Sunday, August 12, 2012

Eid-Fitri


Ramadhan kian beransur pergi, dengan cerita rahmat dan kasih sayang Illahi yang membukit tinggi. Namun, tak ramai yang mampu menggapai sesuatu. Kisah-kisah yang tersimpan di sepanjang Ramadhan, akan terlipat kemas dalam ingatan. Mudahan ia jadi bekalan kekuatan untuk kehidupan setahun akan datang, itupun jika sempat menjadi tetamu Ramadhan lagi pada lain kali.

Lebaran yang bakal disambut, adakah kemenangan turut serta? atau hanya melepasi fasa dengan cara yang sama. Muhasabahlah akan diri sendiri..


SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Moga Allah temukan kita lagi dalam rahmat dan kasih sayangNya.

p/s : Beraya di Sarawak tahun ini.

*******************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

2 sahabat/iah:

nhamizahashim said...

Kak, maaf ats hinanya diri ini, spnjg 3 tahun lalu brknalan hgga kini. Byk kekurgn, silap & sbgainya. Maaf ya kak

Sabrina said...

Selamat Hari Raya kak
Mohon maaf di atas segala kesilapan..
InsyaAllah, teruskan semangat kita di akhir-akhir ramadhan ini...;)