Wednesday, November 17, 2010

menJatuhkan Redha..


Allah jua yang Maha Mengetahui..Dia yang mengaturkan sesuatu untuk hambaNya yang beriman. Dia yang meletakkan sesuatu..kita hanya berusaha..memilih atas apa pertimbangan, lalu membuat keputusan..dan keputusanNyalah yang paling hakiki..

Kenapa tajuknya jatuh redha? Bukan jatuh hati..atau jatuh cinta? Erm, sebenarnya ia berkaitan juga. Pabila kita suka pada seseorang, berusahalah kearah yang diredhai Allah..kemudian jika ditakdirkan dia bukan untuk kita..maka jatuhkanlah redha kedalam hati..terima seadanya siapa yang telah ditentukan untuk kita. Bukan semua yang kita suka tu baik untuk kita sebenarnya..inilah janji Allah:


كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ (٢١٦)


kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2 :216)

Tapi, bukan isu ini yang penulis maksudkan..

*********************

Baru-baru ni, chatting dengan adik yang ambil Usuluddin di suatu kolej universiti yang mana penulis pernah sama-sama ke sana. Tapi penulis masuk ke sana ambil syariah, sebulan saja, kemudian pindah ke UTM. Sembang-sembang kami ni pastinya tak dapat lari daripada medan akademik. Macam mana akademik, sem ni ok tak, exam dah habis ker, dan lain-lain..tapi isu besarnya akademik..adik ni..senarai dekan juga setiap sem..


Banyak yang dibualkan, diceritakan, namun yang tersan

gkut di hati penulis adalah sedikit kesedihan..kelelahan dan mungkin juga kekesalan. Kenapa? Adik kesayangan ni cerita dekat penulis dia menangis dalam kelas sebab masa mid test dapat separuh ja markah. Jadi penulis tanyalah subjek apa,..tayyarat katanya. Terdiam kejap.. tayyarat tu apa? Pemikiran..owh akak pun amek pemikiran Islam, memang susah..dan bual-bual lagi….


Yang satu tu firaq, yang satu lagi tayyarat..keduanya berkaitan

aliran pemikiran…

Owh…akak gabung keduanya dalam subjek pemikiran Islam..

Sapa lecturer?

Lecturer dari Iraq…

Wah..! dah mantap bahasanya!

(^_^)

…………………….

Allahu Rabbi..hanya Engkau yang tahu…apa yang terdetik dihati..


**************


Sejujurnya kadang-kadang rasa malu yang teramat sangat dengan adik-adik dan sahabat-sahabat yang belajar di sana. Mereka faqih dan mendalam mengenai sesuatu ilmu agama itu. Mereka hafaz dan maklum akan setiap peristiwa, mereka fasih dan lancar menyebut lahjah. Sedangkan penulis masih di takuk lama rasanya..tiada peningkatan yang sehebat itu..lemah dan lalai, lemba

b dan tak berguna..


Ya Allah..kenapalah UTM yang menjadi pilihan? Thaqafah ilmunya terlalu sedikit, terlalu cair sehingga hati ini hilang mutmainnahnya..biahnya hambar tiada manis dengan halawatul iman sehingga jiwa ini hampir kosong titisan embun ehsan..yang ada hanya kekacauan, pergelutan dan seribu macam dugaan dan cabaran. Lemah dan longlai mengatur langkah. Selisih dan telagah yang berpanjangan..ALLAH..

BUKAN SALAH UNIVERSITI!!


Itu benar. Bukan salah universiti. Kamu yang memilih jalan untuk kamu lalui. Kamu nak belajar agama tetapi datang tempat yang penuh mesin? Ha..rasa sesuaikah? Allah dah bagi kamu peluang masuk ke biah solehah..bait mutmaainnah..asatizah faqihah.. sahabah syamilah.. kamu yang memilih untuk beredar dan datang ke tempat kejuruteraan kan? Kamu yang memilih, kamu yang memutuskan..salah kamu itu!

************************


Merenung kembali apa yang berlaku, penulis sedikit sebanyak meletakkan beban kekesalan itu kepada diri sendiri. Sepanjang masa ada sahaja soalan keraguan menimbulkan kesedihan, kenapa ditakdirkan ke sini..kenapa ke sini..? Namun, penulis juga sudah memberikan jawapannya kepada raisah…tanpa sedar..

Dia letakkan diriku disini supaya kukenali kamu sahabatku..belajar untuk bersama-sama kamu..Jika bukan pilihan ini yang kuambil, nescaya kalian tida k akan kutemui..mungkin juga perjuangan ini turut tidak bisa k urasai..


Ada sesuatu yang Allah ingin berikan kepada penulis..agar jiwa ini belajar mengerti sesuatu. Agar diri ini tidak terusan lena dalam kedamaian rasa. Ada pukulan lembut yang kembali menghidupkan, ada sindiran manis supaya kaki terus melangkah..


Jika ilmu yang kamu kurang, maka bertungkuslah berlari mengejarnya,,

Jika perjuangan yang kamu kehilangan , maka bersegeralah memasuki saffnya,

Jika pengorbanan yang kamu kelalaian, maka bangun dan capailah ruhnya…


Di sini ada…sama seperti di sana..walau berbeza..Islam itu tetap sama..ada untuk sesiapa sahaja yang mencarinya. Ada untuk sesiapa sahaja yang mengingininya… Tidak pernah tiada.


Dan hikmahNYA amat luas dan mendalam..walau ada kesilapan segera DIA ampunkan lalu diberikan lagi hikmah atas segala ujian. Penyayangnya ALLAH sehingga terlalu sukar untuk diungkapkan..

-----------

Ya ALLAH..jatuhkanlah redha ke dalam hati hambaMu ini.. Moga mampu kugapai kemuliaan itu dengan izinMu..moga Berjaya kucapai ilmu itu dengan Barakah hanya dariMu jua..Ameen.

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2 :216)

************

Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.


2 sahabat/iah:

FarHa said...

Salam huda..

jgn salahkan pilihan kita, jgn menyesal dhn keputusan kita, memang Allah dah tentukan, percaya pada diri, kakha setuju, Islam itu di mana2 pon sama...

=)

tasnim said...

Wslm..

yup Kak Ha, betul...
kalau ada yang kurang kita kena tampung balik...^_^, Alhamdulillah atas sgl hikmah yang ALLAH bagi...

Kita kena usaha sungguh2..ISLAM ADA DIMANA2 juga..