Saturday, April 17, 2010

Cintaku tak berdusta





Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk MU
KAU dengarkan kasihku

MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaiMU tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk MU selalu

*Ketulusan Hati*
(Sedikit ubahsuaian)

Pertama kali mendengar lagu ini, semasa di atas bas. Dari KTC pulang ke Meranti. Masa itu selepas kuliah Usul Fiqh iii lebih kurang pukul 10-11. Tertegun seketika mendengarkan rentak dan senikata lagunya. Subhanallah. Andainya lagu ini benar-benar ditujukan kepada Allah! Liriknya yang begitu mendalam tafsiran dan penghayatan. Tiada apa yang bermain difikiran selain Allahu Akbar! Allah..


Sesiapa yang pernah mendengar lagu ini tentu tahu siapa penyanyinya. Tapi itu bukan apa yang difokuskan sebaliknya pada liriknya yang begitu mendalam sekali jika dihayati sebaik-baiknya. Lagu yang bertajuk ketulusan hati ini sesuai benar rasanya untuk mengkoreksi diri kita. Adakah sebegitu tinggi perasaan tulus dan ikhlas kita kepada Allah Yang Maha Kuasa, atau keikhlasan itu sekadar berlegar-legar dimulut sahaja?


Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk MU
KAU dengarkan kasihku

Rangkap pertamanya sahaja sudah mengingatkan penulis kepada peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim terhadap isteri dan anaknya. Ketika turun perintah supaya sayyidah Hajar ditinggalkan bersama Ismail A.S di tengah tandus padang pasir, baginda menerima tanpa ingkar. Membawa ahli keluarga yang dicintai untuk ditinggalkan. Cinta baginda untuk keluarganya adalah kerana Allah. Oleh itu, cinta itu tidak berdusta dan tidak mengingkari akan arahan Yang Maha Kuasa.


Dan ketika mana sayyidah Hajar bertanya kenapa mereka ditinggalkan, adakah kerana suruhan Allah? Tatkala Nabi Allah Ibrahim A.S mengiakan, maka tinggallah sayyidah Hajar disitu dengan penuh keredhaan. Di tandus pasirnya bersendirian bersama putera kecil di pangkuan. Berlari-lari di bawah teriknya mentari mencari air buat putera kesayangan. Dengan keyakinan dan kecintaan kepadaNYA. Semua diterima dengan perasaan yang bahagia.


Lalu Allah temukan mereka dengan Mata air Zamzam, lantas qabilah-qabilah Arab yang melalui tertarik untuk mendekati. Maka hiduplah mereka yang mencintai Tuhannya dengan tenang disitu. Tidak tersia-sia kerana janji Allah itu pasti!
Dan saat pengorbanan Ismail A.S. siapa yang dapat merasa hebatnya cinta yang diikhlaskan kepada Allah semata? Allahu Akbar!


MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaiMU tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu

Kisah Penghijrahan umat Islam dari kota Makkah ke Madinah Al-Munawwarh menjadi kisah agung dalam lipatan sirah Nabawiyyah. Ketika umat Islam keluar menuju ke Mdinah, mereka tidak memiliki apa-apa selain daripada Allah dan RasulNYA. Mereka sanggup meninggalkan segalanya tentang dunia dan mengikut Baginda S.A.W untuk berhijrah.


Dalam kamus hidup mereka tiada sebarang perkataan ‘ragu’ dengan kasih dan Cinta Allah! Ketika mana Saidina Abdul Rahman yang hartawan itu meninggalkan segala kekayaannya untuk bersama-sama Islam dan Rasulullah, maka sungguhlah keyakinan, kecintaan itu tiada ragunya lagi. Malah banyak lagi kisah pengorbanan Cinta Agung ini jika kita menerokai dan menelitinya. Kisah Ummu Salamah dan Nusaibah yang begitu redha dengan ketentuan Allah, bukti ketulusan hati dalam mencintaiNYA.


Bukan tandingannya kita untuk dibandingkan dengan umat terdahulu. Namun, sejenak mengambil pengiktibaran dari apa yang diketahui dan difahami, ternyata keikhlasan dan ketulusan hati itu amatlah tinggi martabatnya. Tulus yang menjadi Redha.


Al-Jurjaniy mendefinisikan Redha sebagai “menerima dengan senang hati akan kepahitan qada’”. Ini selaras dengan firmanNYA di dalam Al-Quran:

“ Maka demi TuhanMu (Wahai Muhammad) Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim, dalam mana-mana perselisihan yang timbul antara mereka, kemuadian mereka pula tidak merasa di hati sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya..” (An-nisa’ :65)


******


Kembali mengkoreksi diri sendiri. Sejauh manakah ketulusan yang pernah hadir walau seketika di dalam hati ini? Usahkan ketika diminta berjuang dijalanNYA, sudah mulai merasa payah dan lemah bahkan dalam menerima tarbiyyah ruhiyyah untuk diri sendiri sudah mula merasai lelah. Apabila dipanggil unuk terlibat dalam program-program tarbawiy, sejauh mana kita menerima dengan hati yang benar-benar bahagia? Benar-benar selesa dan gembira kerana sekurangnya kita dapat menghampirkan diri selangkah lagi kepada Kekasih yang dicintai. Alangkah untungnya mereka yang bergerak kerja demi Islam dengan penuh keihlasan. Alangkah lemahnya diri dalam mengikhlaskan hati….kerana masih terlalu banyak keduniaan yang kita cintai!



“Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNYA serta berjihad dijalanNYA, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya. Dan Allah tidak member petunjuk kepada orang-orang yang fasiq”
(At-Taubah 9 : 24 )





********


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Ameen ya Rabbal ‘Alamin.





4 sahabat/iah:

Yang said...

salam, kak. hu3,,.yang pon minat sgt lagu ni coz really touching once we place that song to da right stage..uh,

yang said...

salam, kak. hu3,.yang pon minat sgt lagu ni coz really touching once ble kte letak lagu ni at da right place.

NORAZLINDA AMIN said...

kalau terdengar lagu2 jiwang mcm ni, cepat2 sandarkan pada Allah. Salah satu cara utk elakkan lagha.

tasnim said...

Yang : a'ah , memang mendalam maksudnya kalau dihayati dngn baik2...

Linda : Kdg2 puisi yang dicipta buat lgu jiwang ni ada pngrtiaannya. Kita sbgai daie kena kreatif utk ubah perlhn2...