Tuesday, December 28, 2010

Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics



Tahniah!

Disember 2010, banyak undangan walimah yang diterima, malah kebanyakannya adalah di kalangan sahabat terdekat. Beberapa undangan datang, namun hampir keseluruhannya tidak dapat dipenuhi kerana kekangan masa dan sedikit gangguan kesihatan. Di kampung sendiri juga undangan walimah beratur panjang menempah perhatian dan kunjungan, namun hampir kesemua juga gagal ditunaikan. Hanya doa menjadi kiriman persandingan teman-teman yang memijak hari ‘raja sehari’. Indah dan ceria terpancar dari wajah-wajah yang ditelek menerusi laman FB. Sedih juga bertamu kerana tidak mampu berdiri disebelah mereka meraikan hari yang bersejarah, namun takdirNYa mengatasi segala..


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


http://www.google.com/images/cleardot.gifShow romanization

' Tuhan memberkati bagi anda dan memberkati kalian berdua dan menghimpun dalam kebaikan'


Ucapan ini ditujukan khas kepada:

Kak Farhatul Hakimah dan suami (Sahabat SPI)

Kak Wan Nafisah dan suami (sahabat SPI)

Kak Athirah Hasinah dan Akh Nizam (Senior SPI)

Kak sharifah Aziah dan Akh Mohd Fadhli (Senior MPIK)

Kak Samsinar dan suami (Senior UTM)


Yang telah melansungkan walimah masing-masing dalam bulan disember ini. Semoga Allah memberkati kalian semua. Semuanya sama segak sama padan! Sama kedudukan. Sekufu. Alhamdulillah.

Mengharap yang terbaik –realiti-


pengantin perempuan tu cacat, kudung tangan dan kaki pon capik, tapi pengantin laki terima juga tak pa la”, beritahu si A.


Oo..yang kerja pensyarah tu kan? Dia pon ngaji sekolah agama jugak kan..” Si B menyoal balas.


ha, yang tu la..pengantin laki tu tak dak kerja sangat, tapi orang ngaji agama la, budak hak ngaji sekolah agama kat hujung jalan tu..satu sekolah la depa, tapi yang laki tu lapih bawah , depa tak dan kenai pon kot kat sekolah tu..” Si A menjawab perlahan.


Tua dah kan yang nak jadi pengantin perempuan tu? Alhamdulillah ada jugak orang nak kat dia..dia cacat nak buat macam mana…” Si B menyoal dalam keluhan.


erm..tua dah, tak kawen kawen pon, ni pon sebab yang laki tu ngaji agama, tu yang dia terima tu. Dia dah pensyarah dah, tak kisah la laki kerja sikit-sikit pon tak pa, janji ada agama, boleh jadi imam dan bawak ke jalan Allah. Hak laki tu muda aih, berapa tahun tak tau muda..” Si A menjawab sambil mengiyakan kata-kata si B.


Subhanallah!


Penulis hanya mendengar perbualan orang-orang tua yang tengah bersembang berkaitan satu lagi walimah yang akan dilangsungkan. Sedetik dalam hati ramai yang mengaminkan mereka supaya bahagia meskipun begitu sekali mereka (pasangan pengantin) berbeza. Ternyata masing-masing memilih untuk menerima antara satu sama lain kerana agama. Hanya kerana itu sahaja.


Kakak itu(pengantin perempuan) adalah seorang yang menjaga agamanya, maruah dan akhlaqnya. Meskipun cacat,beliau mampu menjulang cita-citanya dan memiliki karier yang baik. Bakal suaminya adalah pilihan orang lain untuknya kerana dia hanya mensyaratkan agama, bukan wang ringgit atau pangkat bahkan harta.


Abang itu(pengantin lelaki), mungkin sebaya sahaja dengan penulis atau tua setahun dua, malah mungkin lebih muda(wallahu’alam) tetapi baginya juga hanya agama, bukan kecantikan pada kesempurnaan diri sang isteri yang diimpi tetapi akhaq dan peribadi mulia. Terima dengan redha.


Sesungguhnya kita tidak tahu, siapakah jodoh kita yang sebenarnya sehingga saat lafaz itu termeterai. Bukan pasti si dia yang sudah berjanji sehidup semati, bukan semesti si dia tunangan yang dikasihi, bukan semestinya si dia rupawan hartawan ataupun si tampan bergaya, malah tidak semesti juga si dia yang sempurna anggota…kerana jodoh pertemuan itu takdir dan rahsia Illahi. Hanya dicari manakah yang pasti, yang beragama harus mendepani.


Semoga Allah merahmati kalian semua yang berkahwin Disember 2010 ini. Ameen.


******************


الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُولَئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (٢٦)


26. (lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia. (Annur- 26)


*****************


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

2 sahabat/iah:

FarHa said...

mekasih huda ^__^

jiran H20 said...

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.


Ameen ya rabb.

*speechless*

hihi