Wednesday, August 11, 2010

Janji


Janjiku kepadamu pasti kembali…wahai Ayah Wahai Ibu…


Lebih kurang jam 3.30 petang, penulis dan kak Shikin mula bergerak menuju ke Sri Putri. Kak Shikin dah lama membebel kerana penulis agak lambat membeli tiket balik. Bukan tak nak beli, tetapi disebabkan demam yang melarat sampai seminggu tu (skip kelas dan laian-lain), akhirnya penulis gagal membeli tiket bas yang dijual oleh pihak dalam UTM sendiri. Maka risikonya adalah seperti biasa.


Sampai di Sri Putri, kaunter tiket KKKL menjadi tujuan utama, sebab dah terbiasa dah naik bas tu. Alkisahnya, tiket dah habis. Tergaru-garu tempat tidak gatal seketika. Erm, berjalan pulak la ke sana ke sini untuk mencari tiket yang sesuai. Akhirnya, jumpa jugak tiket S&S, dapat balik 2 hb 9… tapi yang menjadi masalahnya naik di Larkin!! Lama menung, akhirnya beli jugak. Ujian, dugaan, janji dan amanah. Akhirnya, beli juga dan tawakkal saja menunggu tarikh akan datang tu. Dalam kepala dah mula mencongak-congak..alkisahnya tak da la saya bawak balik beg. Tak larat nak usung di Larkin nanti…dah la terketek-ketek sendirian.


Larkin.


Ceritanya bukan apa. Dulu dah pernah dah balik raya beli tiket bas kat Larkin. Nasibnya memang selalu balik sendirian kan. Nak balik Utara ni tak da sapa yang berkenan nak teman. Teman diri sendiri ja kata seorang sahabat. Nak buka puasa, nak cari port tunggu bas dan nak cari kaunter tiket bas yang entah dimana-mana tu. Akhirnya penulis keluar awal, dalam kul 6 petang dah sampai di Larkin. Masa tu bawak jugak satu beg di tangan dan beg sandang belakang sebagai beg laptop. Sekali sampai sana, manusia dah ibarat semut. Takpa lagi, yang menjadi masalah adalah tahap kerabunan penulis sendiri, terkial-kial nak cari kaunter tiket sorang-sorang.


Nak pulak masa tu kawan yang tolong belikan tiket, entah kat mana kaunternya pon tak tahu. Maka bermulalah kisah penulis men”tawaf” kaunter-kaunter tiket di Larkin tu, one by one. Erm, macam-macam la, siap sempat lagi berkampung dengan kaunter bas India la, tinggal beg dan p solat, buka puasa. Pastu tunggu lagi kaunter buka, jumpa pulak budak Cina tu , berbual-bual la dengan tahap kepanasan yang diluar jangkaan. Akhrinya baru dapat tiket yang asli. Terloncat-loncat pula mencari terminal bas yang telah ditentukan. Tapi masa tu dapat jumpa Abdullah Fahmi, juara AQ1. Alhamdulillah, tengok ‘live’ je tapi tak mendekat pon.


Al cerita yang paling tak berapa suka sebenarnya adalah untuk menunggu di terminal bas. Sendirian, memang sah kena bersiap siaga dengan pakaian untuk melarikan diri bila-bila masa sahaja yang diperlukan. Manusianya pelbagai ragam. Masing-masing jaga hal sendiri dan pentingkan diri sendiri. Malah terpaksalah penulis duduk menunggu bas yang sepatutnya jam 9 tetapi datang jam 11 malam dengan keadaan berdiri sendirian. Nak jaga beg lagi, nak jaga diri lagi.


Manusia semakin meramaikan sehingga nak bernafas pon rasa agak sukar, tak kira golongan lelaki yang tinggi-tinggi dan suka benar hisap rokok. Pelik la kat Larkin, ramai lelaki..perempuannya sikit sangat. Agknya yang perempuan dah tahu keadaan macam ni kot. Naik berdiri bulu roma bila lihat beberapa budak laki yang entah dari mana datangnya, tapi cukup mencurigakan. Jantung macam nak tercabut ja. Terpaksa la penulis menepi. Janji selamat… bukan masanya nak peduli orang lagi.. selamatkan diri dulu. Allah..sebab tu saya tak suka menunggu di Larkin!


Rasa macam nak pengsan dengan suasana yang macam tu, hingar bingar dan bau rokok dan sorang-sorang tanpa orang yang dikenali. Allah sahajalah yang tahu apa yang bermain di dalam hati. Ya Allah, harap-harap adik perempuan penulis nanti takkan dapat belajar jauh-jauh dan terpaksa balik sorang-sorang. Bahaya. Bahaya.! Ngaji dekat-dekat dah la..KUIN pon nak dibesarkan lepas ni, tak payah la isi UPU. Hah, mula la kak dia buat peraturan kejam sebab tak mau adik dok jauh…


Peraturan asal


Satu malam tu, lepas balik dari kuliah, mak datang mendekat dan cakap “ tau dak ustaz ngajaq apa malam ni?” Penulis hanya menggeleng. Dari duduk mengadap laptop, penulis segera mengadap mak. Mak memang suka cerita..


Ustaz sebut, anak perempuan ni sebenaq-benaq hukumnya, mak dan ayah tak boleh bagi berjalan sorang-sorang. Macam dok p UTM tu kalau nak kira, mak dengan ayah kena p ambik dan p antaq la. Mana boleh bagi p sorang-sorang tak dak waris. Tu hukum asal.” Penulis mengangguk. A’ah memang pon, hati bercakap sorang-sorang.


Tapi dah sebab keadaan la ni, tu yang boleh tu..kalau nak kira asal memang tak boleh. Ayah dah tak larat nak ulang alik la p ambik dan p hantaq” mak menyambung. Penulis mengangguk. Tahu sesangat di dalam hati mak tu, ada gunung yang amat berat nak lepaskan anak perempuan keluaq orang-sorang. Ayah pon.


Selalunya kalau tau anak yang dok johor ni nak balik memang sepanjang malam mak dan ayah tak tidur. Dah tahu dah…Cuma terpaksa la buat keras hati, anak yang jauh ni buat ja macam tak dak apa. Walau kena balik sorang-sorang dan menempuh manusia yang melaut tu, tapi selalunya tak cerita kat mak. Tak mau mak risau, hanya kak saja yang tau. Dengan mak dan ayah selalu ja cakap “Ok ja, tak ada apa.., boleh..boleh, tak da masalah..ala Larkin jauh sikit ja, ramai sikit ja dari Sri Putri…” dan adalah lagi alasannya. Asalkan mak dan ayah tak bimbang sangat.


Sebenarnya, berdosa mak dan ayah biar anak perempuan bermusafir tanpa teman ni..” Penulis diam, tanpa kata. Kalau yang Kelantan tak pa la boleh balik berbas-bas..saya? sudahlah, Allah dah tetapkan begitu, Jadi, pasrah dan redha. Titik.


Memegang janji.


Perkara yang pasti adalah balik! Sebab dah janji dengan mak dan ayah, walaupun travel jauh, tetapi anak ini akan pulang juga bila sampai masanya. Jadi, pegang janji! Balik! Jom balik! Alhamdulillah, Allah dah taqdirkan begini, sekurangnya saya masih ada peluang balik… Mak dan ayah jangan tunggu depan pintu…sebab jangan bimbang. Balik tetap balik..kan kak dah janji dengan mak dan ayah?! (^_^)

2 sahabat/iah:

Linda Amin said...

balik kampung.. wowowo balik kampung...sikit masa lagi, balik kampung pasti x keseorangan...
fahamkah maksudku? sudah berkursus kan..=p

tasnim said...

Linda..Tak berapa faham =)...