Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

:: PSM dan Ibu ::


Penghargaan yang tidak terhingga buatmu yang bergelar ibu,

Menanggung lelah membesarkanku,

Melindungi semenjak di dalam rahimmu,

Membawaku kemana-mana,

Tabah berpantang segalanya hanya demi keselamatanku

Resah tidur malammu kesakitan di sana sini sepanjang diriku di dalam dakapan rahimmu,

Kau tetap gembira walau kesakitan itu mendatang tiap waktu,

Senang sekali dikau mengusapku lembut,

Memberitahu bahawa mak dan ayah tidak sabar menanti

Menunggu lahirku menjadi si soleh solehah..



Saat makanmu tidak teratur,

Peningmu acap kali hinggap,

Loyamu tak kering menatap muntah yang asyik,

Perut yang kesakitan,

Dan lenguh yang berpanjangan..

Nafas semakin sesak dari sehari ke sehari

Kerana dikau kini berkongsi nyawa itu denganku..

Pekerjaanmu semakin lambat,

Langkahmu semakin penat

Tapi dikau masih tenang menanti

Dalam redha dikau tetap menyayangi..



Demi melahirkanku,

Dikau mungkin kehilangan sesuatu,

Saat cergasmu, saat riamu, malah seleramu yang patah,

Wahai ibu,

Jalan tuju menjadi insan mulia bergelar ibu

Tampaknya teramat payah,

Hingga Allah menukilkan di dalam kalamNya,

“Wahnan ‘ala wahnin”

Jadi bukti penyeksaan dan penderitaan yang dikau lalui..



Indah dan mulianya dirimu wahai ibu

Tinggi darjatmu disisi yang Esa,

Tabah jihadmu diberikan pahala syuhada.

Semoga Jasamu itu,

Suatu hari nanti

Terbalas Syurga!




Didedikasikan untuk sahabat-sahabat yang sedang meniti hari untuk bergelar ibu , dan juga sudah bergelar ibu sambil pada masa yang sama sedang berusaha menyiapkan PSM. Dalam lemah yang teramat itu kamu semua masih berdiri. Diri ini ingin memberikan sepenuh penghargaan, dan penghormatan. Tabahlah wahai sahabat, pasti ada HIKMAHNYA kamu teruji begini disaat getir ini. Moga yang bakal lahir itu nanti, sehebat mujahid dan mujahidah di jalan Illahi. Ameen.


P/S : Selepas dengar kesusahan sahabat2, jadi malu yang teramat untuk mengeluh. Moga Allah kuatkan hati kita semua ya..InsyaALLAH..Ameen.


************************


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”


Monday, March 28, 2011

Pesan kakakku.


Kebingitan apabila 16 + 8 +4 berkumpul. Alhamdulillah!

Suatu hari, ketika keluar beli belah dengan kakak, kebetulan abang ipar tak ikut. Kami berdua ja. Bukan mudah nak jumpa sebab masing-masing ada tanggungjawab sendiri. Masa dalam kereta kak cerita:



"Kawan kak pernah kata kat kak, orang tu baik dengan mak ayah mentua dia...aku tak boleh, pastu kak pon jawab...aku ni la kan, bukan sebab apa aku baik ni..tp sebab aku teringat mak ayah aku. Aku dok jauh, tak dan nak tolong tengok mak ayah aku, sakit ka demam ka apa ka..jadi aku nak buat baik dengan mak ayah mentua aku...orang-orang tua yang aku jumpa..supaya mudah-mudahan bila mak ayah aku ada masalah ka...apa ka...ALLAH gerakkan hati orang-orang baik yang ada kot dekat depa untuk tolong depa...tu ja yang aku mintak


moga aku buat baik tu..Allah bagi balasannya kat mak ayah aku.."



Pastu kak pon membebel kat penulis supaya buat baik dengan mak dan ayah mentua biarpun penulis tak kawen lagi. Anggap sebagai mak ayah sendiri katanya. Dan kakakku yang satu-satunya itu pon teruslah membebel dan bercerita itu ini tentang kehidupan. Banyaklah pesannya mengalahkan mak nenek...tapi betullah..tak rasa jemu, sebaliknya kalau lama tak jumpa rasa rindu pulak.

Dan penulis pula, setiap kali nampak orang tua, ingat pada mak ayah. Stiap kali nampak orang muda, teringat abang dan kakak..ya, kasih sayang tanpa sebab dan syarat.

Kelemahan mereka akan kututupi dengan kelebihanku dan bergitulah jua sebaliknya. InsyaALLAH!

Mudah-mudahan ALLAH temukan kami semua sekali lagi sebagai ahli keluarga di Syurga nanti.



***********

Keluarga Bahagia

Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com


Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi

Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya
yang melimpah
Derai air matanya mengalir
Di darah kita membina cita-cita

Rentaslah seribu laut (serta)
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta 2X
Keluarga

Langkah remajamu
Ditusuk sembilu
Kembara dewasamu
Diamuk nafsu

Ingatlah pesan Ibu
Kenanglah pesan Ayah
Kembalilah
Ke jalan Allah.....

Sayangi keluarga
Di situlah bahagia.....


Lagu: Mujahid Abdul Wahab & Jeff Hazimin Jaafar

Lirik: Pahrol Mohd Juoi
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta
Album : Berjalan Melihat Mentafsir




************************


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Monday, March 7, 2011

terik dan basah


dah lama motor ni berjasa..


Pagi itu, seperti biasa ayah akan bergegas pulang dari masjid sebaik sahaja selesai rukun solatnya. Saya sudah menunggu di rumah. Dalam pakaian seragam sekolah saya menanti di depan pintu. Ayah balik dengan payung di tangannya. Hujan masih renyai-renyai. Saya sempat menyarungkan beg sekolah dengan bungkusan plastik yang dihulur oleh mak. Beg plastik yang selalu kita beli di kedai, jika agak besar muat betul untuk masukkan beg sekolah. Kemudian telangkupkan di dalam raga motor. Macam tulah caranya nak elakkan beg dan buku basah disimbah hujan.


Ayah bersiap tak lama. Selepas menghirup kopi mulalah ayah menghidupkan enjin motor. Mak pula sibuk mengkarungplastikkan saya, yalah hujan yang renyai-renyai pon boleh membasahkan secara keseluruhan memandangkan perjalanan ke sekolah akan mengambil masa lebih kurang 20 -25 minit terutamanya dalam keadaan jalan yang basah, motor hanya akan bergerak secara perlahan-lahan. Seingat saya, kasut sekolah akan dikarungkan, hanya selipar yang disarung ke kaki. Mak akan selubungkan saya dengan plastik yang pelbagai dan besar-besar untuk elakkan anaknya yang seorang ini basah. Hanya hanya memakai baju hujan yang lama. Di sarung terbalik ke bahagian depan semantara hujung baju itu dibungkuskan beg sekolah yang terletak di dalam raga motor. Saya akan menekapkan muka di belakang ayah bagi mengelakkan basah.

Dan ayah akan memandu dengan tenang dan lambat-lambat demi keselamatan. Itulah rutin ayah dan mak setiap pagi menjelangnya musim hujan setiap tahun. Seperkiraan saya, ayah dan mak mengharungi hari-hari seperti itu selama 12 tahun sepanjang saya bergelar pelajar. Cuma dari tahun ke tahun, ayah akan belikan baju hujan disamping plastik-plastik besar dan tuala besar yang dijadikan pelindung hujan. Dan secerah fikiran saya, hanya satu matlamat mak dan ayah pada setiap pagi yang begitu, iaitu saya dapat sampai ke sekolah dalam keadaan yang baik dan tidak basah meskipun hujan. Jadi, bolehlah saya belajar dengan baik nanti.

Menjelang musim panas, keadaan itu berubah. Namun panas terik pula yang dilalui ayah. Rutin ayah yang biasa, bangun pagi, ke masjid, bergegas balik untuk menghantar saya ke sekolah, kemudian menghantar adik perempuan bongsu saya pula dan barulah keluar bekerja. Tengah harinya mengambil adik dari sekolah, kemudian mengambil saya pula dari sekolah. Jaraknya rumah dengan sekolah adik boleh dikira dekat, tapi jarak rumah dengan sekolah saya agak jauh, dari Pauh hingga ke Kodiang. Paling cepat 15minit dengan kelajuan motor hampir maksimum bolehlah sampai. Pernah orang tanya kenapa saya tak tinggal di asrama, jawab ayah anaknya yang sorang ni kurang sihat dan ayah sendiri kurang percaya untuk biarkan anaknya tinggal sendiri di asrama. Kenapa? Hehe, sedangkan tinggal di rumah pon hampir setiap minggu akan demam. Keadaan ini hanya berubah ketika saya berada di tingkatan enam. Ketahanan semakin Ok, demam hanya sebulan sekali!

Selepas saya berpindah ke Universiti, adik pula menyambung warisan dan meneruskan pembelajaran di sekolah lama saya. Jadi rutin harian ayah masih lagi seperti biasa kini. Cumanya agak berkurangan kerana hanya tinggal adik seorang sahaja. Tapi bila difikirkan, hampir sama jua memandangkan keupayaan ayah juga semakin kurang kerana umurnya yang semakin meningkat.

Jadi, saya selalu mengatakan pada diri sendiri bahawa saya mengenal semua ini, tahu menulis dan mengira adalah melalui basah dan teriknya kasih sayang mak dan ayah. Ayah selalu mendahulukan bayaran yuran sekolah anak-anaknya meskipun duit yang ada hanya cukup-cukup. Makan lain kira katanya, bayar dulu. Nak makan cari kemudian.

Kakak dan abang selalu juga ingatkan, keadaan kami (Saya dan adik) sudah dikira senang lenang kerana zaman kehidupan mereka dulu jauh terlebih susah berbanding kami. Dulu rumah hanya sebesar 2/3 bilik double di kolej kediaman kita. Disitulah makan, disitulah tidur disitulah semuanya. Dinding dan lantai rumah disusun daripada buluh yang jarang-jarang. Tempatnya dalam hutan kerana zaman itu masih banyak lagi kawasan yang belum diterokai. Duit ibaratnya tiada, makan ikut apa yang sempat dan ada disekeliling. Pakaian tak pernah bertukar. Kata Mak, selama lebih 5 tahun, mereka pernah tidak bertukar pakaian. Yang koyak dijahit yang lompang ditampal. Itu sahajalah yang menemani. Sebab itu, hingga sekarang mak sangat simple dan kurang peduli dengan fesyen dan juga apa-apa perkara yang hanya bertujuan menghias diri. Bagi mak, cukup untuk hidup itu sudah memadai.


Tapi, sekarang keadaan semakin baik, rumah semakin besar, rezeki semakin murah. Sebab itulah kami (saya dan adik) dikira senang lenang berbanding keadaan kakak dan abang dulu. Tapi kami (adik dan saya) juga tak terlepas merasai penatnya berkebun dan bercucuk tanam. Untuk RM10 betapa penatnya sehingga tidur malam tak mampu bergerak. Walaubagaimanapun, mak kurang menyertakan kami dalam aktiviti berkebun kerana tidak mahu kami keletihan dan kedemaman memandangkan kami masih bersekolah. Terutamanya saya yang silap sikit pasti demam. Kesian mak dan ayah, tentu susah menjaga anak yang seperti saya ini.


Dan, sampai sekarang saya kira…tradisi meredah hujan dan terik itu masih diteruskan mak dan ayah. Dari muda sehingga tua, tugas dan rutinnya masih sama. Saya sangat mengharap, andai Allah berikan saya kejayaan suatu masa nanti…biarlah sebelum mereka menutup mata, saya mampu menyediakan “bumbung” yang melindungi mereka dari hujan dan panas itu, tak kira kemana mereka pergi. InsyaALLAH. Saya akan cuba merealisasikannya.


************************

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا (٢٤)

“Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."


:::: Home Sick :::::

Bilalah nak cuti ni..saya nak balik..T_T

Tapi dengan PSM yang selesai..Mak dan ayah nak tengok yang terbaik kan!


************************************


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu, Mak!!





Selautan kasihmu Ibu,
Mak selalu senyum, jarang-jarang marah..
Kalau marah mesti ada sebab,
nak bagi anak-anak jadi orang baik-baik
nak bagi anak-anak jadi orang berjaya,

Mak jarang bagi apa yang anak minta,
tapi mak selalu ingatkan apa yang anak-anak perlukan,
bukan kemewahan,
tapi kesedaran dan pembelajaran dari kesusahan.

Mak tak pernah merungut letih besarkan anak-anak,
tapi anak-anak selalu juga merungut mak asyik telefon,
mak selalu tunggu anak-anak yang belajar jauh balik,
sepanjang malam mak tak lena tidur kalau tahu anaknya nak balik,
awal-awal pagi mak dah tunggu depan pintu,
bila anak nak sampai rumah?
anak-anak pula lengah-lengah balik rumah,
sempat singgah rumah kawan dulu?
...

Mata mak ada keistimewaan,
melalui matanya maka dapat melihat terus mata anak-anaknya,
mak tahu abang suka ni, kakak suka ni, adik suka ni,
malah apa yang mak pilihkan, memang kena dengan anak-anaknya,
cuma kadang-kadang anak-anak ni tak sedar pon..
dan sedihnya,
anak yang ramai,
langsung tak dapat melihat spt mata mak melihat,
tahu tak mak suka apa?
tahu warna kegemaran mak? makanan kegemaran mak?
kalau kita boleh tahu mengenai sahabat, apatah lagi tentang mak..

pernah bagitahu mak,
Abang sayang mak, kakak sayang mak, adik sayang mak?
pernah tunjukkan kasih sayang tu?
kecik-kecik dulu mak selalu panggil anak dengan timangan sayang,
tapi ada anak yang malu dipanggil begitu bila dah besar..

Mak,
kak tak kisah,
kak sayang mak,
setiap waktu,
kalau sakit, boleh dengar suara mak pon kak dah rasa lega,
dah rasa hilang sikit sakit.

Mak, selamat hari ibu,
jasamu ku kenang selamanya di dalam hatiku.
Moga Allah berkati seluruh hidup mak, Ameen.