Sunday, July 3, 2011

Sanah helwah diri

Hari ini 3 julai 2011.


Hari permulaan yang baru. Hari sambungan tahun yang baru.
"Selamat haqi lahir, semoga panjang umuq dalam ibadah, ghajin. Dalam keberkatan dari Allah" Mak merespon di hujung talian.


Sembang-sembang dengan mak..lebih 1/2 jam bersembang macam tak habis cerita, perkara dan isu. Dari kes hujan turun sampailah kes barang naik. Sedih juga dengar, masyarakat kampung semakin ter"sesak" dengan keadaan yang begini. Bajet bulanan yang semakin "lari".


Sembang-sembang pasal kawan2 yang nak sambung belajar..mak suh kerja dulu.

"Mana nak ada duit dah la ni..qeja la dulu.."

"ha, tu la..kalau chek nak sambung pon..buat part time la no mak..qeja dulu" penulis merespon semula.

"ha..buat macam kak Nie tu...kena qeja la ni...depa nak sambung biaq la...kita lain depa lain..kak kin kata baqang dapuq depa pon makin mahai dah. Dulu sebulan p C-Mart dalam rm200 ja..la ni sampai 300 lebih dah.." sambut mak di talian sana.


Allah sahaja yang tahu sebagaimana sempitnya kehidupan dengan pertambahan kos sebanyak RM100 tu. Bagi sesetengah orang perkara itu picisan dan biasa..tp bagi sesetengah orang pula ia penentu kepada keberlangsungan kemampuan meneruskan kehidupan.

Kami bersembang lagi, macam-macam cerita berkisar kehidupan semasa. Bukan mudah nak berhenti kalau dah bersembang dengan mak, suara riang mak di talian cukup mengubat rindu. Kita tak perlu banyak bercakap, mak yang akan bercerita. Andai ada keupayaan pasti sekarang sudah berterbangan pulang..namun cukupkah kehadiran yang sekadar ada? sedangkan tuntutan kehidupan semakin meninggi?

Sanah helwah diri..selamat hari tua dan selamat dekat dengan kematian. Sedarlah t/jawab dan tugas semakin menggunung tinggi. Berat pikulan dibahu semakin bertambah. Jangan lalai lagi.


******************

Kalau dulu,
tarikh ini kau bawa gembira
pada emak
pada ayah
yang bersyukur dengan lahirmu

maka,
moga tarikh ini juga
pada hari ini bawa makna
pada emak
pada ayah
bahawa anak yang dilahir
bukan sia-sia
bukan bawa bencana..
sebaliknya kan jadi pendokong agama,
pendokong keluarga..

Ya Allah,
panjangkan usiaku dalam keredhaanMu
jika murkaMu yang mungkin terjadi, maka matikanlah sebelum itu.
Murahkan rezekiku yang halal dan suci dalam syariatMu,
Jika haram yang bakal mendatang, maka cukuplah sedikit saja
asalkan tak bercampur dengan itu..

Allahummaj'alni minannajihin..wal mumtazin...fiddunya wal akhirah..

Ameen.

3 Julai 2011 (2 Syaaban) / Lab Al-Khawarizmi
FTI UTMJB.


p/s : Syukran jazilan buat sahabat2 yang mengucapkan sanah helwah buat diri ini. Semoga kalian juga mendapat keberkatan Allah.

*******************


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

2 sahabat/iah:

kita sebaya tapi anda kakak bg saya! sah! =D said...

hoho.

kira sudah buat keputusan la ni?

wishing u EVERY good thing, dear!

:)

tasnim said...

^_^..decisions havw been made..:) wish me luck.