termaktub perjanjian termetrai ikatan,
ukhwah dibina tanpa keraguan,
menabur bakti itu diusahakan..
kukuhkanlah sahabatku akan persefahaman..
teguhkan pula segala ikatan..
kasih cinta yang mendebarkan...
kehilangan demi kehilangan pernah kita rasakan
sehingga menitis airmata tiada kekeringan..
Berlarutan rindu tiada pernah kelupaan..
yang pergi lenyap meninggalkan..
yang diuji terusan di ibrahkan..
Biar lemah salinglah menguatkan..
Allah itu Maha Penyayang...
diutus ujian menguji kekuatan dan kerukunan persahabatan..
adakah bisa dilalui segala ancaman,
adakah bisa dilepasi segala kepincangan..
Benarkah ISLAM itu kita amalkan,
kerana persaudaraan itu Rasulullah tekankan,
ibarat muhajirin dan Ansar yang disatukan
Akhirnya kuat, bangun menggegarkan..
Dan perjalanan dakwah kita teruskan,
hingga kini hampir dipenghujung jalan,
tersungkur jangan, rebah kita pertahankan
bangun terus..kuatkan terus bertahan..
:::Maat taufiq wan najah :::
~~Uhibbukum fillah~~
24 Disember 2010 1:38 am (malam sblm exam Ulum Hadith dan pertemuan NAM globe '10)
KTF, UTM, Skudai
--Ilham slps mlht gmbr ksyngn batch 2SPI (2008), tercari wajah arwah..namun tiada, ketemu wajah temannya, tapi bercuti kerana ujian yang Allah berikan..
Sengaja tak letakkan gambar itu disini...moga jelas di kotak minda walaupun gambarnya tiada.
*****************
Ameen ya Rabbal ‘Alamin.
2 sahabat/iah:
kak, ini rasa jiwa kita..
saya juga merasai.
saya. kami.
3spi.
moga Allah kumpulkan mereka (dan kita semua satu hari nanti) dalam golongan y soleh.
Amiin.
Wslm..ya Dik..
kami dan kita..
Ameen..moga ALLAH kumpulkan kita semua kembali suatu hari nnti dalam keadaan yang tenang dan redha menghadapNYA..
Post a Comment