Thursday, January 27, 2011

kisah itu..

masukkan tangan dalam poket sweater” roommate mengarah. Saya akur. Tangan sudah mulai memutih dan kuku pula semakin membiru. Kaki bagaikan dicengkam oleh kesejukan. Terasa sejuk yang amat. Selalunya bukan saya yang kesejukan, tapi kali ini saya jadi lain pula.


Lain kali datang lagi, pakai baju tebal-tebal”, masih lagi roommate mengarah-arah. Saya senyum, arh, roommate kan orang tarbiyyah? Payah macam mana pon dia tak akan beri ruang berundur, sebaliknya dia akan beri alternatif untuk terus ke depan.


Giliran awak tu..” saya mengangguk.


Saya mengangkat objek berbentuk bulat dan berlubang tiga itu perlahan-lahan. Ada pelbagai berat dan warna. Setiap satu ada peranan dan fungsi tersendiri. Saya pilih yang agak kecil, sesuai dengan keadaan tangan yang semakin terasa kebas membeku. Ketika nak membuang objek bulat itu di landasannya, saya berasa kurang selesa, pergerakan agak kaku dan beku. Erm, yalah..ada muslimin di sebelah sana..payahlah nak berlari, melompat dan sebagainya. Tapi ini gathering family, memang perlu ada bersama-sama untuk meraikan ukhwah.


Saya membuang objek itu di tengah-tengah landasan, agak kuat bunyinya..golekannya juga berada di bahagian tengah landasan, tepat kepada pin…tetapi semakin dekat semakin sipi…semakin dekat semakin…lalu objek itu keluar dari landasan, menyimpang jauh dari target asal. Allah! Lain yang diharap lain yang jadi…saya terdiam sebentar…tapi..Kalaulah itu perjalanan saya..yang saya lalui selama ini..apa yang akan terjadi?


“Hidayah terdiri daripada lima peringkat, tabie, Hissi, aqli, dini dan taufiq. Taufiq adalah peringkat tertinggi, ianya seolah pemandu yang arif yang memandu perjalanan kita ke suatu destinasi” suara saya kedengaran di dalam kelas. Waktu itu tingkatan 5, subjek Syariah Islamiyyah, ustaz suruh saya bentangkan tajuk Hidayah. Markah dikira katanya, jadi sebaik mungkin preparation dibuat. Sebaik habis membentangkan topik tersebut, satu suara bertanya…


Adakah Hidayah yang Allah beri pada kita boleh hilang semula?”


Ya,,,” saya menjawab segera. “ Cuba lihat kepada tafsir surah Al-Baqarah ayat 201 yang membawa maksudnya Ya Allah jangan Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri hidayah.., ini adalah doa yang kerap kita baca dalam solat. Maksud doa itu sendiri menyebutkan tentang kemungkinan hidayah yang kita miliki akan ditarik kembali…jadi kita perlu sentiasa berdoa supaya hidayah yang Allah berikan ini akan kekal..InsyaALLAH!


Saya mencongak perlahan-lahan, semester akhir (insyaALLAH) bermaksud sudah tidak lama untuk berpisah dengan sahabat-sahabat, berpisah dengan roommate. Apa akan jadi jika perjuangan saya di universiti berakhir seperti objek yang saya lontarkan tadi…seperti sekarang, saya masih di tengah landasan yang betul, tapi selepas keluar nanti..bertahun-tahun nanti sehingga ke hampir penghujung nafas, tiba-tiba arah haluan menyimpang ke tepi, dan langsung tersasar!? Allah!! Na’uzubillah!!


Saya meraup muka. Kisah seorang sahabat nabi yang digelar sa’labah itu menjelma secara tiba-tiba. Dia adalah seorang daripada sahabat yang beriman dengan Allah dan Rasul pada awalnya, namun teruji dengan kesenangan hingga hidayah Allah terpisah semula daripadanya. Allah!


Saya melontar pandang, melihat sahabat-sahabat bermain dengan gembira. Muka roommate agak masam sedikit. Rasanya roommate juga kurang selesa, fokusnya makin terganggu hingga menjejaskan jatuhan pin.


Lain kali kita datang lagi…kita-kita ja, nak main puas-puas…” roommate bersuara di tepi. Saya tersenyum. Sama! Saya juga nak datang lagi nanti. Kita-kita sahaja, saya nak target strike! Saya tak mahu tersasar lagi. Saya nak pastikan perjalanan objek bulat itu akan lurus dan mengenai pin di penghujung jalan! Ya Allah! Izinkanlah ya Allah.. kekalkan hidayahMu ini. Biar kami thabat dalam jalan ini tak kira di mana juga kami terpisah, apa jua keadaannya. Jangan diuji kalam hambaMu yang dahulu itu ya Allah..kerana sesungguhnya ia amat berat jika benar-benar terjadi. Andai terpisah antara kami, gantikanlah kami roommate terbaik yang bersama-sama menuju pintu rahmatMu Ya Allah! Kekalkan kami dalam hidayahMu ya Allah!


Nanti kita main bowling lagi ya..” roommate bersuara lagi, saya memandang sahabiah-sahabiah yang ada bersama, Intan, miza, linda, afiqah, farhana, wafak, kak sah,sai dan juga Atikah. Secara tak sedar saya mengangguk perlahan-lahan. Setuju!


Sekadar persinggahan,

tiket transit hampir tiba dikaunternya,

Masa untuk membayar

Demi perjalanan yang panjang,

Mungkin nanti kita akan bertransit lagi,

Cuma,

Tolong jangan tertidur atau terlalu kepenatan,

Bimbang akan tersasar laluan…

Jan 24, 2011



Nota:

1. Hidayah Tabie

- Ialah hidayah yang dikurniakan kpd stiap bayi yang baru lahir, spt menangis, dan boleh mengenali ibunya sendiri.

2. Hidayah Hissi

- Ialah hidayah pancaindera seperti mata, telinga dan sebagainya

3. Hidayah Aqli

- Ialah hidayah aqal fikiran yang sihat untuk berfikir

4. Hidayah Dini

- Ialah hidayah agama, yakni dilahirkan dalam Islam ataupun tertarik untuk memeluk Islam.

5. Hidayah Taufiq

- Ialah hidayah yang menjadikan seseorang hamba itu MAMPU menghadapi segala dugaan dunia. Ini adalah peringkat tertin

5 sahabat/iah:

~sn~ said...
This comment has been removed by the author.
~sn~ said...

k.huda..best. Ayat akk menusuk hati..i.Allah. Moga sama2 berdoa agar Allah tidak sasarkan kita. Transit pada tempatnya. Aminn

p/s~kalau cha jadi hakim cerpen bowling nih..cha bagi akk menang =)

tasnim said...

Syukran Cha...dtg berziarah blog akak..

InsyaALLAH, sama-sama doakan pengakhiran yang terbaik dalam laluan dakwah ini..

Cha bodek2 skit Intan tu utk akak ya..^_^

FarHa said...

waaa main tak ajak kakha!! hakhak~

tasnim said...

Kak Ha dah balik dah pon masa ni ^_^