Thursday, July 7, 2011

Rabbi auzi'ni..


Kesyukuran membawa kita jauh ke dalam dakapan ketenangan. Yang padanya ditambahkan Allah rasa kecukupan dan ketenangan. Syukur menggapaikan kita erti redha, mencurah makna setia.


Ia bawa kita jauhi sikap tamak dan bongkak. Allah sahaja yang miliki kuasa atas segala. Itu mengajar kita syukur, bila bangun pagi,,,mata masih berkerdipan, tangan masih mampu melambai, dan kaki dihayun menyusun langkah.


Malah, Syukur mengandungi maksud kesabaran..bahkan mengurangkan kemarahan. Syukur bukan sekadar mengucap "Alhamdulillah" secara zahir..tapi terucap syahdu di dasar hati. Syukur menghindari kegilaan dan keputus asaan. Usaha dilihat sebagai amalan dan ibadah, kejayaan adalah hadiah, dan kegagalan adalah tangga menujunya.


Syukur bukan bermakna berhenti meminta, bahkan semakin yakin padaNya hingga tiada lagi tempat bergantung kecuali Dia.


Dari syukur juga, kita belajar erti menjaga. Mematuhi perintah dan menjauhi laranganNya. Kesyukuran itu mengajarkan kita keberanian untuk menempuh cabaran dan merempuh dugaan. Syukur itulah yang membawa kita ke medan juang. Medan dakwah jadi sebuah kemestian bila kesyukuran dirasai dalam diri. Nilai jihad semakin meninggi bila kita mensyukuri bahawa Allah membuka peluang kepada kita untuk turun ke medan.


Bersyukur kepada Allah..kita juga berani menentang kezaliman, meluah kebencian dan kemarahan pada yang melanggar syariatNya. Tegar membantah kepincangan dan maksiat yang berlaku. Tepat mengatur langkah dan strategi...



Marilah berusaha menjadi orang yang bersyukur. Ia mungkin sukar, tetapi tidak mustahil dengan usaha.


p/s : Moga lidahku bukan sekadar berkata-kata. Ameen.



**************


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu

al-Ahqaaf : 15


***************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

0 sahabat/iah: