mencatatkan peningkatan kecemerlangan UPSR di kalangan pelajar-pelajar yang terlibat pada tahun lalu. Berkemungkinan besar sistem mentor mentee seperti yang dijalankan pada tahun lalu akan diteruskan dengan ziarah/motivasi berkala ke sekolah peserta saban minggu. Pesertanya adalah pelajar yang harapan lulus dalam UPSR. Alhamdulillah tahun lepas penulis terlibat secara berterusan dengan HALUS, tahun ini penulis berundur dari HALUS dan ke kem EX-GENIKA pula.
Program kedua : EX-GENIKA '11 di STAR Putra.
- Program ini merupakan program yang bermotifkan pembentukan jati diri kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 di STARP. Penekanan aspek khalifah dalam diri setiap peserta amatlah dititikberatkan. Sesuai dengan tahap pelajar yang agak remaja, cabaran dan halangan juga diperincikan sesuai dengan kamampuan dan tahap mereka.
- Bagi penulis, kem ini berbeza dengan kem tarbiyyah dan motivasi yang pernah penulis lalui dan menjadi AJK kerana selama 3 hari berturut-turut airmata mereka mengalir tanpa henti. Tarbiyyah dan kesedaran..tindakan diluar kawalan, kekerasan dan kelambutan hati, perasaaan dan kebimbangan jelas berputar-putar disepanjang program. Namun, pengakhirannya penulis merumuskan bahawa kejayaan matlamat program adalah tercapai.
Dua peringkat pendidikan : sekolah rendah dan sekolah menengah...kedua-duanya disambut oleh tangan bakal pendidik. Semoga sahabat-sahabat yang menjayakan kedua-dua program ini beroleh manfaat, disamping kejayaan di pihak adik-adik yang menjadi peserta. Ameen ^_^
adik-adik HALUS '11
Adik-adik Ex-GENIKA '11
Tak banyak gambar yang menarik, masih belum ambil dengan unit dokumentasi lagi.
33. Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
“Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” – (Hadis riwayat Bukhari)
***********
Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1979), pendidikan ialah satu proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia.
************
"The task of excellant teacher is not in identifying winner, but to make a winner out of an ordinary people" -K. Patricia Ross
************************************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Perkataan perkahwinan sering dikaitkan dengan kebahagiaan dan keindahan. Istilah raja sehari amat sinonim untuk pengantin baru yang menjejaki hari pertama alam rumahtangga. Ianya kelihatan begitu manis dan indah. Ya, perkahwinan itu indah jika kena pada letak tempatnya yang sebenar. Lurusnya peranan si suami dan isteri itulah yang menjamin indahnya sesebuah perkahwinan. Oleh itu, proses meluruskan peranan itu semestinya tidak berlaku dalam waktu yang singkat, sebaliknya memakan masa yang panjang dan juga memerlukan kekuatan hati yang tinggi. Malah tugas yang terpenting adalah mendidik diri memahami bahawa perkahwinan itu sebagai suatu ibadah kepada Allah
Proses meluruskan peranan ini bermula sebelum majlis perkahwinan itu lagi. Ia bermula pada diri individu yang akan berkahwin itu. Persediaan dari sudut rohani dan jasmani amat penting untuk menjamin keutuhan sesebuah perkahwinan. Itulah persediaan memperbaiki diri, sifat dan akhlaq. Malah perlu diberi perhatian juga adalah kemampuan individu tersebut untuk menunaikan tanggungjawab terhadap pasangannya. Kemampuan dari sudut ilmu pengetahuan, dan juga kewangan perlu dipertimbangkan sebaiknya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
persiapan perkahwinan yang memerlukan bajet yang agak tinggi dan membazir haruslah dielakkan.
gambar hiasan.
“Wahai para pemuda, barang siapa di antara kamu ada yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah, kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat, menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)”
Setelah seseorang itu mempunyai kesediaan baik dari segi mental dan fizikal serta ilmu pengetahuan, maka proses pencarian calon yang sesuai adalah amat penting. Islam menggariskan beberapa panduan dalam pemilihan calon isteri dan juga suami. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :
“Dari Abu Hurairah r.a. katanya; ”Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana agamanya nescaya engkau bahagia.” (Hadith Sahih Muslim.)
Dapat diperhatikan daripada hadith di atas bahawa pemilihan bakal suami dan isteri itu mestilah dilihat daripada sudut agamanya terlebih dulu, sebagai suatu keutamaan yang dijanjikan oleh Rasulullah nescaya akan mendapat kebahagiaan. Seterusnya barulah dilihat pada kecantikan, keturunan dan hartanya. Semua ini boleh diketahui dan dikenalpasti melalui proses risikan. Jika jelas istikharahnya, maka bermulalah apa yang disebutkan peminangan.
Keserasian antara dua insan yang bakal disatukan ini juga amat penting bagi menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan sesebuah institusi perkahwinan. Oleh itu, Islam mensunatkan pertunangan sebagai tempoh untuk keserasian pasangan terbabit. Malah, mereka boleh saling kenal mengenali dengan lebih baik namun terjaga batasannya sepanjang tempoh ini. Tempoh pertunangan sebaiknya tidaklah terlalu panjang kerana dibimbangi akan membawa masalah yang tidak dijangka. Rasulullah bersabda : Diriwayatkan oleh Jabir daripada Rasulullah s.a.w
“ Apabila seseorang daripada kamu ingin meminang seseorang perempuan dan kamu berupaya melihatnya yang boleh mendorong kamu untuk menikahinya maka lakukanlah”.
Setelah pasangan terbabit mulai cenderung hatinya antara satu sama lain, maka eloklah disegerakan akadnya, iaitu perkahwinan. Rasulullah pernah bersabda
“ tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah” (riwayat Suyuti)
Saat ijab dan Kabul dilafazkan merupakan saat yang paling utama dalam sesebuah perkahwinan kerana ia adalah titik permulaan kehidupan yang baru dalam kehidupan pasangan terbabit. Malah itulah detik bahagia yang sukar dijelaskan oleh kata-kata. Detik peralihan tanggungjawab oleh seorang bapa kepada suami, detik seorang gadis mulai menggenggam tanggugjawab sebagai isteri dan detik ini akan diingati sepanjang hayatnya.
Perkahwinan yang bertujuan menjaga kesucian perhubungan manusia semestinya akan menghindarkan daripada fitnah. Oleh itu, Islam menganjurkan majlis walimah sebagai mengisytiharkan perkahwinan itu. At-Tirmizi meriwayatkan daripada Aisyah katanya, Rasulullah bersabda bermaksud :
“Isytiharkan perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta palulah rebana.”
Hadith di atas membawa maksud bahawa perkahwinan itu perlu diisytiharkan bagi mengelakkan fitnah. Namun, majlis itu hendaklah menghindari pembaziran dan hiburan yang melalaikan serta perlulah mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan. Paluan rebana yang dimaksudkan disini bukanlah nyanyian ataupun bunyi-bunyian yang melampau tetapi lebih menjurus kepada hiburan yang selaras dengan syariat Islam seperti paluan kompang.
21. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.
(Ar-Ruum : 21)
Ayat di atas menerangkan secara jelas bahawa perkahwinan adalah salah satu daripada jalan sakinah yakni ketenangan yang diberikan Allah kepada hambaNya. Namun, jika diperhatikan situasi pada hari ini, berlaku peningkatan yang membimbangkan terhadap kes-kes penceraian dan sebagainya. Oleh itu, amatlah penting untuk setiap individu yang ingin melangkah ke gerbang perkahwinan untuk memahami konsep perkahwinan yang sebenarnya.
Setiap individu perlu jelas bahawa tugas utama manusia wujud di muka bumi ini adalah sebagai hamba dan khalifah Allah. Oleh itu, setiap hal yang ingin dilakukan mestilah berkaitan dengan matlamat utama kejadian manusia. Dalam hal perkahwinan, kita mestilah memandangnya sebagai satu medium ibadah dan dakwah yang secara langsung merupakan satu “hadiah” ketenangan yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Demikian, permulaan kepada perkahwinan itu hendaklah di dasari sepenuhnya kepada syariat yang ditetapkan dengan mengetengahkan taqwa sebagai paksi utamanya.
Persediaan sebelum perkahwinan amatlah perlu terutamanya dari sudut ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan alam rumah tangga. Dari sudut sosialnya, perancangan kewangan juga amat penting bagi mengelakkan sebarang masalah kepada pasangan pengantin. Mereka yang faham dan jelas dengan kehendak agama pastinya akan mengadakan majlis dalam keadaan yang seadanya dan tidak membebankan diri mereka sendiri. Demikianlah sesebuah perkahwinan itu bakal menjadi taman sakinah yang akan membuahkan keluarga bahagia, insyaALLAH.
p/s: di edit daripada tugasan pendidikan kekeluargaan.
***************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
“These were ever quick in emulation and good works; they
Used to call on Us in love and reverence,
And humble themselves before Us”
(Al-Anbiyaa : 90)
Moga ia sehangat Air mata itu...
"Api neraka diharamkan ke atas dua jenis mata. Pertama, mata yang menangis kerana takut kepada Allah. Kedua, mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umat Islam daripada serangan orang2 kafir".
(Mafhum Hadis)
Takirah
Rasulullah SAW bersabda: " 7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada hari Qiyamat"
Mereka adalah:
Pemerintah yang adil
Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.
Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"
Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
[Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]
Air Mata
Lapisan air mata sendiri terdiri dari tiga lapisan iaitu : Lapisan minyak, Lapisan air dan Lapisan Lendir. Lapisan minyak merupakan lapisan paling luar yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar kecil pada pinggir kelopak mata yang bernama kelenjar Meibom. Fungsi dari lapisan minyak ini adalah untuk melicinkan permukaan mata dan mengurangi penguapan air mata.
Airmata melindungi mata dari kuman dan mengandung Lyzosime yang dapat membunuh berbagai-bagi mikrob. Lyzosime ini sendiri adalah zat desinfektan yang lebih keras dari zat-zat kimia yang digunakan untuk mendesinfeksi seluruh tubuh. Subhanallah, marilah kita berhenti sejenak untuk berfikir. Bagaimana mungkin, mata yang merupakan organ yang sangat halus, dapat "tahan" dengan kandungan zat kimia sekeras Lyzosime tersebut tanpa menimbulkan iritasi dan sebagainya. Jawabannya sudah sangat jelas, bahawa ini adalah salah satu bukti penciptaan Allah SWT.
1- "Pencuri yang paling jahat ialah orang yang mencuri sembahyangnya, yakni tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Dan manusia yang paling bakhil ialah orang yang bakhil memberi salam" (Riwayat Tabrani)
2- " Satu dirham riba yang dimakan seseorang, sedang ia tahu, lebih buruk di sisi Allah daripada tiga puluh enam kali berzina" (Riwayat Ahmad & Tabrani)
3 - "Langit manakah yang akan melindungiku dan bumi mana menerimaku jika aku mengatakan apa yang tidak aku ketahui" (Abu Bakar as-Siddiq)
4- " Permudahkanlah dan jangan persusahkan, gembirakanlah dan jangan menghalau" (Riwayat Bukhari&Muslim drpd Anas)
5-"Engkau tidak bercakap dengan suatu kaum dengan percakapan yang tidak tdapat (Sampai) akal mereka kepadanya, melainkan hal itu menjadi fitnah ke atas sebahagian mereka" (Ibnu Mas'ud)
6 - "Amal perbuatan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan meskipun sedikit" (Riwayat Bukhari&Muslim drpd 'Aisyah r.a.)
7- "Keutamaan ilmu lebih aku sukai daripada kemuliaan ibadat; dan sebaik-baik agama kamu ialah warak (menjauhkan diri daripada segala dosa)" (Riwayat Bazzar&Tabrani)
8- "Diampunkan segala dosa orang yang mati syahid melainkan hutang" (Riwayat Muslim drpd Abdullah bin Umar)
Madah Syauqi (Pujangga Islam)
" Degup jantung seseorang berbisik kepadanya:
Sesungguhnya hidup hanyalah himpunan detik dan saat! Jadikanlah dirimu disebut-sebut sesudah matimu, kerana sebutan itu merupakan umur kedua"
mutiara
Destinasi Cinta
Saya menakrifkan perasaan sayang sebagai keinginan untuk melindungi. Sebagai contoh, jika kita sayang kepada sesuatu kita akan melindunginya daripada rosak dan calar, begitu juga terhadap manusia, kita kan cuba melindunginya daripada luka dan...derita.. dan sayang kepada agama, kita melindunginya dari jatuh dan terhina.
Saya juga mentakrifkan melindungi sebagai amar makruf nahi munkar, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Sebagai contoh menyuruh 'permata' kita melindungi kilauannya dengan menghijab diri dan melindungi dari kesilapan yang berterusan secara menegurnya. Bukan melindungi tanpa menegur kesalahan yang telah dilakukan.
Sayang pada sahabat mslimin, jauhi mereka kecuali dalam hal y perlu. bercakap dengan mereka tapi tegaskan suara, kawal senyuman...bukan sombong tapi tanda sayang itu melindungi mereka dari menambah dosa kerana kita.
sayang pada sahabat mslimat, tegur mereka atas apa yang tidak sepatutnya mereka lakukan..semoga Allah beri kekuatan yang sebegini..insyaALLAH.
Diari cintaku~~
"Ya ALLAH, jauhkanlah aku dari merindui dan mengasihi insan yang bukan haq (benar) untukku. Palingkan hatiku dari tersentuh dan menyentuh hati insan yang bukan ditakdirkan untukku.
Tentukanlah "dia" itu dari kalangan hamba yang mencintaiMu lebih dari segalanya.
Teguhkan cintaku padaMu agar aku hanya melihat "dia" yang telah Engkau takdirkan untukku sahaja dalam diari cintaku"
~Ameen ya Allah~~
*************************************************
"Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti"