Saturday, March 26, 2011

cerita curi



Berhenti seketika
mencuri ruang untuk berkarya
kerna terasa agak lama,
hati buntu dari berbicara
terkejar dek kesibukan yang teramat
sehingga perasaan menjadi tumpul
deria kaku seakan membeku..

Kenapa kiranya
kesibukan yang menghambat
membuat bicaraku sasar
lidahku pelat
dan jiwaku penat,..

Sedang fizikal berlari-lari kesana ke mari..
menggalas beban di bahu
terkejar-kejar
siang dan malam tak terasa berlalu..

Ku curi sekeping hatiku
dan ku curi juga secebis waktuku
ku usir lelah jauh-jauh
wahai hati dan fikiran,
kini masa ku untaikan untukmu
ayuh berbicara seketika,
tajamkan semula rasa..
Moga tak terbabas di medan jiwa..


Ya, detik itu kucari Tuhanku,
Rabb yang sentiasa ada disisiku
saat penatku, saat lelahku,
juga saatku tersenyum dengan tawa,,,
juga saatku bermasam muka..
DIA yang sentiasa ADA,
tak pernah lupa, tiada detik tidak bersama..
lalu kupesan pada hatiku,..


"jangan penat dek sibuk, hingga tumpul jiwa tak terasa, sedang DIA Maha Berkuasa, sentiasa ada disisi kita"


Ya Allah ya Tuhanku,
Terimalah daku sebagai hamba yang memegang amanah khalifahMu,
kembalikan daku dalam keredhaanMu..


KTF, 12:34 PM
26 Mac 2011


************************************


Carilah hatimu pada 3 tempat, cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran,

Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat,

Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati,

Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah,

Pinta hati yang baru,

kerana hakikatnya ketika itu kau tidak mempunyai hati.

:: Al-Ghazali ::


********************************


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

0 sahabat/iah: