Friday, May 14, 2010

rindu derita hari itu..


Hari itu,
kita masih ingat lagi
bagaimana masing-masing menyimpankan perasaan
bimbang dengan keadaan
dan 'keselamatan' masa depan,
kita diam dan berfikir,
menghambat kenakalan
kita jadi sedar diri
dan rajin berusaha
walau tak setinggi dan sehebat mana
kita tetap mampu menympurnakan misi
dalam kepayahan ini..

hari yang serupa itu datang yang kedua kalinya,
kita berdebar-debar,
menanti keputusan
kerana banyaknya halangan,
kita jadi si kerdil yang hina,
baik kita tiada,
sebaliknya sedikit kesalahan akan terusan diperkata,
kita jadi lesu
tapi bangkit semula kemudiannya,
dan kita sambung lagi,
walau kita tahu ia masih menyakiti..





Dan pada hari itu yang satu lagi,
saat kita berpandangan sesama sendiri,
bertanya antara kita;
betul ke nak teruskan?
dan kita mulai meragui diri sendiri
tangisan dan ketakutan membelenggu diri
kita rasa payah dan susah
kita rasa peritnya di laluan ini
adakah kita nak mengalah?
akhirnya kita pilih untuk teruskan
dan kita buat yang paling terdaya..
hasilnya,
kita jadi siapa kita pada hari ini...




SAHABAT,
kita telah pilih jalan ini sedari kecil,
kita telah melalui keremajaan ini disini,
kita telah tegal melawan dugaan ini,
jadi kenapa hari ini kita perlu mengalah?
laluan kita telah panjang,
walau sakit kita masih tidak pernah gagal,
Allah ada bersama kita,
kalau gagal pon, Allah masih bersama kita?
jadi kenapa kita pilih untuk berpaling?
dari labuhnya tudung yang menutupi keindahan diri?
dari stokin kaki yang melindungi kaki?
dari kurung yang menjaga sopannya hati?

sahabat..
biar dulu itu susah dan sakit,
aku masIh merindu saat itu..

9:13 am
14 Mei 2010
FTI


0 sahabat/iah: