Siah berjalan laju kerumah anak perempuannya. Perkhabaran yang baru diterima terlalu kurang enak untuk ditangguh-tangguhkan kepastian kebenarannya. Sampai sahaja di sana, Anak perempuannya, Kiah sedang bersarapan dengan menantunya, Kamal. Kiah seorang wanita kampung yang selalu memakai baju kurungnya. Dia membantu suaminya menambah pendapatan dengan membuka kedai makan. Kamal walaupun bekerja, namun pendapatan bulanannya tidaklah setinggi mana untuk menampung keluarga. Kiah yang terpaksa membantunya. Namun, Kamal sangat baik orangnya, lembut perwatakannya dan selalunya diam dari banyak berbual.
Pada mulanya, Siah berasa berat juga. Selepas dijemput bersarapan bersama, Siah duduk di meja makan bersama anak dan menantunya. Tapi perasaannya terhimpit, lalu dia segera bertanya: “Kamal betul ke kau dah kahwin lain?”
Bagaikan halilintar yang membelah bumi, Kiah yang berada di sebelah suaminya di sambar kejutan yang teramat sangat. Sebaik Kamal mengakui persoalan ibunya itu, tangannya mencengkam rambut Kamal lalu di’sugun’ ke pinggan nasi berkali-kali. Jenuh juga Siah menyabarkan. Selepas peristiwa itu, Kiah benar-benar berubah, dia menjadi terlalu garang. Di serbunya rumah isteri kedua Kamal, semua gaji Kamal dipegang tanpa setitis pon mengalir keluar. Malahan, pakaian Kiah juga berubah. Dia sudah mula berpakaian ketat dengan seluar jeans yang ketat. Sama seperti isteri muda Kamal. Ramai yang terkejut dengan tindakan Kiah menyugun suaminya sendiri, malah ari sudut pakaiannya yang semakin keterlaluan itu juga. Namun, bagi Kiah, suaminya berkahwin lain dengan perempuan yang memakai begitu, jadi dia juga perlu berpakaian begitu.
Kisah 2
Lama, Ida menanti suaminya balik. Hatinya terluka teruk. Nyaris dia bergaduh dengan jiran kerana suaminya. Dia sangat percaya pada suaminya yang mengatakan tidak walaupon jiran-jirannya mengatakan mereka sudah melihat dengan mata sendiri. Dia sangat marah kerana suaminya menipu dirinya selama ini. Dia terlalu percaya kepada insan yang bergelar suami itu.
Ida masih ingat lagi, sebulan selepas mereka berkahwin, suaminya di tahan polis kerana mengedar ganja. Dua tahun lamanya suaminya dipenjarakan, maka dua tahun jugalah dia menanti suaminya di rumah mertua. Tiada hargakah pengorbanan itu? Dia tidak banyak kerenah terhadap suaminya. Malah dia membantu suaminya dengan berniaga kuih. Tidak sekali dia membohongi suaminya. Malah kepercayaannya pada suami adalah lebih dari segalanya. Ida tahu, dia adalah pilihan keluarga untuk suaminya, suaminya dulu pernah ada kekasih lain. Tapi itu kisah lama, sudah 20 tahun mereka bersama, anak-anak juga sudah besar.
Rupanya kini, kisah cinta suaminya berputar semula, dia sudah berkahwin dengan kekasih lama yang sudah kematian suami itu. Dan Ida dibohongi hidup-hidup. Semasa di majlis di kampung mereka dia bergurau senda dengan Imah, madunya itu. Imah juga sering singgah membeli kuih di kedainya. Rupanya Imah sudah menjadi madunya?? Patutlah orang kampung memandang semacam sahaja ketika dia bersembang dengan Imah. “Baiknya Kak Ida” ayat itulah yang sering menyebabkan dia tertanya-tanya. Rupanya suaminya sudah berkahwin lain!
Sebaik suaminya tiba di rumah, Ida segera menerkam. Kali ini bukan main-main! Kepercayaannya telah dihentak-hentak dengan kaki! Kesetiaannya telah dihenyak dengan pembohongan! Ida benar-benar mengamuk. Teruk suaminya dikerjakan malam itu. Kerusi yang ada menjadi alat untuk menjatuhkan suaminya. Suaminya tersudut selepas pukulan berpalu-palu. Kelam kabut saudara mara yang berdekatan. Puas menyagang, akhirnya suami Ida terpaksa dikejarkan ke hospital. Ditahan di wad beberapa hari ekoran ‘dibelasah’ oleh Ida. Riuh sekampung! Semua orang kampung terkejut! Bagaimana Ida yang lembut itu boleh memukul suaminya?
*******
Apa yang boleh dirumuskan? Saya tercari-cari point antara keduanya. Persamaan? Keduanya baik-baik sahaja. Membantu suami untuk memperbaiki kehidupan. Percaya dengan suami dan segalanya. Dan mereka dimadukan! Dan mereka mengamuk!
Saya berasa kasihan. Tentu besar dosanya memukul suami. Apatah lagi sehingga terpaksa di tahan di wad. Tentu malaikat mengutuk sepanjang malam. Namun, itulah manusia. Saat diri terasa di khianati, segala macam kemungkinan boleh terjadi.
Apa nak dibuat ya? Saya tidak tahu. Sabar, itu perkataan yang boleh diungkapkan..teori? Praktikalnya? Boleh tak kalau berterus terang?
Saya listkan apa yang saya Nampak:
1. Suami yang jenis diam. Hati-hati. Orang sebegini kadang-kadang terlalu sukar dijangka pergerakannya.
2. Isteri yang baik dan selalu menurut. Hati-hati juga. Kita tak dapat membaca tindakannya jika dia benar-benar terluka.
3. Suami/Isteri pernah ada bekas kekasih. Erm, yang ni tak pasti sangat. Takkanlah nak kata “Jika awak pernah suka orang lain dulu, maka saya tak nak kahwin dengan awak!”
4. Ditipu dalam diam. Kalau berterus terang adakah dikira tertipu juga? Jadi dapat kurangkan sikit kesakitan hati tu.
5. Cukuplah.
Bukan perihal ini yang saya nak heboh-hebohkan. Tapi, kesediaan untuk sebarang ujian yang Allah berikan. Bukankah keseluruhan hidup ini ada rantaian ujian dariNYA. Bagaimana jika ujian itu berkaitan dengan secebis cinta untuk manusia? Cukupkah bersedia untuk itu? Mampukah saya menerimanya? Bersediakan kita pada sesuatu yang telah disyariatkan Allah? Saya tidak mahu menghurai tindakan sang suami. Cukuplah, biarkanlah mereka menilai sendiri. Saya hanya nak menilai si Isteri, kerana jika ada taqdirnya, saya juga nanti akan bergelar isteri. Bersediakah untuk semua ini. Ya Allah, kenapa kau mesti jatuh hati pada dia sebegini sehingga bila dia berbuat begini hati bagai tersiat-siat? Ya Allah, biarkan cinta ini hanya teragung untukMU..
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar
(Al-Baqarah :155)
Ya Allah, berikanku kesabaran dalam menghadapi hidup ini.
*******
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh” Ameen ya Rabbal ‘Alamin.
3 sahabat/iah:
dalam buku Bila Allah Menduga Kita juga ada dinyatakan mengenai ujian jika dimadukan.
kisah yang mungkin akakn terjadi pada siapa2 pon jika dalam keadaan marah, cuma sabar itu memang perlukan kekuatan untuk mengecapinya... Yang saya nampak KEJUJURAN antara pasangan amatlah diperlukan... semoga ia menjadi iktibar bg kita.. Wallahua'lam..
Benar Tin,kita tak mmpu meramal masa depan..hanya doa sbg senjata..
Post a Comment