Friday, August 13, 2010

titik mulaku??

Saya melihat sekumpulan pelajar sekolah rendah sedang duduk-duduk di beranda berhampiran sawah padi. Beranda itu diteduhi pohon mempelam yang beralun-alun daunnya ditiup angin petang. Mereka sedang bergurau-gurau barangkali. Angin petang itu nyaman sekali. Apatah lagi untuk sebuah sekolah yang bersebelahan dengan sawah padi. Memang mengasyikkan, saujana mata memandang. Jiwa-jiwa bersih, saya mengagak kumpulan pelajar itu tentunya dalam tahun 3 atau 4. Fizikal yang kecil tu, dan pakaian yang comot-comot, selalunya hanya pelajar tahun 4 kebawah yang begitu. Tahun 5 dan 6 sudah pandai menjaga imej sendiri. Jika tidak pon tahun 2. Ada kemungkinan juga.

Sedang asyik memerhatikan mereka, melintas seorang lagi pelajar sambil berlari terkedek-kedek.

Ada berita, ada berita..” laungnya dari jauh. Pelajar yang sedang duduk-duduk td menoleh ke arahnya. Saya berasa sedikit aneh. Kenapa seolahnya saya mengenali semua mereka itu? Termasuk yang berlari itu? Dan kenapa seolahnya….erm.

Berita apa?” Soal salah seorang dari yang duduk tadi, budak yang berlari tadi duduk bersila di sisi sahabatnya.

Tadi, masa p pejabat kan, kami dengaq mudir dok bincang la dengan Pak Choh, kata sekolah kita ni nak kena tutup tau, dengaq macam betui-betui ja..” Si pembawa berita memulakan storynya.

Betui ka? Pak Choh mana tak tau? Kami tak kenai pon..?”

Ala, Pak Choh yang selalu tolong Sekolah kita tu, AJK apa tah dalam sekolah kita ni..yang suka lilit serban tu..! “ Seorang pelajar lain memberikan penjelasan, siap menunjukkan gaya serban. Rakan-rakannya tertawa kecil.

Memang la, kan dah masuk tv…”

tapi tak sangka la sekolah kita pon kena…”

Lama dah sekolah kita nak kena tutup la…tapi tak tutup-tutup juga…depa memang tak mau kita ngaji sini. Tapi selagi ada sekolah kita ngaji la..” Sahut seorang pelajar, dia masih berseragam sekolah. Agaknya pelajar berulang. Tapi masih belum pulang ke rumah.

Nanti depa bawak badak tolak sekolah kita….” Rungut pelajar yang bertudung oren. Terhambur ketawa yang berdekah-dekah dari sahabat-sahabatnya yang lain.

Oit!..mana ada orang tolak rumah dengan badak..dengan mesin la..hahahaha,”

Ala, tak kigha la, janji dia nak tolak..” Si tudung oren melindung malu.


Yakin dan Ikhlas

Kita buat bulatan besar-besar ramai-ramai…kalau depa nak tolak suruh tolak kita sekali..!” si pembawa berita memberi idea.

A’ah, betul-betul..”

Nanti Mati..”

Mati syahid! Kan ustaz kata mati dalam menuntut ilmu tu mati syahid? “ segera si baju hijau menyahut.

Kita kan ada Allah, Kalau Allah Kata roboh dinding tu, robohlah, tak payah bawak mai badak ka apa ka..tapi kalau Allah kata tak jadi apa, tak kan jadi apa punya. Bawakla ikan paus mai hempuk-hempuk pon..” Pelajar yang masih memakai seragam itu menjawab yakin. Sahabat-sahabatnya yang lain menyahut riuh tanda setuju.

Zapppp……..terasa ada paluan di hati. Allah, keyakinan mereka, fikiran mereka, hati mereka, cukup bersih, cukup suci. Saya masih berdiri disitu, mengamati seorang demi seorang, seakan kenal tapi tidak pasti. Siapa ya? Siapa jiwa-jiwa ini?


Saya


Akak buat apa kat sini?” Sedar tak sedar si pelajar yang memakai seragam itu sudah terpacak di hadapan saya. Namun wajahnya hanya kelihatan sebelah sahaja. Dia menunggang basikal rupanya. Saya kaget sebentar sebelum mengatur kembali tutur kata. Sahabat-sahabatnya entah kemana menghilang.

Er..dah nak balik ka?” Soal saya agak gugup. Pelajar itu mengangguk. Saya terdiam. Ish, apa lagi yang nak bertanya ni…fikirlah cepat..!

Dah lama ngaji sini? Angguk.

Banyak ngapai kitab Arab?” Angguk.

“ingat?” Angguk. Erm..

Akak? Ngaji kat sini juga ka dulu..?” Soal pelajar itu. Minda saya tersengat sesuatu. Ya Allah, betullah. Inikan sekolah saya dulu. MasyaALLAH, macam mana saya boleh lupa. Segera saya menganggukkan kepala.

Banyak ngapai kitab?” saya angguk, rasanya semakin hampir mengenali pelajar ini,

“Ingat lagi?” soalanya. Jantung saya bagai ditembak berkali-kali. Tembus berlubang, ditampal kembali dan ditembak lagi. Berulang-ulang tanpa henti. Airmuka saya segera berubah. Malunya..

Erm, tak berapa ingat…” saya menjawab lambat-lambat. Berkerut muka pelajar itu.

Sikit tu banyak mana? “ Sudah..saya mati kata-kata. Sekadar menggeleng-geleng.

Akak nak mati syahid?” soalnya lagi. Saya mengangguk pantas.

Akak Yakin Allah paling berkuasa?” sekali lagi saya mengangguk pantas.

Tak cukup Ikhlas! Saya tak mahu besaq jadi macam akak!” tuduhnya, lalu menghambur pergi dengan basikalnya. Sekilas saya terpandang wajahnya secara keseluruhan. Saat itu jantung bagai berhenti berdegup. Nadi berhenti berdenyut. Bagai terkena kejutan elektrik, saya kenal budak itu. Ya! Saya kenal..cukup kenal. Tapi sayang, sekarang dia tidak ada lagi. ‘dia’ sudah musnah dimamah globalisasi, ‘dia’ hancur dididik sistem pendidikan yang berbeza, hakikatnya ‘dia’ benar-benar sudah tidak ada lagi. Saya tidak tahu bagaimana dengan sahabat-sahabatnya. Saya harap mereka masih ada lagi di alam dunia ini.


Saya tidak cukup Ikhlas.

Saya sering berbincang dengan salah seorang sahabat akrab tentang Ikhlas. Bagaimana nak ikhlas. Makin berusaha untuk ikhlas,makin terasa seolah-olah dipaksa.

“la ni macam ni lah..kita kena belajar la ilmu ikhlas jah..” sahabat saya memberi pandangan. “Memang la susah, tapi dah nak buat gane lagi?”


Saya tidak cukup Yakin

Bingung memikirkan ayat ini. Kenapa tak yakin sedangkan memang dah percaya? Ya Allah. Saya beristigfar sendiri. Allah, berikanlah hambaMu ini peluang kembali kepadaMu. Dekat dan Akrab denganMu. Yakin dan Ikhlas terhadapMu. Ya Allah izinkanlah Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan baru dalam hidup hambaMu ini.

p/s: Mengenang 3 tahun penutupan madrasah Ad-Diniyyah Islamiyyah..



1 sahabat/iah:

kulai said...

suka entry nih.
“Tak cukup Ikhlas! Saya tak mahu besaq jadi macam akak!”. Uh, bisa!