Thursday, January 20, 2011

kasut hikmah

Tapak oh tapak..jangan la buat hal tengah orang ramai ni, malu ja nanti”..

Hahahah, biar betol..jangan wat malu hidung kat sini…ye tu gelak dah ko enti

sapa? Mana?...”

yang kat depan tu..hak botak tu..”

( lebih kuranglah ayatnya)


***********************

Sepak sadung


Pagi itu agak lewat sedikit rasanya, entah apa yang dibuat sejak dari subuh lagi, akhirnya lewat pula bersiap ke kelas…nak dikatakan tidur, tak tidur..agaknya kerana ber”online” sampai terlupa pada jarum jam yang tak pernah berhenti berdetik walau seketika. Akibat tergesa-gesa yang teramat sangat tu, kaki penulis yang sememangnya dah injured sebelum ni tersadunglah apa-apa saja yang ada di jalanan (memang hobi penulis agaknya menyepak sadung benda di jalanan). Kebetulan pulak, kasut yang dipakai itu sudah semestinya yang telah lama dan lusuh. Semenjak dari tahun 1 lagi, namun telah direhatkan penggunaanya selama setahun lebih kerana memang ada risiko untuk putus ditengah jalan. Tapi sejak dari awal semester ini, kasut itulah yang disarung ke kaki kerana kasut-kasut lain sudah tamat hayatnya dan bajet untuk kasut baru juga masih belum tersenarai dalam list penting dan segera.


Maka, putuslah satu dari tali kasut itu. Memang sebelah kaki yang dah injured. Agaknya keadaan kaki penulis yang satu itu memang mendatar sahaja dan memang mudah tersadung apa-apa halangan yang mungkin hanya tingginya tak sampai setengah cm pon dari jalan biasa. Jadi terpaksalah berjalan dengan kaki yang sebelah kasutnya tertanggal satu tali. Kalau patah balik ke bilik pon bukannya ada kasut lain lagi. Masuk kelas, ada sahabat yang nampak, yang dah gelak-gelak tu memanglah ada, tapi diendahkan saja…apa nak buat, memang tabiat penulis suka putuskan tali kasut ditengah perjalanan agaknya, kali ni dah lebih dari tiga kali rasanya kasut putus ditengah-tengah jalan nak ke kuliah di UTM tercinta ini.


Hurm, tetibe minda disengat sesuatu!


**********************


Tak semestinya kerja yang nampak banyak, berat, sibuk dan pelbagai tu yang terbaik.. mungkin yang sedikit, kecik dan nampak remeh temeh tu yang lebih bernilai…kerana ada keikhlasan disitu..”

“biar kerja tu nampak leceh, nampak tak hebat..tapi niat kita ikhlas kerana Allah..”

“ Bukan semestinya yang atas tu yang terbaik, siapa tahu yang dibawah itu lebih baik dan mungkin lebih penting..


*******************


Atas dan bawah : keseimbangan peranan yang sama penting.


Sekelompok manusia yang bersama di dalam satu pasukan disebutkan sebagai persatuan apabila mempunyai organisasi yang tersusun. Daripada puncak kepada yang paling bawah, setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Ketiadaan salah satu daripadanya pasti akan menjejaskan sedikit sebanyak pergerakan persatuan itu sendiri. Sebagai contoh, di dalam sesebuah jabatan, wujud ketua jabatan, penolong ketua jabatan, kerani dan sebagainya sehinggalah kepada tukang bersih yang digelar “cleaner”. Jika kita melihat dengan teliti, setiap daripada unit-unit yang terdapat dalam jabatan ini memainkan peranannya yang tersendiri dan setiap satunya membawa nilai kepada satu yang lain.


Ketua yang membuat urusan dengan pelanggan memerlukan keraninya untuk mencatat dan menghidangkan kopi, serta pada masa yang sama memerlukan tukang bersih untuk membersihkan biliknya sebelum mesyuarat diadakan. Kesemuanya ini, selain daripada memberikan khidmat yang baik kepada pelanggan adalah berfungsi untuk menjaga imej jabatan itu sendiri. Bayangkanlah jika ketika pelanggan itu tiba, bilik mesyuarat dalam keadaan bersepah dan semak. Tandas pula berbau dan kotor. Apakah yang akan difikirkan oleh pelanggan itu? Sudah tentunya sedikit sebanyak kepercayaan untuk terus menjadi pelanggan di Jabatan itu akan berkurang. Seseorang ketua yang gagal mengawal bawahannya tentulah seorang yang gagal dalam kepimpinannya meskipun menjawat jawatan yang besar.


Di dalam pengurusan Islam, ada akhlaq dan etika yang perlu dipatuhi. Setiap anggota di dalam sesebuah organisasi itu dilihat sama penting dalam usaha menjayakan sesuatu perkara. Pimpinan hanya akan dihormati jika pimpinan sendiri tahu menghormati dan menghargai pekerjanya. Ini disebabkan Islam meletakkan manusia itu sama tarafnya di sisi Allah, dan yang paling tinggi darjatnya adalah yang paling bertaqwa…bukan pada pangkat atau kedudukan.


Amalan terbaik adalah amal yang ikhlas keranaNYA


Banyak atau sedikit suatu gerak kerja atau tugasan yang diberikan kepada kita, kelihatan besar atau kecil tugasan yang diamanahkan kepada kita, pahalanya dan ganjarannya bukan kita atau mana-mana manusia yang menentukannya. Sebaliknya hanya Allah yang tahu adakah kita melaksanakannya dengan ikhlas dan niat yang jujur, atau kita melaksanakannya kerana diarahkan oleh orang lain semata. Sama ada kita pimpinan atau orang bawahan, semua itu sama kecuali yang membezakan kita adalah keikhlasan dan taqwa.


Penulis pernah berada di barisan kepimpinan, adakalanya berasa malu pula kepada orang bawahan yang tampak seolah melaksanakan hal yang remeh, namun tanpa dia keadaan menjadi kealm kabut pula. Mereka yang bekerja dengan penat lelah, tanpa sebarang imbuhan, merelakan diri dicatur dimana-mana posisi sememangnya bukan saingan yang mampu penulis tandingi. Hebat dan tingginya kesabaran melaksanakan tugas dan arahan ketua.


Penulis sering berada dibarisan bawahan, adakalanya sangat kagum pula dengan atasan yang berpenat lelah memerah fikiran dan mengatur strategi demi kejayaan sesuatu program. Fungsi dan peranan mereka yang sukar disangkal, untuk setiap situasi yang berlaku merekalah yang akan tampil di barisan hadapan memeprtahankan anak-anak buah yang sentiasa teguh berdiri dibelakang. Subhanallah..Indahnya Islam menggariskan kesamaan dan keikhlasan, serta menekankan ketaqwaan melebihi segalanya.


Dan untuk setiap kedudukan yang kita dapat, atas atau dibawah, sering terjadi kita terlupa bagaimana pemikiran dan perasaan yang berada di tempat yang satu lagi. Walaupun pernah menjadi pimpinan, tika kembali menjadi bawahan kita adakalanya terlupa apakah pemikiran kita tika menjadi pimpinan. Dan tika kita naik menjadi pimpinan, sering kita terlupa apakah pula pemikiran diri sendiri semasa menjadi bawahan. Ini disebabkan situasi kita akan menjadikan kita itu siapa. Ya, manusia memang mudah lupa..yang menjadi ukurannya hanyalah taqwa, itulah ubat dan penawar untuk segala kelupaan ini.


**********************


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣)

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”



Dalam kekalutan pagi,

kakiku menyadung tanah,

Walau terputus tali,

hatiku terkesan hikmah,



Kasutku nanti boleh kubeli,

Hitam putih warnanya, mahupun merah,

Walaupun ada yang tersenyum memerli,

Alhamdulillah, jiwa bertemu sebuah mau’izoh..



***************


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.



p/s: kasut adalah yang paling bawah di dalam organisasi tubuh kita ^_^, t

p amat penting peranannya!!

Keesokannya terpaksa pinjam kasut sahabat.. Alhamdulillah ada sahabat. “Bersabarlah menunggu bajet” kata mereka..(^_^)


lepas ni saya nak kasut macam ni, tak da tali, mudah nak berjalan dan tak tinggi, tapi sila pastikan bahannya halal dulu ya ^_^

2 sahabat/iah:

z said...

waa...kesiannya..sabaq na...huhuh

tasnim said...

Alhamdulillah, tak apa masih ada kasut lagi ^_^