Assalamualaikum,
Tahun baru 2014. Permulaan sesi persekolahan yang baru. Banyak perkara perlu diuruskan meskipun rutinnya hampir sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Erm, sebenarnya lebih banyak dan ada perubahan berbanding tahun -tahun sebelumnya. Silibus, fokus, kaedah, pendekatan, isu, masalah, dokumen, program dan segalanya yang berkaitan dengan P dP itu ada perubahannya, jika tidak banyak pon.,sedikit mesti ada.
Mengutip pengalaman baru di setiap tahun dengan berbekalkan pengalaman di tahun-tahun lalu. Ya, jawatan dan tugas turut serta membesar dan berubah. Jangan tanya tentang pertambahan beban kerja... itu perkara biasa. Jangan tanya tentang kuantiti stress, itu juga perkara biasa. Jangan tanya tentang cacian atau makian orang-orangan...itu lagilah perkara biasa.
Apa yang luar biasa..adalah anak murid kita! ^_^
Mereka sentiasa luar biasa dalam mengejutkan kita semua. Kenakalan mereka, larian pecut mereka, lompatan tinggi mereka, pekikan semangat mereka...dan paling ketara perubahan mereka dari tahun ke tahun. Semakin membesar dengan baik, atau tumpas dengan cabaran, mereka akan sentiasa mengejutkan kita. Mereka datang dengan sesuatu yang kita tidak dapat tilik selepas cuti yang panjang lalu.
Mereka sangat luar biasa untuk dipandang biasa-biasa. Dan kerja kita bukan hanya mengajar sahaja..adakala kita tertinggal 'bahagian' luar biasa mereka.
Ya..mari meneruskan kemenjadian 'luar biasa' murid-murid ini. Bila mereka Cemerlang, Gemilang dan Terbilang...kita pasti berbangga meskipun jalan ke arah itu menuntut sejuta 1 pengorbanan perasaan, masa dan tenaga.
:::: Membentuk Generasi Masa Depan yang Sejahtera ::::
0 sahabat/iah:
Post a Comment