Tuesday, February 22, 2011

***


saat kekalahan menyerbu datang
jiwa lemah terasa kesepian
namun sentuhan kasih sebuah iman
menyemai segera erti hikmah dan keredhaan
lalu,
wehdah berkumandang
membangkit semula kekuatan..

wahai jiwa,
kembalilah dengan tenang
apalah erti menang kalah di dunia,
andai jiwamu telah tegar mengejar syurga..
kerana menang disana,
jauh lebih indah dan bahagia..
22 Feb 2011



***************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

0 sahabat/iah: