Monday, January 31, 2011

Krisis Mesir ( dr blog Arif)


Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

So what can you do now?

  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.

http://ariffshah.com/krisis-mesir-keadaan-sebenar-pelajar-malaysia/

"Ya ALLAH, selamatkanlah saudara-saudara kami di bumi Mesir "

Sunday, January 30, 2011

Maher Zain - Malay Version Inshaallah



InsyaALLAH, pasti ada jalan keluar untuk semuanya...put your trust on ALLAH ^_^

Friday, January 28, 2011

berirama seketika..

Kalam bermula indah,

menyusun lentik irama madah,

menyingkap rahsia hati yang gundah,

bersembunyi resah disebalik mahabbah,



************



Selepas kira-kira hampir sebulan mendepani segala persoalan dan taklifan, minggu ini menjadi medan yang sangat kucar-kacir. Emosi sudah semakin gagal dikawal, airmata menjadi terlalu murah untuk disimpan dan disembunyikan. Sebaliknya, ia menitis hampir disemua tempat dan keadaan. Kesabaran kian menipis seperti nipisnya ozon langit dunia dan menyebabkan kepanasan mencecah jiwa dengan mudah. Kepenatan menguasai diri, hingga sering insan ditepi menjadi mangsa mendengar keluhan dan berperang dengan perasaan. Allah, bukan mudah untuk merasionalkan semula hati.



Meletakkan dahi di sejadahlah formula indah dan berkesan yang membantu menyejukkan jiwa. Ubat duka dan sengsara mainan perasaan akibat ditipu si Syaitan durjana. Kalam hikmah dari kitabNya jua penawar yang menyegarkan rasa, bait-bait kalam yang berirama merdu menembus sehingga ke jiwa dan menyemai sedikit demi sedikit benih-benih redha. Tugasan mulai dipandang semula, taklif mulai kembali disyukuri, dan ujian kembali di redhai. Alhamdulillah.



Syukran ya Allah menjadikan diri ini lahir dengan keadaan Islam, lalu dibesarkan dalam kondisi Iman, serta dididik dengan suasana ihsan.


Dihantar ke madrasah ibtidaiyyah yang menekankan tarbiyyah, lalu disambung ke madrasah menengah untaian hikmah. Dan kini di sini, di menara ukhwah, menyambung genggaman dakwah bersama para sahabat dan sahabiah. Kalam indah semaian ukhwah, jiwa susah yang merindu tarbiyyah...


Sungguh sukarnya menelaah cinta yang kian menyempit ketika. Tapi ikhlas menghulur lebih awal agar segalanya selesai. Indah dan tersusun mulia.


" Ya ALLAH, ku pohon cinta itu hanya untuk yang selayaknya dan sebenar-benarnya telah Engkau takdirkan, tutup pintu hati ini untuk yang selainnya"


demikian, jalan fitnah itu ditutup rapi. Syaitan dan nafsu diusir pergi... Moga jalan panjang yang seterusnya kekal mewangi walau pasti dan pasti adakalanya akan disapa ribut berkali-kali lagi...



^_^ Allahumma yasser...wala tu'asser

Dan khabar gembira meniti tiba, dalam sengsara ibunda lahirnya bahagia, Kekasih hati menjelma jua, setelah sekian lama menanti hadirnya…di pelusuk jiwa dia berirama, mengaluan tangisan indah..tiada suara yang lebih indah daripadanya..


Lahir sudah kamu,

dengan IzinNya bernafas syukur dan rindu,

yang ke -16 dalam perhitunganku

Wan Harith Naufal itu geranganmu..


...Ahlan wa sahlan wahai anakku

Moga jihad dan syahid menjadi pilihan jiwamu,

kekal utuh kuat semangat dan dermawan moga jadi pakaianmu...

Rahmat Allah sebagai pendampingmu..

--Ameen ya ALLAH--


***************


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

Thursday, January 27, 2011

kisah itu..

masukkan tangan dalam poket sweater” roommate mengarah. Saya akur. Tangan sudah mulai memutih dan kuku pula semakin membiru. Kaki bagaikan dicengkam oleh kesejukan. Terasa sejuk yang amat. Selalunya bukan saya yang kesejukan, tapi kali ini saya jadi lain pula.


Lain kali datang lagi, pakai baju tebal-tebal”, masih lagi roommate mengarah-arah. Saya senyum, arh, roommate kan orang tarbiyyah? Payah macam mana pon dia tak akan beri ruang berundur, sebaliknya dia akan beri alternatif untuk terus ke depan.


Giliran awak tu..” saya mengangguk.


Saya mengangkat objek berbentuk bulat dan berlubang tiga itu perlahan-lahan. Ada pelbagai berat dan warna. Setiap satu ada peranan dan fungsi tersendiri. Saya pilih yang agak kecil, sesuai dengan keadaan tangan yang semakin terasa kebas membeku. Ketika nak membuang objek bulat itu di landasannya, saya berasa kurang selesa, pergerakan agak kaku dan beku. Erm, yalah..ada muslimin di sebelah sana..payahlah nak berlari, melompat dan sebagainya. Tapi ini gathering family, memang perlu ada bersama-sama untuk meraikan ukhwah.


Saya membuang objek itu di tengah-tengah landasan, agak kuat bunyinya..golekannya juga berada di bahagian tengah landasan, tepat kepada pin…tetapi semakin dekat semakin sipi…semakin dekat semakin…lalu objek itu keluar dari landasan, menyimpang jauh dari target asal. Allah! Lain yang diharap lain yang jadi…saya terdiam sebentar…tapi..Kalaulah itu perjalanan saya..yang saya lalui selama ini..apa yang akan terjadi?


“Hidayah terdiri daripada lima peringkat, tabie, Hissi, aqli, dini dan taufiq. Taufiq adalah peringkat tertinggi, ianya seolah pemandu yang arif yang memandu perjalanan kita ke suatu destinasi” suara saya kedengaran di dalam kelas. Waktu itu tingkatan 5, subjek Syariah Islamiyyah, ustaz suruh saya bentangkan tajuk Hidayah. Markah dikira katanya, jadi sebaik mungkin preparation dibuat. Sebaik habis membentangkan topik tersebut, satu suara bertanya…


Adakah Hidayah yang Allah beri pada kita boleh hilang semula?”


Ya,,,” saya menjawab segera. “ Cuba lihat kepada tafsir surah Al-Baqarah ayat 201 yang membawa maksudnya Ya Allah jangan Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri hidayah.., ini adalah doa yang kerap kita baca dalam solat. Maksud doa itu sendiri menyebutkan tentang kemungkinan hidayah yang kita miliki akan ditarik kembali…jadi kita perlu sentiasa berdoa supaya hidayah yang Allah berikan ini akan kekal..InsyaALLAH!


Saya mencongak perlahan-lahan, semester akhir (insyaALLAH) bermaksud sudah tidak lama untuk berpisah dengan sahabat-sahabat, berpisah dengan roommate. Apa akan jadi jika perjuangan saya di universiti berakhir seperti objek yang saya lontarkan tadi…seperti sekarang, saya masih di tengah landasan yang betul, tapi selepas keluar nanti..bertahun-tahun nanti sehingga ke hampir penghujung nafas, tiba-tiba arah haluan menyimpang ke tepi, dan langsung tersasar!? Allah!! Na’uzubillah!!


Saya meraup muka. Kisah seorang sahabat nabi yang digelar sa’labah itu menjelma secara tiba-tiba. Dia adalah seorang daripada sahabat yang beriman dengan Allah dan Rasul pada awalnya, namun teruji dengan kesenangan hingga hidayah Allah terpisah semula daripadanya. Allah!


Saya melontar pandang, melihat sahabat-sahabat bermain dengan gembira. Muka roommate agak masam sedikit. Rasanya roommate juga kurang selesa, fokusnya makin terganggu hingga menjejaskan jatuhan pin.


Lain kali kita datang lagi…kita-kita ja, nak main puas-puas…” roommate bersuara di tepi. Saya tersenyum. Sama! Saya juga nak datang lagi nanti. Kita-kita sahaja, saya nak target strike! Saya tak mahu tersasar lagi. Saya nak pastikan perjalanan objek bulat itu akan lurus dan mengenai pin di penghujung jalan! Ya Allah! Izinkanlah ya Allah.. kekalkan hidayahMu ini. Biar kami thabat dalam jalan ini tak kira di mana juga kami terpisah, apa jua keadaannya. Jangan diuji kalam hambaMu yang dahulu itu ya Allah..kerana sesungguhnya ia amat berat jika benar-benar terjadi. Andai terpisah antara kami, gantikanlah kami roommate terbaik yang bersama-sama menuju pintu rahmatMu Ya Allah! Kekalkan kami dalam hidayahMu ya Allah!


Nanti kita main bowling lagi ya..” roommate bersuara lagi, saya memandang sahabiah-sahabiah yang ada bersama, Intan, miza, linda, afiqah, farhana, wafak, kak sah,sai dan juga Atikah. Secara tak sedar saya mengangguk perlahan-lahan. Setuju!


Sekadar persinggahan,

tiket transit hampir tiba dikaunternya,

Masa untuk membayar

Demi perjalanan yang panjang,

Mungkin nanti kita akan bertransit lagi,

Cuma,

Tolong jangan tertidur atau terlalu kepenatan,

Bimbang akan tersasar laluan…

Jan 24, 2011



Nota:

1. Hidayah Tabie

- Ialah hidayah yang dikurniakan kpd stiap bayi yang baru lahir, spt menangis, dan boleh mengenali ibunya sendiri.

2. Hidayah Hissi

- Ialah hidayah pancaindera seperti mata, telinga dan sebagainya

3. Hidayah Aqli

- Ialah hidayah aqal fikiran yang sihat untuk berfikir

4. Hidayah Dini

- Ialah hidayah agama, yakni dilahirkan dalam Islam ataupun tertarik untuk memeluk Islam.

5. Hidayah Taufiq

- Ialah hidayah yang menjadikan seseorang hamba itu MAMPU menghadapi segala dugaan dunia. Ini adalah peringkat tertin

Thursday, January 20, 2011

kasut hikmah

Tapak oh tapak..jangan la buat hal tengah orang ramai ni, malu ja nanti”..

Hahahah, biar betol..jangan wat malu hidung kat sini…ye tu gelak dah ko enti

sapa? Mana?...”

yang kat depan tu..hak botak tu..”

( lebih kuranglah ayatnya)


***********************

Sepak sadung


Pagi itu agak lewat sedikit rasanya, entah apa yang dibuat sejak dari subuh lagi, akhirnya lewat pula bersiap ke kelas…nak dikatakan tidur, tak tidur..agaknya kerana ber”online” sampai terlupa pada jarum jam yang tak pernah berhenti berdetik walau seketika. Akibat tergesa-gesa yang teramat sangat tu, kaki penulis yang sememangnya dah injured sebelum ni tersadunglah apa-apa saja yang ada di jalanan (memang hobi penulis agaknya menyepak sadung benda di jalanan). Kebetulan pulak, kasut yang dipakai itu sudah semestinya yang telah lama dan lusuh. Semenjak dari tahun 1 lagi, namun telah direhatkan penggunaanya selama setahun lebih kerana memang ada risiko untuk putus ditengah jalan. Tapi sejak dari awal semester ini, kasut itulah yang disarung ke kaki kerana kasut-kasut lain sudah tamat hayatnya dan bajet untuk kasut baru juga masih belum tersenarai dalam list penting dan segera.


Maka, putuslah satu dari tali kasut itu. Memang sebelah kaki yang dah injured. Agaknya keadaan kaki penulis yang satu itu memang mendatar sahaja dan memang mudah tersadung apa-apa halangan yang mungkin hanya tingginya tak sampai setengah cm pon dari jalan biasa. Jadi terpaksalah berjalan dengan kaki yang sebelah kasutnya tertanggal satu tali. Kalau patah balik ke bilik pon bukannya ada kasut lain lagi. Masuk kelas, ada sahabat yang nampak, yang dah gelak-gelak tu memanglah ada, tapi diendahkan saja…apa nak buat, memang tabiat penulis suka putuskan tali kasut ditengah perjalanan agaknya, kali ni dah lebih dari tiga kali rasanya kasut putus ditengah-tengah jalan nak ke kuliah di UTM tercinta ini.


Hurm, tetibe minda disengat sesuatu!


**********************


Tak semestinya kerja yang nampak banyak, berat, sibuk dan pelbagai tu yang terbaik.. mungkin yang sedikit, kecik dan nampak remeh temeh tu yang lebih bernilai…kerana ada keikhlasan disitu..”

“biar kerja tu nampak leceh, nampak tak hebat..tapi niat kita ikhlas kerana Allah..”

“ Bukan semestinya yang atas tu yang terbaik, siapa tahu yang dibawah itu lebih baik dan mungkin lebih penting..


*******************


Atas dan bawah : keseimbangan peranan yang sama penting.


Sekelompok manusia yang bersama di dalam satu pasukan disebutkan sebagai persatuan apabila mempunyai organisasi yang tersusun. Daripada puncak kepada yang paling bawah, setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Ketiadaan salah satu daripadanya pasti akan menjejaskan sedikit sebanyak pergerakan persatuan itu sendiri. Sebagai contoh, di dalam sesebuah jabatan, wujud ketua jabatan, penolong ketua jabatan, kerani dan sebagainya sehinggalah kepada tukang bersih yang digelar “cleaner”. Jika kita melihat dengan teliti, setiap daripada unit-unit yang terdapat dalam jabatan ini memainkan peranannya yang tersendiri dan setiap satunya membawa nilai kepada satu yang lain.


Ketua yang membuat urusan dengan pelanggan memerlukan keraninya untuk mencatat dan menghidangkan kopi, serta pada masa yang sama memerlukan tukang bersih untuk membersihkan biliknya sebelum mesyuarat diadakan. Kesemuanya ini, selain daripada memberikan khidmat yang baik kepada pelanggan adalah berfungsi untuk menjaga imej jabatan itu sendiri. Bayangkanlah jika ketika pelanggan itu tiba, bilik mesyuarat dalam keadaan bersepah dan semak. Tandas pula berbau dan kotor. Apakah yang akan difikirkan oleh pelanggan itu? Sudah tentunya sedikit sebanyak kepercayaan untuk terus menjadi pelanggan di Jabatan itu akan berkurang. Seseorang ketua yang gagal mengawal bawahannya tentulah seorang yang gagal dalam kepimpinannya meskipun menjawat jawatan yang besar.


Di dalam pengurusan Islam, ada akhlaq dan etika yang perlu dipatuhi. Setiap anggota di dalam sesebuah organisasi itu dilihat sama penting dalam usaha menjayakan sesuatu perkara. Pimpinan hanya akan dihormati jika pimpinan sendiri tahu menghormati dan menghargai pekerjanya. Ini disebabkan Islam meletakkan manusia itu sama tarafnya di sisi Allah, dan yang paling tinggi darjatnya adalah yang paling bertaqwa…bukan pada pangkat atau kedudukan.


Amalan terbaik adalah amal yang ikhlas keranaNYA


Banyak atau sedikit suatu gerak kerja atau tugasan yang diberikan kepada kita, kelihatan besar atau kecil tugasan yang diamanahkan kepada kita, pahalanya dan ganjarannya bukan kita atau mana-mana manusia yang menentukannya. Sebaliknya hanya Allah yang tahu adakah kita melaksanakannya dengan ikhlas dan niat yang jujur, atau kita melaksanakannya kerana diarahkan oleh orang lain semata. Sama ada kita pimpinan atau orang bawahan, semua itu sama kecuali yang membezakan kita adalah keikhlasan dan taqwa.


Penulis pernah berada di barisan kepimpinan, adakalanya berasa malu pula kepada orang bawahan yang tampak seolah melaksanakan hal yang remeh, namun tanpa dia keadaan menjadi kealm kabut pula. Mereka yang bekerja dengan penat lelah, tanpa sebarang imbuhan, merelakan diri dicatur dimana-mana posisi sememangnya bukan saingan yang mampu penulis tandingi. Hebat dan tingginya kesabaran melaksanakan tugas dan arahan ketua.


Penulis sering berada dibarisan bawahan, adakalanya sangat kagum pula dengan atasan yang berpenat lelah memerah fikiran dan mengatur strategi demi kejayaan sesuatu program. Fungsi dan peranan mereka yang sukar disangkal, untuk setiap situasi yang berlaku merekalah yang akan tampil di barisan hadapan memeprtahankan anak-anak buah yang sentiasa teguh berdiri dibelakang. Subhanallah..Indahnya Islam menggariskan kesamaan dan keikhlasan, serta menekankan ketaqwaan melebihi segalanya.


Dan untuk setiap kedudukan yang kita dapat, atas atau dibawah, sering terjadi kita terlupa bagaimana pemikiran dan perasaan yang berada di tempat yang satu lagi. Walaupun pernah menjadi pimpinan, tika kembali menjadi bawahan kita adakalanya terlupa apakah pemikiran kita tika menjadi pimpinan. Dan tika kita naik menjadi pimpinan, sering kita terlupa apakah pula pemikiran diri sendiri semasa menjadi bawahan. Ini disebabkan situasi kita akan menjadikan kita itu siapa. Ya, manusia memang mudah lupa..yang menjadi ukurannya hanyalah taqwa, itulah ubat dan penawar untuk segala kelupaan ini.


**********************


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣)

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”



Dalam kekalutan pagi,

kakiku menyadung tanah,

Walau terputus tali,

hatiku terkesan hikmah,



Kasutku nanti boleh kubeli,

Hitam putih warnanya, mahupun merah,

Walaupun ada yang tersenyum memerli,

Alhamdulillah, jiwa bertemu sebuah mau’izoh..



***************


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.



p/s: kasut adalah yang paling bawah di dalam organisasi tubuh kita ^_^, t

p amat penting peranannya!!

Keesokannya terpaksa pinjam kasut sahabat.. Alhamdulillah ada sahabat. “Bersabarlah menunggu bajet” kata mereka..(^_^)


lepas ni saya nak kasut macam ni, tak da tali, mudah nak berjalan dan tak tinggi, tapi sila pastikan bahannya halal dulu ya ^_^