Sunday, May 15, 2011

Mungkin yang terakhir...

Steamboat pertama dan terakhir..




14 Mei 8.00pm, kami bergerak dari UTM secara konvoi sebiji kereta dan sebiji motor. Niat untuk mencari steamboat bersama kawan-kawan UTM. Ini mungkin jadi kali terakhir kami makan bersama, dan kali ini kami memilih steamboat. Secara jujur inilah kali pertama penulis mengenal apa itu steamboat. Hurm, kampung atau ulu ni…tak kisahlah, yang kisah adalah peristiwa pada malam itu.


Kami sesat! Haih, dah lama duduk Johor pon sesat lagi. Nampak sangat budak-budak baik yang tak suka merayau-rayau (^_^V~~perasan). Yang sesat tu adalah penunggang motorsikal pula tu, langsung tak tahu jalan..penulis dengan rumate ni dah sampai mana-mana entah. Barulah yan kereta call bagitahu dah lepas. Penulis dah panas dah ni, sebab kami hanya ikut tanpa tahu langsung haluan, tapi kereta pulak hilang…dah la malam-malam dan penulis rabun, main redah je jalan tak ikut lampu Isyarat. Alhamdulillah masih selamat. Maka terpaksalah pusing..terlepas jalan, maka pusing lagi. Ada 3x jugak kami berpusing-pusing tu rasanya… baru sampai.


Dijadikan cerita, tempat tu dah bertukar. Maka perjalanan diteruskan lagi dengan misi mencari kedai steamboat. Masa ni dah tukar driver, kak noraziela yang pandu. Rumate naik kereta, dia dah takut nak bonceng dengan penulis sebab bila marah ni ganas sikit gaya memandu. Lagipulak sama-sama rabun, itulah asyik terlepas jalan ja.


Kami bertukar-tukar telefon guider Siti Zubaidah a.k.a Atie Ahmad. Pusing lagi, kak Nor sekali lagi terlepas jalan. Akhirnya penulis drive semula motor dengan kak Nor dibelakang sebab dia kata dia tak faham jalan. Lagipon dia penat mengemas bilik petang tadi. Kami pusing balik dan penulis macam biasa la, sebab rabun maka semua jalan main redah, jalan sehala pon dah jadi jalan dua hala. Lalu pulak depan balai polis dengan polis yang ada diluar melebihi 5 orang masa tu. Dah masuk jalan tu, baru perasan sign jalan sehala. Maka, selamba ja kami jalan dan buat tak tahu…tiup-tiup sikit, maka terlepaslah…


Akhirnya tiba jua.





Makan-makan dan bual-bual. Terambil banyak sampai susah nak habiskan. Kak Nor dah macam-macam gaya. Habis periuk dan pinggan dikacau-kacau dan diketuk, haih, Fatin plak dengan gaya dia sendiri, berusaha menghabiskan apa yang dah terambil. Kak Huda, Kak Syimah, Ai O, dan Kak Fad yang dimeja satu lagi cool jer. Siap tambah-tambah lagi, tapi mintak tolong habiskan kami punya mereka tak nak plak. Kak Miza pulak dah stop makan dan makan jagung jer..minat sungguh dia dengan jagung ^_^.


Aiskrim dan kami makan lagi. Ini kes makan atau apa? Dalam senang-senang dan suka-suka tu, kami bual-bual lagi. Macam orang-orang yang biasa-biasa, tapi macam tulah. Nak cakap pon susah nak tafsir. kEnapa semua jadi sangat nakal malam tu dan semua orang dah balik, tinggal kami ja kat kedai tu..paling lama makan…? Sebab masing-masing tahu, that will be the last night we spend together as a friend in UTM. Biarpun masing-masing tak kata apa, tapi tahap kenakalan yang mencacak naik itulah buktinya. Kak Kor dan Fatinlah yang paling nakal sekali. Kedua-duanya rumate dan bekas rumate saya. Nakal yang teramat sangat! Dah lah berjalan sana sini…


Namun, kenakalan itu ada batasnya dan hanya kami yang boleh terjemahkan bagaimana…^^,

Buat sahabat-sabahat, selamat jalan. Ini steamboat pertama dan terakhir penulis lalui bersama kalian. Banyak lagi kisah lain yang telah kita lalui bersama sebagai pelajar SPI UTM. Jalan sukar yang kita tempuh, kritikan dan pandangan sinis masyarakat. Kesilapan dan kekhilafan yang sukar diterima dan kisah-kisah perit antara kita. Tak lupa pada arwah Kak Hanan. Yakin dan pasti jika beliau masih ada, beliau kan bersama kita pada malam itu. Al-Fatihah.





Buat semua sahabat-sahabat SPI yang lain, Batch 2007- 2011. Selamat berjuang. Dah banyak kali sangat wish ni…jadi pastikan kita benar-benar berjaya nanti. Termasuklah adik-adik SPI yang lain. Jaga ya imej SPI elok-elok. Jaga imej ustaz dan ustazah..FTI. Dan paling penting kena ingat, masyarakat pandang kita sebagai imej Islam..walhal kita pon masih belajar lagi sebenarnya.


Buat sahabat PMI, yang juga masuk batch pertemuan 2007 muslimin dan muslimat. Selamat berjuang. Sahabat KSK, Kelab Iqra’ dan juga Rakan Masjid. Sahabat-sahabat lain yang mengenali diri penulis. Maaf salah dan silap ya.


********************

Betullah hidup di kampus, kita bebas. Apa nak buat tiada orang nak tegur. Kita buat suka hati ja. Maka tak mustahil ramai yang tumbang dan rebah. Bandar pulak menyajikan sejuta kelalaian. Alhamdulillah sepanjang 4tahun di sini, masih berjaya memegang amanah Allah pada diri sendiri, masih kukuh mempertahankan janji terhadap ibuayah. Semoga semua insan dikampus pon begitu juga.


Diluar sana, kehidupan baru sedang menanti. Lebih dahsyat dan lebih sukar. Malah sendirian pula. So, sahabat-sahabat teguhkanlah iman…dan segeralah cari buat majlis walimah (jangan lupa jemput) niatkan itu untuk ibadah kepada ALLAH dan menghindarkan urusan kehidupan dari pelbagai bentuk fitnah. Dan yang pastinya penulis nak kad tau, tak mau tag2 kat FB sahaja.

Baiklah, sampai jumpa lagi. Insya-ALLAH.



*************************


وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الأرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (٦٣)

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah Engkau belanjakan segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

.

**************************

Sahabat! Saya sayang kamu semua!!

P/s : Penulisan kurang terarah, faham-fahamlah ya mood nya…

*******************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”








0 sahabat/iah: