Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

Tahun Baru 2014


Assalamualaikum,

Tahun baru 2014. Permulaan sesi persekolahan yang baru. Banyak perkara perlu diuruskan meskipun rutinnya hampir sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Erm, sebenarnya lebih banyak dan ada perubahan berbanding tahun -tahun sebelumnya. Silibus, fokus, kaedah, pendekatan, isu, masalah, dokumen, program dan segalanya yang berkaitan dengan P dP itu ada perubahannya, jika tidak banyak pon.,sedikit mesti ada.

Mengutip pengalaman baru di setiap tahun dengan berbekalkan pengalaman di tahun-tahun lalu. Ya, jawatan dan tugas turut serta membesar dan berubah. Jangan tanya tentang pertambahan beban kerja... itu perkara biasa. Jangan tanya tentang kuantiti stress, itu juga perkara biasa. Jangan tanya tentang cacian atau makian orang-orangan...itu lagilah perkara biasa.

Apa yang luar biasa..adalah anak murid kita! ^_^
Mereka sentiasa luar biasa dalam mengejutkan kita semua. Kenakalan mereka, larian pecut mereka, lompatan tinggi mereka, pekikan semangat mereka...dan paling ketara perubahan mereka dari tahun ke tahun. Semakin membesar dengan baik, atau tumpas dengan cabaran, mereka akan sentiasa mengejutkan kita. Mereka datang dengan sesuatu yang kita tidak dapat tilik selepas cuti yang panjang lalu.

Mereka sangat luar biasa untuk dipandang biasa-biasa. Dan kerja kita bukan hanya mengajar sahaja..adakala kita tertinggal 'bahagian' luar biasa mereka.

Ya..mari meneruskan kemenjadian 'luar biasa' murid-murid ini. Bila mereka Cemerlang, Gemilang dan Terbilang...kita pasti berbangga meskipun jalan ke arah itu menuntut sejuta 1 pengorbanan perasaan, masa dan tenaga.

:::: Membentuk Generasi Masa Depan yang Sejahtera ::::


gambar lama : Tahun lepas (2013)
************************

Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Sunday, June 9, 2013

All about?

Assalamualaikum..

Semoga Rahmat dan Kasih sayang ALLAH mengiringi setiap langkah kita semua. Dah lama penulis tidak meng'update' blog. Kekangan masa mungkin menjadi faktornya. Adakalanya idea timbul, namun dek kesuntukan akhirnya ia tenggelam semula. Terkubur di dasar hati. Elok juga begitu, mudahan apa yang tersimpan itu lebih baik tersimpan, kerana ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk dicurahkan.


i - Sekolah
Cuti sekolah dah tamat. Esok (Isnin 20 jun 2013), penggal kedua akan bermula semula. Pelbagai rasa menyerang diri. Gembira, suram dan gementar bercampur baur. Sedar tak sedar, setahun sudah berlalu, setahun sudah menyandang gelaran cikgu.


ii - Hari Guru
Hari Guru yang lalu, disambut 21 Mei disekolah, penulis dapat hadiah juga. Memang di luar jangkaan. Terutamanya si kecil itu, yang menghulur Teddy bearnya untuk cikgu ustazah! Seriously, memang terkejut. Alhamdulillah~~ rezeki, tapi itu juga ingatan bahawa prestasi perlu sentiasa diperbaiki. Okay, cikgu..go..go.. ^_^


iii - Pelbagai

Terlalu banyak perkara yang dilalui dalam kehidupan seharian. Baik dalam menjalani profesion keguruan, baik ketika menyandang jawatan seorang sahabat dan kawan, atau ketika memangku jawatan anak,kakak dan adik, bahkan ketika jawatan merangkum housemate. Jawatan dan watak yang paling utama mestilah sebagai seorang MUSLIM,.. dan saidina Ali karamallahu wajhah pernah berkata, "Man qola la Ilaha illallah, fahuwad Daie"..
Maka, watak utama itu mestilah sebagai seorang MUSLIM dan DAIE.


Berat? Ianya satu kesyukuran, kelapangan dan anugerah yang tidak terhingga ketika dilahirkan, ditentukan lahir sebagai muslim. Lahir dari rahim seorang ibu yang muslim. Apatah lagi jika lahir dalam keluarga yang mengamalkan Islam sepenuhnya. Oleh itu, mana mungkin watak muslim itu dijadikan alasan beban, bahawa ianya berat. Begitu juga tika mencecah gelaran Daie. Muslim tidak berat dan tidak lelah menjadi Daie. Ianya satu ruang memperoleh ganjaran. Daie itu perilakunya subur dengan iman dan Islam. Jadi dakwahnya adakala bukan pada lisan yang petah berbicara, tapi jua pada amal yang sederhana tapi istiqamah dan indah menepati fitrah manusia. Ya, FULLTIME MUSLIM + FULLTIME DAIE.


Namun, semestinya ia tidak semudah mencoretkan garisan lurus di atas kertas putih. Ada sejarah dalam kehidupan ini, sirah kehidupan yang perlu dibaca. Diteliti dan dihayati. Luka dan duka dalam menghadirkan muslim. Pengorbanan dan perjuangan dalam menyebarkan dakwah. Rintangan untuk menapis dan mengenalpasti siapakah DAIE yang sejati. Menilai erti hidup yang sebenar, adakah jelas matlamatnya atau masih terkapai-kapai diusik musuh yang sentiasa mengintai-intai.


Dan Maha Penyayangnya Allah..yang mengiktiraf hanya ISLAM sebagai deen-Nya, mengirimkan utusan untuk menyampaikan kalam, petunjuk dan penawar kepada hambaNya. Huda & Syifa' . Panduan hidup yang lengkap, kitab AL-Quran sebagai sandaran perjalanan yang penuh liku. Dilengkapkan pula dengan al-Hadith, yang menepati setiap fitrah manusia. Dan warisan kenabian kepada para sahabat, tabi'en dan seterusnya.


Dan, DIA lengkapkan kehidupan ini dengan kasih sayang. Keluarga dan Sahabat. Jamaah dan tanzim. DIA tetapkan bahawa perjuangan itu perlu berjamaah kerana sahabat itu adalah sebahagian daripada kekuatan. Dan kasih sayang itu adalah pemula dan pembakar obor perjuangan. Perasaan memiliki dan dimiliki itu adalah kekuatan yang sangat dalam. Dicintai dan mencintai itu adalah keteguhan. Maka, disisi suami itu ada isteri dan anak-anak yang membentuk jaringan kasih sayang. Generasi Rabbani pencinta Rasul.

Serta, perjalanan itu perlu perancangan yang panjang serta mesti diwariskan.. ^_^


Lengkap. Satu sistem hidup yang cantik dan indah. Ujian dan rintangan yang sudah disediakan ubat dan penawarnya. Kekosongan jiwa yang telah dinyatakan pengisinya. Subhanallah, apa lagi yang tidak cukup, yang masih kurang? Tinggi meluas benar rahmatNYA.


Mari, doakan agar hati penulis, dan hati kita semua, akan kekal mensyukuri nikmat Islam ini sehingga ke hembusan nafas terakhir. Dan mari, kita doakan agar kita semua tekal berusaha menjadi muslim yang sentiasa baik, semakin baik hari demi hari. Dan terusan berdoa agar kita dapat tergolong daripada kalangan pejuang tabah dan sabar dalam ujian dan rintangan dunia. Dan tetaplah berdoa untuk menjadi golongan yang syahid di jalan-NYA. aMEEn.

Ya, ALHAMDULILLAH..Syukur, Aku Muslim!


p/s: Kembali ke sekolah dengan tenang. W/pun ada risau jugak JPN nak datang. Huhuhu ^_^

Anak-anak murid ni, masih ingat ke apa yang ustazah ajar lepas berminggu-minggu cuti?

************

Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”


Friday, October 19, 2012

enTitled




Dengan Nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang..
Ya ALLAH, pada hatiku yang berbisik, pada lisanku yang berbicara, dan pada jariku yang menulis, moga Engkau ampunkan khilaf yang hadir padanya.


“Surprise is nothing coz it is just something new, but the everything is about how you endure it to be in the right way that it should be”

Tak semua orang berpeluang mengecapi nikmat Islam dan Iman. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang bukan beragama Islam, dan ada juga yang dilahirkan dalam keluarga Islam namun bukan yang mengamalkan Iman dalam kehidupan. Dua nikmat yang terbesar ini, sewajarnya disyukuri dan dihargai sepenuhnya oleh umat Islam.

Mungkin kita lahir dalam keluarga Islam, dan mengamalkan Islam itu serta menekankan iman. Itu nikmat yang tiada galang gantinya. Namun, masih ada yang lahir dalam Islam, namun masih teraba-raba mencari makna Islam itu sendiri, bahkan teraba-raba mencari erti kasih sayang yang hilang di tengah jalan. Mereka hidup dalam keuzuran, hidup dalam perjalanan yang payah, sepi dan sunyi. Tabahnya mereka berjalan dengan sendiri meski gelap pekat di depan. Mereka terus berjalan walaupun tidak tahu di mana arah tuju yang sebenarnya, apa yang mungkin mereka temui, semuanya hanya andaian yang nyaris tidak pernah wujud dalam fikiran.

Melihat mereka, meruntun jiwa. Senyum manis anak-anak muda yang tenang dalam kesempitan cinta. Bukan salah mereka jika tersasar dari jalanNya..namun, itu adalah salah KITA SEMUA, yang masih merasa diri sendiri penuh duka, sedangkan berbanding mereka, sudah tidak terkira betapa jauhnya beza nikmat yang ALLAH kurnia.

Dan Allah kini membukakan jalan nasr-Nya, bersama tanggungjawab yang semakin membukit. Mari mempersiapkan diri walaupun pasti ada kejutan pada hari demi hari yang perlu dilalui. Kejutan bukanlah apa-apa kecuali sesuatu yang baru, perkara yang menjadi segala-galanya adalah bagaimana kamu menghadapi kejutan itu dan meletakkannya di tempat yang betul seperti apa yang sepatutnya ia berada…

p/s: I’m moving now…and I’m very happy coz ALLAH gives me this opportunity. Alhamdulillah. ..Mohon kekuatan dari ALLAH untuk meneruskan ketabahan di perjalanan ini..^_^
*******************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Tuesday, September 11, 2012

Guru dan Murid itu..


http://pguims-random-films.blogspot.com/2011/12/taare-zameen-par.html

Saya ada menonton filem “Tar Zameen Par”. Kisah seorang budak lelaki yang mengalami masalah pembelajaran yang dikenali sebagai Dyslexia. Kisah yang menceritakan keperluan kepada kepelbagaian kaedah dan cara pengajaran dan pembelajaran untuk pelbagai jenis pelajar yang tentunya memiliki keupayaan belajar yang berbeza. Ya, saya ada menontonnya tetapi tidak pernah terfikir akan menemuinya dalam waktu yang terdekat. Ini disebabkan saya beranggapan kes-kes seperti ini tentunya akan dikesan di sekolah rendah lagi dan saya mengajar di sekolah menengah. But now, I am a primary school teacher.

Saya tidak pasti sama ada ianya betul Dyslexia kerana yang boleh mengesahkannya hanyalah doktor yang melakukan pemeriksaan, tapi salah seorang pelajar saya (pelajar Islam) diakui menghadapi masalah pembelajaran dan symptom yang ada padanya hampir sama, kecuali sikapnya yang suka membantu yang menampakkannya seperti kanak-kanak normal yang lain. Tapi, dia bermasalah pembelajaran!


Developmental reading disorder, also called dyslexia, is a reading disability that occurs when the brain does not properly recognize and process certain symbols. A person with DRD may have trouble rhyming and separating sounds that make up spoken words. These abilities appear to be critical in the process of learning to read. A child's initial reading skills are based on word recognition, which involves being able to separate out the sounds in words and match them with letters and groups of letters.
Because people with DRD have difficulty connecting the sounds of language to the letters of words, they may have difficulty understanding sentences. Developmental reading disorder (DRD), or dyslexia, occurs when there is a problem in areas of the brain that help interpret language. It is not caused by vision problems. The disorder is a specific information processing problem that does not interfere with one's ability to think or to understand complex ideas. Most people with DRD have normal intelligence, and many have above-average intelligence.
True dyslexia is much broader than simply confusing or transposing letters, for example mistaking ”b” and “d.".
In general, symptoms of DRD may include:
-          Difficulty determining the meaning (idea content) of a simple sentence
-          Difficulty learning to recognize written word
-          Difficulty rhyming
DRD may occur in combination with writing or math learning problems.

 Studies show that approximately 10% of school-age children experience dyslexic-type difficulties. About 4% have problems that are severe enough to be a real handicap to their learning in a traditional classroom.
 Dyslexia is not a “all-or-nothing” condition. A person may be mildly, moderately or severely dyslexic. Another thing to remember is that each dyslexic has his/her own set of symptoms. For example, one dyslexic may read quite well, but find it difficult to learn spelling or to express ideas clearly. Another may struggle with reading, but be very fluent when he speaks.

 Each dyslexic has his own personal set of difficulties, but with appropriate help, most of them CAN learn to read and write well enough to become successful students. They CAN complete secondary school and go on to university or other tertiary institution.

Copy/Paste/Cut from:
1.       http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0002379/
2.       http://www.dyslexiamalaysia.org.my/


Sepanjang proses P&P memang banyak tumpuan perlu diberikan kepadanya. Namun yang menyenangkan adalah dia seorang yang rajin meskipun sering diejek rakannya yang lain. Dikategorikan sebagai pelajar pemulihan/LINUS, saya berdoa agar dia dapat membesar menjadi seperti anak-anak yang lain dan dipulihkan ALLAH serta dikurniakan kejayaan di suatu masa nanti, Ameen.


p/s: Guru bukan mengajar sekelompok murid sahaja pada satu-satu masa, kadang-kadang malah kebanyakan masanya, guru sebenarnya mengajar seorang demi seorang murid dengan mencuri minda dan masanya…hurm, moga setiap guru diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi oleh Illahi dalam menghadapi setiap insan-insan pewaris dunia ini. Ameen.


*******************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”