Monday, May 3, 2010

Biasa yang luarbiasa. (khusus buat sahabatku)





Bukan milik sesiapa, sekeping hati yang dianugerahkan, buat seorang hamba..sekadar pinjaman, tetap milik Tuhannya.

********

“UTM tu..”seorang sahabat bersuara. Penulis diam. Mengangguk tidak, menggeleng pon tidak.

“Jaga diri la, jangan sampai berubah dah la, apa yang kita belajaq kat sekolah..” Seorang sahabiah menyampuk.

“Kita tengok la macam mana nanti.., “ Seorang lagi berkata-kata.

“Jagala diri, kami kat sini ramai, sana sorang-sorang,,jauh pulak tu..jangan culture shock sudah..”

Senyum. Ya Allah, jangan Kau tarik hidayahMu daripadaku.

“Wan dapat mana?” Ustaz bertanya.

“UTM ustaz..”

“Erm, elok-elok..jangan balik nanti sampai saya tak kenai..awat nak pindah? Kan dah elok tempat ngaji la ni? “ Ustaz memberi peringatan dalam soalannya. Senyum. Tiada jawapan.

**********

“Nak pakai tudung labuh tu jugak ka?” Mak bertanya. Tahu. Soalan menguji tu. Penulis angguk. Biarlah nak jadi apa pon. Nak pakai jugak.

“Nanti depa tak bagi masuk..” Kakak mula menyakat.

Geram. Semua tudung bulat labuh saja yang penulis masukkan dalam beg. Macam nak buang ja tudung empat segi bidang 60 ni, tapi biarlah back up.

Dan sampai di UTM, tudung bulat tu lah yang sama-sama masuk melepasi pintu gerbangnya. Tak ramai yang bertudung bulat labuh. Ish, risau. Tapi biarlah!

Jumpa TG. Noraini, jumpa Juwariyah. Alhamdulillah ada jugak yang pakai tudung bulat. SPI jugak? Alhamdulillah. Eh, kak Nafisah..eh, kak Syikin..eh, …eh..Alhamdulillah..sahabat SPI yang lain juga ada yang pakai tudung bulat. Walaupun awalnya tak ramai, masing-masing takut sebab UTM dikatakan lain sikit dari yang lain. Tapi selepas cuti semester pertama, masing-masing dah berani nak pakai tudung bulat labuh. Penulis bawak semua tudung 4 segi balik kampung masa cuti, tingggal terus.

Alhamdulillah, masih istiqamah. Bila pulang ke sekolah lama. Sahabat-sahabat ternanti-nanti kemunculan. Nak lihat perubahan pada penampilan. Rupanya masih sama, tak berubah, Alhamdulillah. Nampak ustaz senyum, walaupun dialah yang paling kuat menyindir dulu. Tak pa, sindirannya itu jadi azimat. Ustaz mencabar muridnya untuk terus istiqamah dalam pemakaian. Walau nadanya agak menyakitkan.

***********

Jadi Alien!

Asal melintas meranti ja, ramai yang memandang..kelompok tudung labuh tengah melintas. Laksana alien. Arh..memang tekanan dan culture shock..rasanya dah 12 tahun pakai tudung labuh ni. Ini kali pertama orang pandang macam alien! Erm, lama-lama dah terbiasa. Biarlah. Akhirnya, kami sudah jadi kebiasaan bagi sahabat-sahabat di UTM. Bukan keganjilan lagi..

************

Dan setiap kali balik ke sekolah lama, pandangan setiap orang pada penulis sangat tajam. Diteliti setiap gerak geri, mungkin sebab penulis adalah pimpinan sekolah dulu. Atau asbab yang lebih berat, kerana penulis dari UTM, sosial place, lain kalau sahabat-sahabat dari kolej agama. Sorotannya lain. Tak da Nampak sangat, tapi kalau penulis? Erm……Ini dugaan ke?

TAK, inilah benteng sebenarnya…cabaran dan sindiran sahabat-sahabat membuatkan diri ini lebih berhati-hati dan berjaga dari sebarang kelalaian. Alhamdulillah..biar sakit diperli, jangan sampai tersiksa diazab kejahilan diri. Alhamdulillah..masih kekal, mudah-mudahan terus kekal!

“Eh, sahabat! Lain Nampak? Makin cute, tapi sayang la sikit…stoking mahal sangat ke sampai tak pakai ni? hahahah”…hurm, dalam gelak tawa sembang petang..sedikit penangan buat sahabat semadrasah dulu. Masing-masing faham..kita bukan orang biasa yang boleh suka-suka menjadi biasa.. tetapi kita orang biasa yang perlu menjadi luarbiasa dalam masyarakat dengan sebab kebiasaan kita dalam melalui tarbiyyah ini suatu masa dahulu!!

5 sahabat/iah:

myikhwanfiideen said...

Salam'alayki......

Prkongsian yg unik...

Semuanya perlukan mujahadah. Mungkin adakalanya kita rasa 'Alienated'. Tp, brsyukrlah.

Sbnrnya, bkn krn org merasa asing ttp org keliling kagum.

Apatah lg kalu yg bertudung labuh bulat drpd klgn shbyyh yg amik kos sprt elektrik or mechy. Lagilah asing....

Apapun, Truskan mujahadah...

Itminaan said...

Assalamualaikum....

Semoga terus istiqomah ya! Walaupun dipandang macam alien...mula2 memang macam tu. Imagine muslimah2 yg pakai purdah.. Sama juga kena pandang macam tu. But keep your head up, be proud to be given hidayah and taufiq to practice upon what is better...

Tudung labuh tu adalah suatu lambang..

tasnim said...

InsyaALLAH..syukran,
Moga dapat thabat dalam jalan ini..

Yang said...

wah..! suka entry ni..hu3..cam paham jiwa raga bakul la k.huda ni. yang pon cmtu gak., kwn2 sume tnye n bimbg, takut kte ni t'pengaruh kt utm ni.. but i'm still da one! sme2 doakan kte sume istiqamah..insya Allah =)

tasnim said...

Jiwa raga bakul ??? erm, bakul pon ada Jiwa? =)

InsyaALLAH..doakan kita thabat di jalan ini. =)