Setiap hari kita berkejar-kejar ke dewan kuliah, berebut-rebut menaiki bas. Susah sekali kalau menetap di kolej yang jauh, susah nak sampai ke fakulti. Malah ada yang perlu 2 kali bertukar bas kerana kedudukan kolej dan dewan kuliah yang jauh. Letihnya....
Ada Mahasiswa yang datang daripada Utara, Timur, Barat dan juga Selatan negara untuk menuntut ilmu. Tambangnya bukan main lagi mahal, malah bahaya juga jika balik jauh-jauh tak berteman. Bahayanya...
Ramai juga yang stress dengan bermacam-macam ujian, kuiz, tugasan, kerja lapangan, dan lain-lain lagi. Samapi ada yang menangis-nangis ketika datangnya musim exam. Apatah lagi kalau tugasan asyik kena "reject" dengan lecturer dan perlu baiki semula. Penatnya!!
Akan tetapi, sejauh mana niat menuntut ilmu yang sebenarnya di ikhlaskan? Menuntut ilmu kerana ALLAH atau kerana nak dapat ijazah? dapat kerja besar dan hidup dengan mewah? Untuk semua kesulitan itu, kita hanya niatkan untuk dunia?
Adakah kesulitan sehari-hari sebagai seorang pelajar itu hanya untuk mendapat ganjaran dunia? Sedangkan tiada sekelumit rasa moga segala amal yang dilakukan mendapat keredhaanNYA? Sedar atau tidak, kita sering berikrar di dalam solat bahawa semuanya adalah untuk Allah, namun kita sering juga mengingkari ikrar sendiri. Tidakkah lebih menyenangkan, jika segalanya diniatkan kerana Allah?
-Bangun mandi kerana Allah, agar segar tubuh badan untuk beramal kepadaNya
-Makan minum kerana Allah, agar sejahtera kesihatan dan memudahkan urusan bekerja di jalan ALLAH.
-Belajar kerana Allah, agar mudah untuk mempertahankan agamaNYA tatkala di serang musuh kelak.
- Dan berjuang juga kerana ALLAH..
Bukankah bila semuanya demi Allah, maka perjalanannya menjadi lebih indah? Keletihan dan kepenatan tidak semata kerana kehidupan dunia tapi pasti ada bahagian untuk kehidupan di akhirat. Redha menguasai diri setiap masa, lantas menerbitkan bibit kesyukuran dalam mengharungi hidup sebagai mahasiswa ini. Bukankah begitu lebih baik? Serampang dua mata yang menguntungkan...
Jika benar mahasiswa itu kelompok bijaksana, pasti mereka akan mengatakan ya pada keuntungan yang berganda begini. Namun kadang-kadang keinginan dan kemahuan di dunia melupakan...malah lebih teruk lagi menghanyutkan.
0 sahabat/iah:
Post a Comment