Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
***************
Allah, selamatkanlah saudara seaqidah kami dimana-mana sahaja mereka berada. Beri mereka kekuatan untuk menghadapi ujian dariMU
********************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”Ameen ya Rabbal ‘Alamin.
Siah berjalan laju kerumah anak perempuannya. Perkhabaran yang baru diterima terlalu kurang enak untuk ditangguh-tangguhkan kepastian kebenarannya. Sampai sahaja di sana, Anak perempuannya, Kiah sedang bersarapan dengan menantunya, Kamal. Kiah seorang wanita kampung yang selalu memakai baju kurungnya. Dia membantu suaminya menambah pendapatan dengan membuka kedai makan. Kamal walaupun bekerja, namun pendapatan bulanannya tidaklah setinggi mana untuk menampung keluarga. Kiah yang terpaksa membantunya. Namun, Kamal sangat baik orangnya, lembut perwatakannya dan selalunya diam dari banyak berbual.
Pada mulanya, Siah berasa berat juga. Selepas dijemput bersarapan bersama, Siah duduk di meja makan bersama anak dan menantunya. Tapi perasaannya terhimpit, lalu dia segera bertanya: “Kamal betul ke kau dah kahwin lain?”
Bagaikan halilintar yang membelah bumi, Kiah yang berada di sebelah suaminya di sambar kejutan yang teramat sangat. Sebaik Kamal mengakui persoalan ibunya itu, tangannya mencengkam rambut Kamal lalu di’sugun’ ke pinggan nasi berkali-kali. Jenuh juga Siah menyabarkan. Selepas peristiwa itu, Kiah benar-benar berubah, dia menjadi terlalu garang. Di serbunya rumah isteri kedua Kamal, semua gaji Kamal dipegang tanpa setitis pon mengalir keluar. Malahan, pakaian Kiah juga berubah. Dia sudah mula berpakaian ketat dengan seluar jeans yang ketat. Sama seperti isteri muda Kamal. Ramai yang terkejut dengan tindakan Kiah menyugun suaminya sendiri, malah ari sudut pakaiannya yang semakin keterlaluan itu juga. Namun, bagi Kiah, suaminya berkahwin lain dengan perempuan yang memakai begitu, jadi dia juga perlu berpakaian begitu.
Kisah 2
Lama, Ida menanti suaminya balik. Hatinya terluka teruk. Nyaris dia bergaduh dengan jiran kerana suaminya. Dia sangat percaya pada suaminya yang mengatakan tidak walaupon jiran-jirannya mengatakan mereka sudah melihat dengan mata sendiri. Dia sangat marah kerana suaminya menipu dirinya selama ini. Dia terlalu percaya kepada insan yang bergelar suami itu.
Ida masih ingat lagi, sebulan selepas mereka berkahwin, suaminya di tahan polis kerana mengedar ganja. Dua tahun lamanya suaminya dipenjarakan, maka dua tahun jugalah dia menanti suaminya di rumah mertua. Tiada hargakah pengorbanan itu? Dia tidak banyak kerenah terhadap suaminya. Malah dia membantu suaminya dengan berniaga kuih. Tidak sekali dia membohongi suaminya. Malah kepercayaannya pada suami adalah lebih dari segalanya. Ida tahu, dia adalah pilihan keluarga untuk suaminya, suaminya dulu pernah ada kekasih lain. Tapi itu kisah lama, sudah 20 tahun mereka bersama, anak-anak juga sudah besar.
Rupanya kini, kisah cinta suaminya berputar semula, dia sudah berkahwin dengan kekasih lama yang sudah kematian suami itu. Dan Ida dibohongi hidup-hidup. Semasa di majlis di kampung mereka dia bergurau senda dengan Imah, madunya itu. Imah juga sering singgah membeli kuih di kedainya. Rupanya Imah sudah menjadi madunya?? Patutlah orang kampung memandang semacam sahaja ketika dia bersembang dengan Imah. “Baiknya Kak Ida” ayat itulah yang sering menyebabkan dia tertanya-tanya. Rupanya suaminya sudah berkahwin lain!
Sebaik suaminya tiba di rumah, Ida segera menerkam. Kali ini bukan main-main! Kepercayaannya telah dihentak-hentak dengan kaki! Kesetiaannya telah dihenyak dengan pembohongan! Ida benar-benar mengamuk. Teruk suaminya dikerjakan malam itu. Kerusi yang ada menjadi alat untuk menjatuhkan suaminya. Suaminya tersudut selepas pukulan berpalu-palu. Kelam kabut saudara mara yang berdekatan. Puas menyagang, akhirnya suami Ida terpaksa dikejarkan ke hospital. Ditahan di wad beberapa hari ekoran ‘dibelasah’ oleh Ida. Riuh sekampung! Semua orang kampung terkejut! Bagaimana Ida yang lembut itu boleh memukul suaminya?
*******
Apa yang boleh dirumuskan? Saya tercari-cari point antara keduanya. Persamaan? Keduanya baik-baik sahaja. Membantu suami untuk memperbaiki kehidupan. Percaya dengan suami dan segalanya. Dan mereka dimadukan! Dan mereka mengamuk!
Saya berasa kasihan. Tentu besar dosanya memukul suami. Apatah lagi sehingga terpaksa di tahan di wad. Tentu malaikat mengutuk sepanjang malam. Namun, itulah manusia. Saat diri terasa di khianati, segala macam kemungkinan boleh terjadi.
Apa nak dibuat ya? Saya tidak tahu. Sabar, itu perkataan yang boleh diungkapkan..teori? Praktikalnya? Boleh tak kalau berterus terang?
Saya listkan apa yang saya Nampak:
1. Suami yang jenis diam. Hati-hati. Orang sebegini kadang-kadang terlalu sukar dijangka pergerakannya.
2. Isteri yang baik dan selalu menurut. Hati-hati juga. Kita tak dapat membaca tindakannya jika dia benar-benar terluka.
3. Suami/Isteri pernah ada bekas kekasih. Erm, yang ni tak pasti sangat. Takkanlah nak kata “Jika awak pernah suka orang lain dulu, maka saya tak nak kahwin dengan awak!”
4. Ditipu dalam diam. Kalau berterus terang adakah dikira tertipu juga? Jadi dapat kurangkan sikit kesakitan hati tu.
5. Cukuplah.
Bukan perihal ini yang saya nak heboh-hebohkan. Tapi, kesediaan untuk sebarang ujian yang Allah berikan. Bukankah keseluruhan hidup ini ada rantaian ujian dariNYA. Bagaimana jika ujian itu berkaitan dengan secebis cinta untuk manusia? Cukupkah bersedia untuk itu? Mampukah saya menerimanya? Bersediakan kita pada sesuatu yang telah disyariatkan Allah? Saya tidak mahu menghurai tindakan sang suami. Cukuplah, biarkanlah mereka menilai sendiri. Saya hanya nak menilai si Isteri, kerana jika ada taqdirnya, saya juga nanti akan bergelar isteri. Bersediakah untuk semua ini. Ya Allah, kenapa kau mesti jatuh hati pada dia sebegini sehingga bila dia berbuat begini hati bagai tersiat-siat? Ya Allah, biarkan cinta ini hanya teragung untukMU..
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar
(Al-Baqarah :155)
Ya Allah, berikanku kesabaran dalam menghadapi hidup ini.
*******
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh” Ameen ya Rabbal ‘Alamin.
Kepada semua sahabat2 Lepasan MPIK, insyaALLAH satu program pemantapan untuk semua pelajar MPIK akan diadakan seperti berikut:
PROGRAM KEM PEMANTAPAN SAHSIAH 2010 (PERMATA ’10)
Tarikh: 24 - 26 Jun 2010
Tempat : Kem Putri Ayu, Yan Kedah.
Anjuran: BADAN ALUMNI MPIK.
Sebarang sumbangan, sama ada dalam bentuk tenaga atau wang ringgit amatlah dialu-alukan. Untuk sumbangan dana sila beri terus kepada bendahari program, Saudari Zalini Ramli (017-5503651/013-5952034) , atau bank in ke akaun Alumni no akaun 02011020748570 (Bank Islam) di bawah nama Saudari Nurul Habibah. Sebarang pertanyaan LANJUT untuk menjadi AJK atau sumbangan lain, boleh hubungi, Setiausaha ALUMNI MPIK Saudari Wan Nurulhuda (O13-7026352).
Naik bas :09:30pm (dah terbiasa tunggu sorang-sorang)
Sampai di Kangar : 09:30 am (dengan baki hanya 2 orang penumpang sahaja didalam bas)
Sampai di rumah :09:50 am (Mak dan Ayah tak da, p kndri umah Cu – mak dua kali telefon masa pagi tu, tp bas masih kat Aloq Staq, sebab lewat sangat takkan la tak pi tolong kenduri umah Cu- its okay)
Petangnya, sibuk ‘menyinggah’ di rumah Cu. Kenduri Aqiqah anak sepupu yang baru lahir… dan Alkisahnya di kehidupan ini…
Irama Kasih
Sepupu penulis selamat melahirkan putera sulungnya pada 2 Mei 2010, anggaran masanya jam 8 malam. Semasa dilahirkan, anaknya kelihatan normal sahaja. Namun pagi esoknya, bayi kecik tu dah mula tercungap-cungap seolah-olah tak dapat bernafas. Bila pemeriksaan rapi dibuat keatas bayi kecik tu, barulah tahu bahawa bayi itu menghadapai masalah saluran jantung dan jantung berlubang. Daripada hospital Kangar, anak sepupu penulis tu terpaksa pula dikejarkan ke hospital Pulau Pinang. Dan dipendekkan cerita, mereka terpaksa bertukar ke hospital swasta kerana memerlukan pembedahan segera.
Tahu berapa kos untuk pembedahan si kecil tu? RM 30,000.00! Mengucap panjang penulis bila dapat tahu. Tapi, keluarga suami sepupu penulis tu sanggup bayar, apatah lagi si kecil tu merupakan cucu sulung family mereka. Bayi kecil tu ditahan di wad selama dua minggu. Alhamdulillah, pembedahan berjaya dan bayi di benarkan pulang. Namun rawatan susulan tetap perlu terus dijalankan. Menurut sepupu penulis, bayinya itu masih perlu menjalani dua kali pembedahan, iaitu ketika berusia 5 tahun dan 15 tahun. Dan kos setiap satunya mencecah angka puluhan ribuan ringgit. Malah untuk setiap satu rawatan susulan juga mencecah ratusan ringgit. Siapa sangka permata hati di uji sebegitu dan ibubapa turut teruji dengan kesakitan si kecil.
Irama sendu
Nak dijadikan pula pengajaran dalam kehidupan ini. Abang sulung sepupu penulis ni pulak, tak balik langsung lagi untuk tengok anak sedara yang sakit ni. Dari pandangan penulis, mak dan Cu sendiri, memang tak patut sangat. Kerana sepupu penulis ni memang jenis yang take care sangat anak-anak abang dia ni. Dia la yang selalu jaga, apatah lagi anak-anak abang dia ni mengaji di Perlis. Jadi memang dia (sepupu penulis) ni la yang selalu uruskan anak-anak abang dia ni. Dah la kerenah budak-budak tu macam-macam. Macam mana seorang abang yang boleh balik dari KL ke Perlis 2-3 kali sebulan masa anak dia buat hal kat sekolah, tak balik tengok anak adik dia yang sakit sampaikan hujung nyawa dah tu? Antara hidup dan mati? Wah, hebatnya hati seorang abang!! Kalau nak kata tak mampu, memang kaya melana, lain la kalau miskin kedana.
Betul kah orang kata, bila masing-masing dah bekeluarga adik beradik bukan lagi sesiapa? Adik beradik hanya penting ketika kita susah, tapi bila mereka yang susah, kita tak peduli pon tak pa? Urusan kehidupan kita lebih penting dari nyawa putra kesayangan adik kita? Sedangkan kalau anak kita yang sakit, sanggup gadai nyawa? Oh, hanya kitakah yang ada perasaan keibubapaan dan orang lain tiada? Kita bukan lagi seorang abang selepas kita jadi seorang suami atau ayah? Kita bukan lagi seorang kakak selepas bergelar isteri dan ibu??? Tapi kami diamkan saja..sepatah pon tak da sapa2 bercakap depan sepupu penulis tu macam tu. Tak perlu nak apikan, kalau dia terasa pon kita yang berperanan menyejukkan. Biarpon hati sendiri meledak2 macam gunung berapi.
**********
Dalam kehidupan ni kita tak akan dapat lari dari ujian. Sama ada ujian itu datang terus kepada kita, atau datang secara melalui orang lain. Kita diuji dari pelbagai sudut, fizikal dan mental. Perasaan dan jiwa kita turut merasai segala ujian ini. Mungkin kita diuji dengan kekurangan harta, sehingga susah untuk membesarkan anak-anak, atau diri sendiri melalui kesempitan hidup bersama ibu bapa. Atau mungkin kita berhadapan dengan ujian fizikal yang tidak sihat atau selalu sakit. Mungkin juga orang-orang kesayangan kita selalu sakit dan selalu menderita. Kita mungkin di uji juga dengan pemergian orang kesayangan.
Malah, kita mungkin diuji dengan “peperangan perasaan” yang panjang. Bila hati dicuit rasa oleh tindakan ahli keluarga tersayang. Bila hati terguris dek kata-kata dan tindakan orang-orang yang terdekat. Sampai kadang-kadang kita kalah dalam peperangan ini. Jadi berlaku lah pertempuran yang dahsyat.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar
(Al-Baqarah :155)
Allah telah menetapkan kepada setiap hambaNYA, secebis dugaan dan ujian dalam kehidupan. Setiap satu pasti menghadapi ujian masing-masing. Sama ada ringan atau berat, ujian itu masih di dalam lingkungan kemampuan hambaNYA. Dan kita sebagai seorang hamba perlu sentiasa bersedia untuk sebarang dugaan yang bakal mendatang. Penulis sendiri kadang-kadang tertanya-tanya adakah sudah cukup bersedia jika Allah menaqdirkan ujianNYA secara tiba-tiba. Adakah kekuatan yang dicari dari secebis doa dan amalan yang koyak rabak ini mampu menjadi ketabahan dalam menghadapi irama kehidupan ini.
Namun, Allah telah menjanjikan kegembiraan kepada orang-orang yang bersabar. Janji yang tidak akan dimungkiri. Jadilah senyumlah wahai insan-insan yang terluka dalam menghadapi ujianNya, andai kita bernafas dalam kesabaran, ada ganjaran berita gembira untuk kita semua.
***********
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Dah tak lama. Ternanti – nanti masa untuk berangkat kembali. Dah terlalu lama merindu. Sekadar bertelefon. Sekadar mendengar suara dari jauh. Rindunya. Kerinduan sudah semakin merimbun. Meranum. Hanya menanti masa untuk gugur.
Ah, rindunya…
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia - "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! " (Al-Fajr – 27 -30 )
Destinasi manakah yang sering kita rindui? Transit persinggahan atau destinasi pengakhiran? Wahai saudaraku, simpan bahagian rindumu untuk kembali kesana. Padukan cintamu menuju Destinasi terutama.
--------
Aku sedang menggali sabar,
Daripada perigi jiwa yang gersang,
Alur mata airnya yang telah kering,
Tersejat oleh kegopohan amarah dan dengki,
Aku sedang menjala ikhlas,
Dari lembah hati yang kelam,
Membusuk dek mazmumahnya perasaan,
Dan buruknya igauan pemikiran,
Aku sedang mencari redha,
Yang belum pon ku miliki
Walau sudah sebeban tarbiyyah ku lalui,
Biar sudah berdekad usia ditempuh,
Aku sedang cuba menganyam rindu,
Pada sebuah pertemuan ilmu,
Yang bisa mengikatkan perasaanku,
Lebih dekat kepadaNYA,
Dan,
Aku sedang berusaha mengejar CINTA,
Cinta yang tidak mengenal derita,
Cinta yang tidak beristilah putus asa,
Cinta yang tidak mendambakan dunia,
Tiada yang lain selain DIA,
ALLAH YANG MAHA ESA..
3.34 pm
Aras 4, S45
Fakulti Tamadun Islam
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
-----------------------------
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa Jika hari ini seorang raja menaiki tahta Jika hari ini seorang presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
Dimana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di ibu kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; semakin terpencil duduknya di ceruk desa semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu penggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang 1979
*********************
Buat para guru yang disayangi dan dihormati;
Terimakasih atas segala jasa dan pengorbananmu selama ini. Tak pernah jemu mendidik anak bangsa, tidak pernah mungkin menjadi kaya raya dengan menjadi guru. Tidak juga popular menjadi pendidik. Tapi kau tetap taguh dalam menyampaikan khazanah ilmu. Kau beri kami harapan dalam sinar malam yang pekat. Dan mengenalkan pada bintang yang berkelipan. Kau tegaskan kami untuk menjadi seperti bintang itu. Menyinar terang untuk menerangi laluan musafir malam.
Jujur hatimu tiada tandingan. Kau rela terbuang demi menegak kebenaran. Kerana tugas seorang guru itu mengajarkan kebenaran kepada pelajarnya. Terima kasih guruku.
Buat yang bakal bergelar guru;
Sabahat dan diriku sendiri, Jujurkanlah hati kita demi masa depan yang kita bawa di setiap langkah kita. Jika bakal gurunya sahaja sudah rosak dan tiada keikhlasan. Masakan bisa menyemai benih tulus ikhlas di hati insan yang bergelar murid? Guru perlu menjadi role model untuk pelajarnya. Dari setiap sudut, tingkah laku, perkataan , pergaulan , pemakaian dan segalanya. Guru itu ibarat seribu buku..maka penuhilah diri dengan ilmu agar kita mampu mendidik dengan jayanya.
Sahabat, ingatlah satu perkara.. Guru mengajar pelajarnya akan ilmu yang benar, tugas utama guru menyatakan yang benar. Jadi katakanlah kebenaran itu meskipun pahitnya akan menyusul. Meskipon kan terbuang. Tapi itulah dirimu, jalan pilihan untuk menjadi guru itu sangat panjang. Dan laluan sebagai seorang pendidik itu lebih -lebih lagi panjangnya...
“These were ever quick in emulation and good works; they
Used to call on Us in love and reverence,
And humble themselves before Us”
(Al-Anbiyaa : 90)
Moga ia sehangat Air mata itu...
"Api neraka diharamkan ke atas dua jenis mata. Pertama, mata yang menangis kerana takut kepada Allah. Kedua, mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umat Islam daripada serangan orang2 kafir".
(Mafhum Hadis)
Takirah
Rasulullah SAW bersabda: " 7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada hari Qiyamat"
Mereka adalah:
Pemerintah yang adil
Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.
Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"
Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
[Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]
Air Mata
Lapisan air mata sendiri terdiri dari tiga lapisan iaitu : Lapisan minyak, Lapisan air dan Lapisan Lendir. Lapisan minyak merupakan lapisan paling luar yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar kecil pada pinggir kelopak mata yang bernama kelenjar Meibom. Fungsi dari lapisan minyak ini adalah untuk melicinkan permukaan mata dan mengurangi penguapan air mata.
Airmata melindungi mata dari kuman dan mengandung Lyzosime yang dapat membunuh berbagai-bagi mikrob. Lyzosime ini sendiri adalah zat desinfektan yang lebih keras dari zat-zat kimia yang digunakan untuk mendesinfeksi seluruh tubuh. Subhanallah, marilah kita berhenti sejenak untuk berfikir. Bagaimana mungkin, mata yang merupakan organ yang sangat halus, dapat "tahan" dengan kandungan zat kimia sekeras Lyzosime tersebut tanpa menimbulkan iritasi dan sebagainya. Jawabannya sudah sangat jelas, bahawa ini adalah salah satu bukti penciptaan Allah SWT.
1- "Pencuri yang paling jahat ialah orang yang mencuri sembahyangnya, yakni tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Dan manusia yang paling bakhil ialah orang yang bakhil memberi salam" (Riwayat Tabrani)
2- " Satu dirham riba yang dimakan seseorang, sedang ia tahu, lebih buruk di sisi Allah daripada tiga puluh enam kali berzina" (Riwayat Ahmad & Tabrani)
3 - "Langit manakah yang akan melindungiku dan bumi mana menerimaku jika aku mengatakan apa yang tidak aku ketahui" (Abu Bakar as-Siddiq)
4- " Permudahkanlah dan jangan persusahkan, gembirakanlah dan jangan menghalau" (Riwayat Bukhari&Muslim drpd Anas)
5-"Engkau tidak bercakap dengan suatu kaum dengan percakapan yang tidak tdapat (Sampai) akal mereka kepadanya, melainkan hal itu menjadi fitnah ke atas sebahagian mereka" (Ibnu Mas'ud)
6 - "Amal perbuatan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan meskipun sedikit" (Riwayat Bukhari&Muslim drpd 'Aisyah r.a.)
7- "Keutamaan ilmu lebih aku sukai daripada kemuliaan ibadat; dan sebaik-baik agama kamu ialah warak (menjauhkan diri daripada segala dosa)" (Riwayat Bazzar&Tabrani)
8- "Diampunkan segala dosa orang yang mati syahid melainkan hutang" (Riwayat Muslim drpd Abdullah bin Umar)
Madah Syauqi (Pujangga Islam)
" Degup jantung seseorang berbisik kepadanya:
Sesungguhnya hidup hanyalah himpunan detik dan saat! Jadikanlah dirimu disebut-sebut sesudah matimu, kerana sebutan itu merupakan umur kedua"
mutiara
Destinasi Cinta
Saya menakrifkan perasaan sayang sebagai keinginan untuk melindungi. Sebagai contoh, jika kita sayang kepada sesuatu kita akan melindunginya daripada rosak dan calar, begitu juga terhadap manusia, kita kan cuba melindunginya daripada luka dan...derita.. dan sayang kepada agama, kita melindunginya dari jatuh dan terhina.
Saya juga mentakrifkan melindungi sebagai amar makruf nahi munkar, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Sebagai contoh menyuruh 'permata' kita melindungi kilauannya dengan menghijab diri dan melindungi dari kesilapan yang berterusan secara menegurnya. Bukan melindungi tanpa menegur kesalahan yang telah dilakukan.
Sayang pada sahabat mslimin, jauhi mereka kecuali dalam hal y perlu. bercakap dengan mereka tapi tegaskan suara, kawal senyuman...bukan sombong tapi tanda sayang itu melindungi mereka dari menambah dosa kerana kita.
sayang pada sahabat mslimat, tegur mereka atas apa yang tidak sepatutnya mereka lakukan..semoga Allah beri kekuatan yang sebegini..insyaALLAH.
Diari cintaku~~
"Ya ALLAH, jauhkanlah aku dari merindui dan mengasihi insan yang bukan haq (benar) untukku. Palingkan hatiku dari tersentuh dan menyentuh hati insan yang bukan ditakdirkan untukku.
Tentukanlah "dia" itu dari kalangan hamba yang mencintaiMu lebih dari segalanya.
Teguhkan cintaku padaMu agar aku hanya melihat "dia" yang telah Engkau takdirkan untukku sahaja dalam diari cintaku"
~Ameen ya Allah~~
*************************************************
"Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti"