Thursday, May 26, 2011

longing ( 갈망 )

Menjejak kaki di halaman sendiri selepas satu semester tidak pulang memang memerlukan penelitian. Banyak perubahan yang berlaku tanpa disedari. Terutamanya anak-anak yang semakin besar. Putra dah mula bercakap, Harith Naufal dah boleh meniarap, besar dan baik sekali anak yang ke-16 ni. Berbanding Haziq, Naufal lebih mudah diasuh kerana tidak suka menangis tanpa sebab.


Struktur rumah juga berubah, dapur yang lama sudah dibaiki. Jalan didepan rumah juga sudah berturap, tinggi sampaikan emak merungut juga. Kasihan kereta yang lalu dihadapan kerana selalu bergeser. Ayah pulak berkira-kira nak beli batu untuk tambak sedikit. Boleh elakkan geseran. Rumah abang juga dah makin elok.


Ambil adik dari sekolah, sekolah juga dah banyak berubah, jalan dan bangunan. Siap ada tembok besar melindungi aspuri daripada penglihatan ikhwah. Wah, banyaknya perubahan. Terlalu banyak sampaikan tak terhitung rasanya. Beberapa buah rumah untuk perumahan baru juga sedang dibangunkan di pekan Pauh. Macam tak percaya, tetapi perubahan adalah perkara yang memang akan berterusan dalam kehidupan.


Walimah kawan-kawan? Wah, ramainya yang nak masuk fasa baru. Sahabat yang dah comfirm kerja, yang masih mencari dan pelbagai lagi, yang dapat cahaya mata…semuanya adalah perubahan demi perubahan.



Tapi, yang paling ketara adalah….


Mak dan ayah yang semakin tua dan dhoif, mak wa, pak teh, pak su dan cu yang semakin lemah. Uban semakin memutih hingga janggut juga turut memutih. Keuzuran semakin jelas terpancar pada wajah-wajah insane kesayangan. Manakan tidak, apabila anak saudara semakin membesar, makin tualah datuk dan neneknya., dan juga makciknya.


Makin berat nak tinggalkan emak dan ayah, makin susah nak lepaskan. Rasa beban sangat nak melangkah pergi. Time is almost done…and I still keep walking away…bukankah ini masa untuk stay close? Dalam diam, akhirnya kaki melangkah jua. Perjalanan dimulakan lagi, bahkan esok lusa mungkin jaraknya bertambah jauh lagi.


“Wahai anak, kemanakah kamu hendak pergi? Belajarkah kamu setiap hari hinggakan tidak terasa rugi meninggalkan emak dan ayah sendiri?

Wahai anak, berbaloikah apa yang kamu lakukan disana sedang emak dan ayah yang semain uzur dibiar menanti?

Wahai anak, andai kau pergi jadikanlah ianya benar-benar bererti…jangan bermain-main dan bersuka sendiri…ingatlah mereka sedang rindu menanti…..”


Dan, kaki melangkah pergi dengan berat hati. Insya-Allah tidak akan biarkan masa ini pergi dengan rugi.


*******************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

0 sahabat/iah: