Tugasan berkumpulan atau group assignment adalah rutin wajib bagi setiap mahasiswa. Sama ada gerak kerja berbentuk laporan, kerja lapangan mahupun pembentangan hasil kerja yang dibuat, setiap ahli kumpulan perlu bersedia untuk memberikan buah fikir dan tenaga fokus yang tinggi. Ini disebabkan pemberian makah atau kredit bagi sesuatu tugasan itu adalah berdasarkan keseluruhan hasilnya, begitu juga pembentangan. Setiap unit atau bab didalam sesuatu hasil kerja adalah penting dan perlu dikuasai sepenuhnya oleh mahasiswa. Demikianlah mereka dikatakan benarbenar telah mahir di dalam sesuatu tugasan yang dilakukan.
Namun, ada juga krisis yang berlaku di dalam kerja berpasukan ini. Sama ada sebagai free rider ataupun sebagai seorang yang tidak cakna dan kurang bersedia untuk menghasilkan output bagi sesebuah kumpulan. Hal ini jelas akan memberikan kesan negatif kepada mahasiswa itu sendiri dan juga memberi kesan kepada sahabat sekumpulan yang lain.
Apa yang penulis ingin utarakan bukanlah sekadar memberikan markah yang rendah kepada diri individu tersebut dan kumpulannya, akan tetapi, pandangan dari sisi agama Islam itu sendiri. Rasulullah pernah menyebut bahawa bukan dari golongan umatnya sesiapa yang menipu. Dalam konteks ini, mahasiswa mungkin tidak menipu di dalam dewan peperiksaan tetapi menipu dalam membuat tugasan. Free rider contohnya, memperoleh markah yang sama dengan ahli kumpulan yang lain sedangkan kadar usahanya terlalu kurang. Disini boleh disamakan dengan tindakan menipu di dalam dewan peperiksaan.
Dalam pmbentangan tugasan kumpulan pula, kesannya kan jelas kelihatan sekiranya seseorang individu itu tidak bersedia (tidak terlibat dalam proses penghasilan output persembahan secara langsung). Pembentangan akan menjad lesu dan menimbulkan kebosanan dikalangan pendengar. Tentulah, pensyarah akan mengurangkan markah bagi kumpulan tersebut. Lihat dengan lebih mendalam, individu yang sebegini, pertamanya telah mengkhianati dirinya sendiri. Peluang untuk mendalami ilmu telah disia-siakan dan mendapat keputusan ala kadar sahaja. Keduanya, mengkhianati ahli kumpulan yang telah bersusah payah menyiapkan tugasan dan ketiga atau yang terutamanya..sebagai Muslim dan Melayu telah mengaibkan agama dan bangsanya dengan sikap yang tidak bertanggungjawab itu. Islam sama sekali tidak pernah mengajar umatnya untuk bersikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab.
0 sahabat/iah:
Post a Comment