Saturday, January 9, 2010

Cinta


Hidup suatu perjalanan
menuju destinasi kematian yang disebaliknya
ada kehidupan,
Dalam perjalanan pasti ada kepincangan
jatuh dan terluka dalam liku-liku kehidupan
maka, untuk bertahan
Wajib terjun ke dalam perjuangan!


Perjuangan menghantarkan erti pada kehidupan
menerbit rasa kesungguhan
meniti perjalanan dengan penuh perasaan
lalu terlakar kisah Cinta Agung,


Dalam perjuangan cinta pasti akan terluka,
kerana tanpa derita mana mungkin hadir bahagia
tanpa daya usaha mana mungkin kejayaan dicipta,


Dan Cinta memainkan peranannya
mengubati segenap duka rasa
menghidang rasa bahagia di dalam perjalanan
sedang gembira dan sedia
untuk bertemu Allah Yang Esa!..







Bilik kuliah FP,
04 Jan 2010
21:00 pm




p/s: sempat lagi menulis masa lecturer mengajar..hurm, apa nak jadi ni..

0 sahabat/iah: