Sunday, July 28, 2013
Jangan Jadi USTAZ/AH
“Kalau tak siap untuk MATI, jangan jadi ustaz..
Kalau nak jadi kaya, jangan jadi ustaz, pergilah
berniaga..bisnes”
Bersahaja nada suara ustaz Kancil, tetapi dalam dan
menusuk benar ke dalam lubuk hati. Allah, Alhamdulillah atas nikmat kurniaan
ini. Pagi tadi (28jul13) sempat bertemu seorang daie tegar di daerah penulis
mengajar ini. Sudah lama namanya didengar, kini baru sempat bersua rupa.
Sudah 21tahun beliau menjadi Daie di sini. Banyak
pahit maung dunia dakwah yang telah dilaluinya, caci maki, di usir, malah
cubaan membunuh. Namun, tiada apa yang menggentarkan hati untuk terus berada
dalam dunia dakwah kerana hati sudah yakin sepenuhnya dengan janji ALLAH.
“Dalam dakwah jangan fikir masalah…”
Ustaz Safuan, yang sudah 25 tahun memeluk Islam pula
menambah perisa nasihat. Ya, betul, dakwah mesti diteruskan tidak kira apa jua
masalah. Mukmin itu tenang dalam ketaatannya pada ALLAH, Redha dengan ujian dan
dugaan yang diberikan oleh ALLLAH kepadanya.
Penulis sentap sendiri. Berapa ramai di kalangan kita
yang benar-benar mengambil gelaran “ustaz/ah” demi dakwah yang sebegini perit
jalannya? Dakwah yang tidak diuji itu bukan medan yang sebenarnya, kerana ujian
itu adalah hiasan yang lebat di setiap dahan-dahan dakwah.
Ya ALLAH..bimbangnya memakai gelaran “ustazah” ini.
Bimbang dan takut pada persoalan tanggungjawab yang akan ditanya di Akhirat
nanti.
[ Program jalinan kasih di Kg Segubang, Bau. Kawasan
Minoriti Islam-mualaf]
************************
Ya
Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan
keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku
melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa
yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat,
matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 sahabat/iah:
Alhamdulillah..memang terkesan dihati kak alina...
terima kasih huda...
sama-sama kasih..moga kita dalam rahmat ALLAH sentiasa.
done follow sini no. 79
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang.blogspot.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
alhamdulillah......peringatan untuk diriiniyg sering alpa...membawa gelaran ustzah itu bert..terasa diri sering diperhatikan....sesungguhnya memberi peringatan bahwa sebagai hamba siapa pun kita,kita sering diperhatikan dan di'observe'
Post a Comment