Tuesday, June 7, 2011

Pesan untuk kita semua..


Lebih kurang jam 10 malam saya dikejutkan dengan ketukan pintu di hadapan bilik saya. Kedengaran suara yang amat saya kenali memberikan salam. Lambat-lambat saya bangun membuka pintu sambil menggosok mata. Tertidur selepas isyak tadi. Raut wajah tetamu yang datang terkesan di hati saya, ada masalah! Hati saya berdesis sendiri. Ternyata tekaan saya betul.

“Dia senyum pada saya…saya..”


Saya diam, membiarkan tetamu yang sedang menangis meneruskan tangisannya. Sukar benar menyatakan sesuatu yang kita sendiri lemah untuk merungkaikannya. Sesuatu yang berkait dengan manusia lain. Kita hanya boleh bertindak di pihak kita. Ya, di pihak kita. Lama juga kami berbual dan keputusannya hanyalah untuk dipihak kita..kita sahaja, abaikan insan yang digelar “dia” itu.


Kadang-kadang saya terasa sedikit geram, malah mungkin juga marah. Ada sahaja yang melarang muslimat mempamerkan senyuman kerana dibimbangi meragut hati muslimin tapi muslimin tidak pula dilarang sedemikian. Saya akui, hati muslimat jauh lebih rapuh sebenarnya…jauh lebih mudah dibuai perasaan. Jadi sewajarnya bukan dipihak muslimat sahaja yang menjaga bahkan dipihak muslimin juga. Bukahkah pesanan ini ditujukan kepada kedua-dua pihak dan bukannya sebelah pihak sahaja? Allah berfirman didalam surah an-nur:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

30. katakanlah (wahai muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.

31. dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;


Oleh itu, wahai muslimin dan muslimat..marilah sama-sama menjaga diantara satu sama lain. Senyumlah namun bukan senyuman yang boleh menimbulkan fitnah, sila menjaga antara satu sama lain. Jika muslimin boleh tertarik dengan senyuman menawan daripada muslimat, tentulah muslimat juga begitu. Mungkin ada yang mengatakan entry ini agak memalukan namun apa yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan itu jelas kepada semua. Jangan asyik melarang muslimat itu ini tetapi muslimin sendiri tidak menjaga pandangan mereka. Dan buat muslimat..amatlah amat wajib untuk kamu menjaga diri kamu.

P/s : Disunting dan diulas daripada kisah seorang sahabat yang bercerita tentang cinta.

*******************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

0 sahabat/iah: