"Ya Allah, jadikanlah air mataku sehangat airmata yang merindui syahid di jalanMu"
Sunday, January 9, 2011
“ Huda ok tak? “ Suara itu datang menegur dari belakang. Penulis angguk-anguk.
“Ok..tak pa la, tak dak apa..” senyum tawar.
“Bakpo? Kak Nor buli ko..?kalau yer buli oyak ke kite, nanti kite marah yer..” suara itu bergurau lembut. Geli hati penulis dengan gayanya. Lalu sedikit strees hilang dan boleh turut sama ketawa dengannya.
Seingat penulis waktu tu,adalah kali pertama penulis merasai study week. Ketahanan diri agak kurang berbanding tekanan yang dihadapi. Terasa beban berat untuk mempertahankan sesuatu yang sememangnya tinggi supaya tidak merosot. Hingga menyebabkan penulis termenung sendirian di anak tangga sambil menangis. Hodoh betul, macam budak-budak, tak matured langsung. Tapi mujur ada yang sudi menegur dan menghibur., Alhamdulillah ya Allah. Kini, hambaMu ini tidak begitu lagi, dan ‘dia’ juga tiada disisi lagi selepas kembali menghadapMu Rabbi.
( ***Al-Fatihah untuk arwah Kak Hannan yang kembali menemui penciptaNYA pada tahun 2008)
**************
“Assalamualaikum, enti ada dengar cerita tak?”
“Waalaikumussalam, ada..tapi tak berapa pasti..” penulis menjawab agak kalut. Hati meminta agar bukan itu yang sebenarnya.
“ Jadi ana pastikan sekarang, memang benar, arwah kini ada di Pontian..”.
“ Inna lillah…” penulis kelu. Terkejut.
Terimbas pertemuan dan hubungan dengan arwah. Kenakalannya yang istimewa. Dia ada kebijaksanaan tersendiri. Bagai baru semalam bertekak dan berbaik semula. Bagai baru tadi, dia ada menjayakan program bersama. Tapi kini, dia kembali kepada penciptaNYA. Meninggalkan kami tanpa sebarang tanda.
( ***Al-Fatihah untuk arwah Akhtar yang pergi menemui Penciptanya pada tahun 2010 )
8. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui Segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumuah :08)
Kebelakangan ini, ramai sahabat yang sakit..demam dan sebagainya. Syafakumullah. Semoga antum semua cepat sembuh. Sila jaga diri baik-baik.
*********************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Disember 2010, banyak undangan walimah yang diterima, malah kebanyakannya adalah di kalangan sahabat terdekat. Beberapa undangan datang, namun hampir keseluruhannya tidak dapat dipenuhi kerana kekangan masa dan sedikit gangguan kesihatan. Di kampung sendiri juga undangan walimah beratur panjang menempah perhatian dan kunjungan, namun hampir kesemua juga gagal ditunaikan. Hanya doa menjadi kiriman persandingan teman-teman yang memijak hari ‘raja sehari’. Indah dan ceria terpancar dari wajah-wajah yang ditelek menerusi laman FB. Sedih juga bertamu kerana tidak mampu berdiri disebelah mereka meraikan hari yang bersejarah, namun takdirNYa mengatasi segala..
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
Show romanization
' Tuhan memberkati bagi anda dan memberkati kalian berdua dan menghimpun dalam kebaikan'
Ucapan ini ditujukan khas kepada:
Kak Farhatul Hakimah dan suami (Sahabat SPI)
Kak Wan Nafisah dan suami (sahabat SPI)
Kak Athirah Hasinah dan Akh Nizam (Senior SPI)
Kak sharifah Aziah dan Akh Mohd Fadhli (Senior MPIK)
Kak Samsinar dan suami (Senior UTM)
Yang telah melansungkan walimah masing-masing dalam bulan disember ini. Semoga Allah memberkati kalian semua. Semuanya sama segak sama padan! Sama kedudukan. Sekufu. Alhamdulillah.
Mengharap yang terbaik –realiti-
“pengantin perempuan tu cacat, kudung tangan dan kaki pon capik, tapi pengantin laki terima juga tak pa la”, beritahu si A.
“Oo..yang kerja pensyarah tu kan? Dia pon ngaji sekolah agama jugak kan..” Si B menyoal balas.
“ha, yang tu la..pengantin laki tu tak dak kerja sangat, tapi orang ngaji agama la, budak hak ngaji sekolah agama kat hujung jalan tu..satu sekolah la depa, tapi yang laki tu lapih bawah , depa tak dan kenai pon kot kat sekolah tu..” Si A menjawab perlahan.
“ Tua dah kan yang nak jadi pengantin perempuan tu? Alhamdulillah ada jugak orang nak kat dia..dia cacat nak buat macam mana…” Si B menyoal dalam keluhan.
“erm..tua dah, tak kawen kawen pon, ni pon sebab yang laki tu ngaji agama, tu yang dia terima tu. Dia dah pensyarah dah, tak kisah la laki kerja sikit-sikit pon tak pa, janji ada agama, boleh jadi imam dan bawak ke jalan Allah. Hak laki tu muda aih, berapa tahun tak tau muda..” Si A menjawab sambil mengiyakan kata-kata si B.
Subhanallah!
Penulis hanya mendengar perbualan orang-orang tua yang tengah bersembang berkaitan satu lagi walimah yang akan dilangsungkan. Sedetik dalam hati ramai yang mengaminkan mereka supaya bahagia meskipun begitu sekali mereka (pasangan pengantin) berbeza. Ternyata masing-masing memilih untuk menerima antara satu sama lain kerana agama. Hanya kerana itu sahaja.
Kakak itu(pengantin perempuan) adalah seorang yang menjaga agamanya, maruah dan akhlaqnya. Meskipun cacat,beliau mampu menjulang cita-citanya dan memiliki karier yang baik. Bakal suaminya adalah pilihan orang lain untuknya kerana dia hanya mensyaratkan agama, bukan wang ringgit atau pangkat bahkan harta.
Abang itu(pengantin lelaki), mungkin sebaya sahaja dengan penulis atau tua setahun dua, malah mungkin lebih muda(wallahu’alam) tetapi baginya juga hanya agama, bukan kecantikan pada kesempurnaan diri sang isteri yang diimpi tetapi akhaq dan peribadi mulia. Terima dengan redha.
Sesungguhnya kita tidak tahu, siapakah jodoh kita yang sebenarnya sehingga saat lafaz itu termeterai. Bukan pasti si dia yang sudah berjanji sehidup semati, bukan semesti si dia tunangan yang dikasihi, bukan semestinya si dia rupawan hartawan ataupun si tampan bergaya, malah tidak semesti juga si dia yang sempurna anggota…kerana jodoh pertemuan itu takdir dan rahsia Illahi. Hanya dicari manakah yang pasti, yang beragama harus mendepani.
Semoga Allah merahmati kalian semua yang berkahwin Disember 2010 ini. Ameen.
26. (lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia. (Annur- 26)
*****************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Anugerah Skrin yang berlangsung pada 24 Disember 2010, dan ditayangkan secara langsung oleh TV3 agak menyedihkan. Agak? Erm…mungkin perlu guna perkataan sangat.
Tak banyak yang perlu dikupas kerana kebanyakannya maklum dengan apa yang dimaksudkan dengan ‘sedih’ di atas. Cuma, apa yang ingin disentuh adalah berkaitan cara pemakaian sebahagian artis-artis yang hadir pada malam tersebut. Penulis tidak berniat mengaibkan sesiapa, namun kemunkaran begitu amatlah tidak selesa untuk dibiarkan begitu sahaja.
Gaya pemakaian artis-artis tanahair nampaknya semakin hari semakin merudum..mungkin ada yang mengatakan ianya mengikuti perkembangan fesyen dunia, namun penulis secara peribadi dan tegas mengatakan bahawa corak pemakaian yang dikenakan kebanyakan artis wanita amatlah merudum nilainya. Saat kerajaan beria-ia mengiklankan agar pengguna membeli barangan buatan Malaysia, saat itu juga nilai dan adat ketimuran Negara telah diabaikan dan diinjak ketepi oleh para artis ini. Apakah maksud barangan buatan Malaysia? Jika tidak bercirikan kebudayaan dan khazanah Negara maka tiada maknanya ia dinobatkan sebagai barang buatan Malaysia, tidak ubah seperti orang yang telah hilang identiti dan mengambil identiti orang lain lalu mengagungkannya sebagai identiti sendiri. Boleh jadi dengan pakaian sebegitu, masyarakat dunia akan tersalah anggap Malaysia adalah salah sebuah Negara Barat suatu hari nanti. Tidak Mustahil! Hilang sudah jati diri sebagai masyarakat timur!
Gaun yang menampakkan bahu (tak da lengan la tu..) memang langsung tidak kena dengan adab dan budaya masyarakat Malaysia. Baik yang Melayu, Cina dan India, ketamadunan timur suatu masa lalu memang tidak mengalakkan semua ini. Ia tidak lebih kepada sesuatu yang mengaibkan bagi masyarakat. Malah semuanya amat mendorong kepada berlakunya lebih banyak masalah sosial. Kenapa? Erm, sesiapa yang tanya soalan ini disarankan agar memandang keadaan masyarakat pada masa kini dengan mata hati, Jika anda pandang dengan biji mata sahaja anda memang tak Nampak! Ketika pihak berwajib berusaha sedaya upaya membendung masalah pembuangan bayi, malah menubuhkan sekolah khas pelajar mengandung, artis Negara kita pula asyik sekali mempromosikan pakaian-pakaian yang sememangnya akan menimbulkan ghairah dan sekaligus mengatakan bahawa pakaian itu sangat cantik dan elegan bahkan high class.
Biar penulis katakan, ianya adalah jenayah sosial yang besar kerana dengan menampilkan pakaian yang sebegitu, mereka sebenarnya telah menggalakkan berlakunya lebih banyak masalah sosial dalam masyarakat. Mereka secara tidak langsung mengatakan bahawa kecantikan perlu ditonjolkan dan dipamerkan kepada umum biarpun ianya ternyata akan mengundang bala bencana semata.
Jika ingin dibahaskan, maka masih panjang lagi untuk diperkatakan, cukuplah setakat ini dahulu. Penulis sengaja membangunkan isu ini dari sudut adat budaya dan khidmat sosial semata. Ini disebabkan ramai masyarakat yang masih tidak sedar berkaitan hal ini. Jika dikatakan dari sudut agama, nescaya ramai yang tahu tapi berpura-pura tidak tahu, malah menganggapnya kuno dan tidak mahu ambil tahu. Cuma, bolehkah anda berfikir sedikit demi generasi yang akan datang? Usahlah menjadi waris yang meninggalkan kehancuran sebagai warisan untuk anak-anak anda, kerana generasi yang tidak mewarisi jati diri yang sebenar daripada ibubapa mereka hanyalah mereka yang bersedia untuk dihancurkan! So, think!
*****************
Annur : 31, menyatakan jalan terbaik untuk mengelakkan permasalahan sosial dari sudut pemakaian.
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
***************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
Maha suci Allah, Tuhan yang menjadikan dan menciptakan alam, Pemilik segala kekuatan dan kemuliaan. Dialah Allah, Tuhan yang mengirimkan nikmat iman dan Islam..nikmat ukhwah dan kasih sayang…
Pagi itu, kami bangun awal. Bersiap awal, kelam kabut dinihari. Jam 6.30 pagi kami sudah rushing ke sana sini. Kami tahu ada yang sudah mula memunggah kelengkapan dan peralatan seawal subuh lagi. Entah, sukar dihurai keadaan pagi itu. Pagi permulaan? Tidak, permulaannya sudah sebulan lebih, mungkin hari penentuan? Tidak! Hari ini bukan untuk dihuraikan, Cuma hari itu kami bertolak pergi, baik dengan hati yang tenang, gelisah, resah, perit, tabah, luka atau kecewa…kami pergi dengan pasti. Tujuan jelas di hati.
Lebih kurang, malam itu kami lalui dengan penuh perasaan. Tepuk-tepuk gamat yang menggembirakan, tidak kurang pula yang tidak berperisa. Tapi senyumannya manis..betul..manislah! Kita tidak akan dapat melihat kemanisan itu jika hanya kekurangan yang kita cari. Jika terjumpa, amatilah dan berfikirlah…lalu kita perbaiki bersama. Jadi senyumlah! Ada kemanisan disebalik kekurangan.
Petang itu kami (ditetapkan seramai 10 orang sahaja) disambut oleh ustaz dan santri di sana. Di susun kamarnya. Air tidak ada sekarang kata ustazah Ramadhani. Ia. Ini disebabkan elektriknya tiada, jadi generator yang berfungsi menjana air juga tidak bekerja. Ha,,,tarbiyyah, ada senyuman meleret dalam hati. “Lagi susah lagi baik”, kata-kata Dr Farah mengiringi setiap langkah. Ustazah ni, macam dah tahu ya!
Malam itu, sesi suai kenal diadakan. Lebih kurang hampir 500 orang santri disini. Khabarnya santriwati sahaja sudah mencecah 300 orang. Kami kaget juga. Lain beritanya lain keadaannya. ‘Ala kulli hal..Alhamdulillah. Time to learn! Selepas itu, sesi perbincangan dengan para ustaz/ahnya untuk aktiviti yang bakal diadakan. Pack juga ya! Kami senyum. Dalam hati, Ya Allah..ini benar-benar tarbiyyah untuk kami.
Subuh menjelang saat dinihari,
Jam 5 beduk berbunyi memanggil hari,
Santriwan dan santriwati khusyuk berdiri,
Suara imam syahdu membelai nafsi..
Banyak percaturan dirombak, aktiviti asal disemak. Kami tenang disana walaupun hakikatnya bimbang juga jika aktiviti yang kami lakukan tidak mencukupi untuk semua. Layanan untuk tetamu memang istimewa. Cuma elektriknya yang selalu tidak ada. Bergelap akhirnya jadi biasa. Khusyuk benar santriwatinya mendengar bicara kami. Enak berbual bersama mereka bagai ukhwah ini telah lama subur dibajai. Tak terlafaz kata bagaimana mengungkap perasaan tentang ukhwah dan ibrah disana, setiap detik dan masa yang dilalui. Kekaguman, takjub dan kepercayaan yang tinggi tanpa secalitpun keraguan antara satu sama lain.
10. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Hebat sekali kuasa ukhwah. Banyak yang kami pelajari disana, selain mengajari sedikit sahaja yang kami ada. Tragedi tsunami menggamit jiwa, ada yang sudi bercerita, ada yang tersekat rasa di kerongkong jiwa. Ibrahnya, setiap mukmin itu bersaudara. Dan setiap musibah itu pasti ada hikmahnya.
Ustaz Arifin mengetuai JJS (jalan-jalan sore) petang itu, kami menyusur kesan tsunami. Perkuburan Massal, Kapal Apung, Masjid baiturrahim, pantai dan kawasan sekitar yang berkaitan dengan tragedi. Tak mudah untuk kami mempercayai kenyataan itu, tapi takdir Allah itu nyata sekali, bukan mudah untuk akal normal membayangkan keagunganNYA. Lalu dihantarkan secara jelas melalui sesuatu yang terjadi. SUBHANALLLAH… Malamnya, kami jalan-jalan lagi, angkatan ukhwah dari Madrasah Babun Najah ini meneruskan ekspedisi, merasai kopi Acheh tidak dilepaskan. Sampai bertemu sahabat dari pesantren darul Zahidin yang seramai 5 orang kerana telah berangkat pulang yang lima lagi. Tak terlepas, usik mengusik rindu walau baru berjauhan beberapa hari.
Bumi Acheh dijejaki sudah,
Iklim berbeza juga sedikit berubah,
Tidaklah kurang yang sakit dan lemah,
Membekas dijiwa akan nilai tarbiyyah,,,
Beberapa orang dari kami di Madrasah Babun Najah jatuh sakit. Agaknya cuaca, dan lebih lagi kepenatan yang agak tinggi semenjak sebelum tiba di sana lagi. Ramai yang berubah menjadi rock suaranya, yang demam sehingga kepanasan mencecah suhu seterika ( ^_^ ), dan macam-macam lagi. Tapi sejujurnya, jika ada ruang untuk pergi lagi..pasti tiada yang menggeleng melainkan tersenyum dan mengangguk belaka.
Setiap yang hidup, pasangannya ada,
Begitu juga pertemuan antara kita,
Perpisahan itu syaratnya selama,
Hanya doa melengkap cinta kita semua…
Dan, saat lambaian salam mengelilingi masa. Ada insan yang memandang luka. Nilai ukhwah bukan untuk diperkata, bukan diungkap bukan dicerita. Namun kasih demi Allah kita bersua. Kami pergi, pergilah jua, yang tinggal teruskan usaha…
Surat Cinta dari Ema seolah membuat penulis benar-benar terjaga, indah ukhwah kerana Allah itu tidak semesti bertemu lama, namun indah jika dibajai hanya keranaNya.. dan sungguh ada airmata yang menitik laju, turun bersama gerakan bas yang membawa kami pergi…
“These were ever quick in emulation and good works; they
Used to call on Us in love and reverence,
And humble themselves before Us”
(Al-Anbiyaa : 90)
Moga ia sehangat Air mata itu...
"Api neraka diharamkan ke atas dua jenis mata. Pertama, mata yang menangis kerana takut kepada Allah. Kedua, mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umat Islam daripada serangan orang2 kafir".
(Mafhum Hadis)
Takirah
Rasulullah SAW bersabda: " 7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada hari Qiyamat"
Mereka adalah:
Pemerintah yang adil
Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.
Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"
Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
[Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]
Air Mata
Lapisan air mata sendiri terdiri dari tiga lapisan iaitu : Lapisan minyak, Lapisan air dan Lapisan Lendir. Lapisan minyak merupakan lapisan paling luar yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar kecil pada pinggir kelopak mata yang bernama kelenjar Meibom. Fungsi dari lapisan minyak ini adalah untuk melicinkan permukaan mata dan mengurangi penguapan air mata.
Airmata melindungi mata dari kuman dan mengandung Lyzosime yang dapat membunuh berbagai-bagi mikrob. Lyzosime ini sendiri adalah zat desinfektan yang lebih keras dari zat-zat kimia yang digunakan untuk mendesinfeksi seluruh tubuh. Subhanallah, marilah kita berhenti sejenak untuk berfikir. Bagaimana mungkin, mata yang merupakan organ yang sangat halus, dapat "tahan" dengan kandungan zat kimia sekeras Lyzosime tersebut tanpa menimbulkan iritasi dan sebagainya. Jawabannya sudah sangat jelas, bahawa ini adalah salah satu bukti penciptaan Allah SWT.
1- "Pencuri yang paling jahat ialah orang yang mencuri sembahyangnya, yakni tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Dan manusia yang paling bakhil ialah orang yang bakhil memberi salam" (Riwayat Tabrani)
2- " Satu dirham riba yang dimakan seseorang, sedang ia tahu, lebih buruk di sisi Allah daripada tiga puluh enam kali berzina" (Riwayat Ahmad & Tabrani)
3 - "Langit manakah yang akan melindungiku dan bumi mana menerimaku jika aku mengatakan apa yang tidak aku ketahui" (Abu Bakar as-Siddiq)
4- " Permudahkanlah dan jangan persusahkan, gembirakanlah dan jangan menghalau" (Riwayat Bukhari&Muslim drpd Anas)
5-"Engkau tidak bercakap dengan suatu kaum dengan percakapan yang tidak tdapat (Sampai) akal mereka kepadanya, melainkan hal itu menjadi fitnah ke atas sebahagian mereka" (Ibnu Mas'ud)
6 - "Amal perbuatan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan meskipun sedikit" (Riwayat Bukhari&Muslim drpd 'Aisyah r.a.)
7- "Keutamaan ilmu lebih aku sukai daripada kemuliaan ibadat; dan sebaik-baik agama kamu ialah warak (menjauhkan diri daripada segala dosa)" (Riwayat Bazzar&Tabrani)
8- "Diampunkan segala dosa orang yang mati syahid melainkan hutang" (Riwayat Muslim drpd Abdullah bin Umar)
Madah Syauqi (Pujangga Islam)
" Degup jantung seseorang berbisik kepadanya:
Sesungguhnya hidup hanyalah himpunan detik dan saat! Jadikanlah dirimu disebut-sebut sesudah matimu, kerana sebutan itu merupakan umur kedua"
mutiara
Destinasi Cinta
Saya menakrifkan perasaan sayang sebagai keinginan untuk melindungi. Sebagai contoh, jika kita sayang kepada sesuatu kita akan melindunginya daripada rosak dan calar, begitu juga terhadap manusia, kita kan cuba melindunginya daripada luka dan...derita.. dan sayang kepada agama, kita melindunginya dari jatuh dan terhina.
Saya juga mentakrifkan melindungi sebagai amar makruf nahi munkar, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Sebagai contoh menyuruh 'permata' kita melindungi kilauannya dengan menghijab diri dan melindungi dari kesilapan yang berterusan secara menegurnya. Bukan melindungi tanpa menegur kesalahan yang telah dilakukan.
Sayang pada sahabat mslimin, jauhi mereka kecuali dalam hal y perlu. bercakap dengan mereka tapi tegaskan suara, kawal senyuman...bukan sombong tapi tanda sayang itu melindungi mereka dari menambah dosa kerana kita.
sayang pada sahabat mslimat, tegur mereka atas apa yang tidak sepatutnya mereka lakukan..semoga Allah beri kekuatan yang sebegini..insyaALLAH.
Diari cintaku~~
"Ya ALLAH, jauhkanlah aku dari merindui dan mengasihi insan yang bukan haq (benar) untukku. Palingkan hatiku dari tersentuh dan menyentuh hati insan yang bukan ditakdirkan untukku.
Tentukanlah "dia" itu dari kalangan hamba yang mencintaiMu lebih dari segalanya.
Teguhkan cintaku padaMu agar aku hanya melihat "dia" yang telah Engkau takdirkan untukku sahaja dalam diari cintaku"
~Ameen ya Allah~~
*************************************************
"Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti"