Rezeki kurniaan Allah - PTPTN vs KPM : Pro & Kontra
Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini saya bersikap materialistik sedikit. Meskipun menyedari bahawa setiap individu memiliki rezeki yang tersendiri yang telah Allah sediakan semenjak awal lagi. Dia yang Maha Berkuasa menentukan untuk setiap seorang sesuatu yang tidak dapat dijangkakan.
Ketika pulang ke kampung baru-baru ini saya menerima surat daripada Senat Universiti menyatakan berkaitan kelayakan untuk bergraduasi dengan kepujian kelas pertama. Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga atas kurniaanNya. Malah, beberapa sahabat juga turut mendapat kelayakan yang sama. Lebih menggembirakan apabila mendapat tahu mereka berpeluang mendapat pelupusan pinjaman PTPTN kerana telah mendapat kepujian kelas pertama. Saya turut bersyukur untuk mereka. Alhamdulillah, rezeki kurniaan Allah.
Namun, secebis perasaan terkilan muncul jua. Rasa tidak bersyukur barangkali..( erm,). Saya menelefon ke pihak KPM dan juga PTPTN untuk mendapatkan pengesahan terhadap beberapa soalan yang saya kira perlu diajukan. Keputusannya adalah seperti berikut:
Hutang PTPTN :
RM 7000++ (caj sudah bermula sejak 2008, walaupun dihantar penangguhan, tapi itu hanya untuk penangguhan pembayaran balik. Caj bulanan tetap berjalan).
Tiada pengecualian bayaran balik meskipun mendapat kelas pertama, kerana telah mengambil biasiswa KPM mulai tahun kedua pengajian.
*Status : Berhutang.
Kontrak KPM:
Perlu mengisi borang untuk posting (borang belom keluar kerana ia hanya akan dikeluarkan mengikut keperluan guru). Tiada tarikh yang pasti mengenai borang.
Tidak digalakkan sambung belajar, kerana jika dipanggil perlu mendaftar dengan serta merta.
Tiada keistimewaan dalam berposting. Perlu isi borang dan duduki temuduga serta penempatan adalah tertakluk kepada keperluan guru.
*Status : Tidak pasti sama ada unjuran kerajaan atau tidak.
Kesimpulan :
Saya adalah siswazah yang bergraduasi dengan kepujian kelas pertama, terikat kontrak dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi masih belum tentu akan diberikan penempatan dalam masa terdekat, tidak digalakkan sambung belajar dan berhutang RM 7000++ dengan PTPTN kerana Kementerian Pelajaran TIDAK MEMBAYAR untuk tahun pertama pengajian, hanya membayar untuk tahun kedua dan keatas. (Syarat KPM, perlu ada keputusan peperiksaan dahulu sebelum mengemukakan permohonan)
(Adeh, banyak plak perkaranya…T_T )
*****************
Rasa cemburu dengan sahabat tajaan PTPTN yang 1st Class, hutang zero, kontrak zero. Available untuk sambung belajar atau mencari kerja. Tapi, jujurnya mereka sepanjang pengajian mengalami krisis kewangan yang agak berat memandangkan jumlah pinjaman yang diperolehi tidak mencukupi untuk perbelanjaan setiap semester. Mereka masih terpaksa mendapatkan tampungan perbelanjaan daripada keluarga masing-masing. SYABAS sahabat-sahabat, kesusahan lalu kini Allah beri kelapangan buat kalian.
Buat yang mendapat KPM, kalian beruntung jua dahulu, kerana telah meringankan beban ibubapa sepanjang 3 tahun terakhir pengajian. Walaupun dipenghujung pengajian anda terikat dengan kontrak dan tergantung tanpa keputusan yang jelas mengenai status “kerja” daripada KPM serta non-available for further study, tapi ia tetap adalah suatu rahmat yang telah anda terima suatu ketika dulu.
Jadi setiap satu pilihan ada pro dan kontranya. Dan pasti ada hikmah atas segalanya.
(Kita kena pandai-pandai menyelit juga)
Walaubagaimanapun terkilan juga rasa bila yang dapat biasiswa pon, masih dalam status berhutang apabila bergraduasi. Hurm, bilalah KPM nak taja pelajarnya secara keseluruhan dari tahun 1 hingga tahun 4? KPM oh..KPM..taja pon macam tak ikhlas jer,,,Hurm. (mengeluh ke ni? Astagfirullah al-azim)
p/s: Alhamdulillahi ‘ala kulli hal, wa ‘a’uzubillah min hal ahlin nar..^_^
***************
6 sahabat/iah:
Ni luahan, bukan keluhan..
;)
kecil ke? macam tak caya jer...:) huhu, jangan marah nanti kena jual.
kecil ke? macam tak caya jer...:) huhu, jangan marah nanti kena jual.
kecil ke? macam tak caya jer...:) huhu, jangan marah nanti kena jual.
kecil ke? macam tak caya jer...:) huhu, jangan marah nanti kena jual.
assalamualaikum...
'ala kulli hal bersyukur kepada Allah kerana masih dikurniakan banyak nikmat dan sehingga sekarang mampu meneruskan pengajian dan mendapat keputusan yang baik... Syukur ilallah 2x... Moga ada hikmahnya kita memikul tugas mu'allimah lebih awal.. insyaAllah pengalaman ini akan membuat kita lebih dewasa dan doakan ada kekuatan untuk terus sambung belajar lagi... :)
Post a Comment