Tuesday, April 27, 2010

KAMI '10 : Tarbiyyah menjana sahsiah kamilah



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya



Lagu Atas nama Cinta bergema. Menggegarkan dewan kecil yang sederhana isinya namun amat bermanfaat wujudnya itu. Barisan puteri-puteri Islam sedang bermujahadah. Hadirnya mereka untuk menghadapi tarbiyyah jasadiyyah sekaligus membentuk keperibadian tarbiyyah ruhiyyah. Pergantungan mereka hanya kepada Allah, hanya kepada Allah, hanya kepada Allah. Sahabat yang menemani hanya diseparuh transit. Seterusnya terpulanglah kepada diri sendiri. Itulah ibaratnya hidup ini, sahabat sejati menemani dan membentuk peribadi bersama-sama, namun Akhirat kelak kita tetap perlu bersendiri.


Alunan Doa kedengaran. Kembara Solo Night bermula.

Suara ‘beburung’ sahut menyahut di dalam pekat malam hutan belantara takkan terlupa selamanya….

------


Itulah antara slot kemuncak pada malam terakhir Kem Pembangunan Akhlaq dan Modal Insan KAMI ’10 yang telah berakhir semalam (25hb April 2010). Peristiwa sepanjang kem amat menarik dan memberikan kesan kepada diri penulis. Inilah antara kem ‘lasak’ yang penulis lalui dengan penuh perasaan yang berpandukan Aqal dan ditemani semangat juang yang tinggi bersama-sama sahabat. Alhamdulillah, semua slot, transit, aktiviti, muhasabah di dalam kem ini dapat penulis lalui dengan jayanya. Tidak terkandas di pertengahan jalan. Semuanya Sukses! Alhamdulillah.


KEM PEMBANGUNAN AKHLAQ DAN MODAL INSAN (KAMI ’10) telah diadakan bermula pada 23 April sehingga 25 April 2010. Bertempat di Kem D’Perkasa Rebutia, Gombak sememangnya menjadikan kem ini diluar jangkaan sama sekali. Tarbiyyah yang dibentuk dari sudut pembangunan modal insan dan kemahiran berfikir amat tinggi. Semangat kerjasama dan kerukunan persahabatan membantu semua untuk sukses. Dan kekuatan ruh mengetuai perjalanan, terpimpin dek aqal yang waras mengenai Tuhannya. Seawal perjalanan kami dibeaklkan dengan doa memasuki hutan oelah Dr Farahwahida, bekalan untuk perjalanan tarbiyyah ini.


Pra – Syarat Program: 1. Nawaitu 2. Fokus 3. Fikiran Terbuka 4. Lapang dada.






Sepanjang kem ini, terdapat pelbagai peristiwa dan pengalaman baru yang hadir menemani. Perasaan yang pelbagai dapat memberikan sejuta kesedaran dalam diri penulis. Bermula perjalanan slot pertama pada petangnya, beberapa tarbiyyah dan kesedaran disuntik terus. Alam tawa ceria ada sindiran tajam yang menghiris dan sekaligus menyedarkan..dan di malam hari, Barisan puteri ini meredah hujan lebat sehingga jam 3.00pagi, melalui rintangan dan halangan sambil membawa ‘bebanan’ tanggungjawab. Memberikan kesedaran tentang tugas dan peranan sebagai seorang bakal ustazah.




Siangnya pula menjadi pengembara di belantara. Merentas cenuram dengan menyulur ke bawah memang pengalaman yang mendebarkan, tetapi amat manis dalam ingatan. Menghidupkan api, memasak dan bermain di gigi air sungai yang mengalir deras. Subhanallah..pengalaman yang terindah..ketenangan yang tak terucap ketika bersujud di pasir sungai. Lambang keagungan Allah..betapa kenangan itu amat bermakna. Tak pernah terasa begitu tenang manghadapNYA. Hilang hiruk pikuk tawa teman-teman. Sebaliknya ia benar-beanar memberikan ketenangan yang di luar khayalan.





Malamnya kembara solo night memulakan ekspedisi, Pergantungan kepada Allah melebihi segala-galanya. Sungguh, Allah Maha Kuasa memberikan kami tarbiyyahNYA. Hanya Dia yang berkuasa atas segalanya. Dalam debar, kembara malam ditempuh, tebing yang licin didaki, dalam pekat malam itu juga curam yang panjang dituruni. Tika hati mulai berbisik keranaNYA, walau gelap di pandangan mata, laluannya cerah di mata hati. Hanya itulah angkapan yang dapat penulis lafazkan. Dan sujud yang benar-benar menggemparkan. Sujud di Air Sungai yang mengalir..…Allah..Allah..siapa yang bisa menggambarkannya? Hanya Allah yang tahu..dan biarlah hanya Dia yang tahu..Tarbiyyah ini milikNYA..hati dan perasaaan ini juga milikNYA..pagi itu, sekitar jam 5 pagi baru kami kembali ke khemah, transit kecil di dunia ini.


Esoknya, modul Tabah, Berani dan Ukhwah mengisi ruang waktu. Selepas itu kami bersatu dalam membina matlamat kami. Alhamdulillah..Allah memberikan peluang ini kepada penulis. Pengalaman berharga bersama sahabat-sahabat yang disayangi keranaNYA. Dan secara Individu, modul berani agak amat mendebarkan, tetapi apabila penulis berjaya melepasinya, terasa suatu nikmat yang hebat. Malah rasanya teringin untuk mencuba lagi.



Syukran jazilan wa jazakulullah khairan kathira kepada Dr. Farahwahida, pensyarah pengiring yang merupakan nadi utama kejayaan program ini, Pok Nik yang merupakan Fasi utama program, Bro Khai serta semua fasi yang telah terlibat mentarbiyyah kami. Juga sahabat-sahabat AJK program, syukran atas sumbangan entunna. Bagitu juga semua yang hadir. TAHNIAH kerana diberikan peluang oleh Allah dan terpilih menghadapi tarbiyyah ini. Moga akan ada sibar perubahan dalam diri kita menuju destinasi CInta Abadi. InsyaALLAH.

p/s: Sengaja tak nak cerita dengan detil..sbb tarbiyyah ini hanya dapat dirasai dengan melaluinya sendiri =)


2 sahabat/iah:

Anonymous said...

"tarbiyyah ini hanya dapat dirasai dengan melaluinya sendiri =)"

totally agree with this statement..
mis that moment!

Anonymous said...

ada gambar yang mungkin kurang sesuai untuk umum. Lagi-lagi gambar-gambar tersebut adalah gambar sisters SPI.

Mungkin perlu diganti atau dibuat apa yang patut.

WaLlahu a'lam.
-Moga Allah memelihara kita semua-