Aku ingin menulis. Namun mindaku buntu. Letih barangkali ditekan begitu. Sampai sedarku hilang, tak ketahuan dimana. Airmata pula, masih degil untuk mengalir. Jika ada aliran mutiara mata ini, mungkin keletihanku akan berkurang sedikit. Mungkin mindaku akan jernih semula. Dan hati, akan lebih bersemangat untuk menjalankan kerja-kerja yang masih tertangguh.
Aku sedar. Aku tidak secergas dulu. Pandangan aku mulai kabur dengan cepatnya. Badan sudah mula sakit-sakit. Perut mulai meragam, tetapi tidaklah seteruk dulu. Emosi yang kurang stabil dan jiwa yang semakin dikosongkan. Adakala pandanganku berpinar. Ah,mengganggarkan jarak kenderaan sahaja sudah jadi suatu masalah untukku. Pemanduanku semakin tidak fokus dan suka melintas jalan-jalan yang ada tanpa kupedulikan rintangan yang mungkin melanda. Pelik! Aku tidak lagi seteliti dulu. Kemalasan aku semakin meningkat ekoran semua perkara ini. Benarlah! Semakin letih tubuh kita, semakin malas kita bergerak. Itu aku! Kamu? Manalah aku tahu.
Aku duduk termenung dihadapan laptop sehari-harian. Ada masa menaip, ada masa aku hanya merenung. Ah, keupayaanku hanya setakat ini, bagaimana mahu ditekan-tekan dan dihambat-hambat lagi? Aduh, ayat orang yang pasrahkah ini? Aku letih! Tapi aku masih enggan menjadi orang yang gagal!
“Tekanan darah Ok, tapi macam rendah sikit” Ulas seorang doktor yang mengambil bacaan tekanan darahku. Aku angguk-angguk. Rendah sikit maksudnya memang tekanan darah rendahlah yang menyebabkan aku pengsan dua hari lalu. Em, aku memang suka pergi klinik lewat-lewat. Itupon selalunya sehari atau dua hari selepas kejadian-kejadian “mengejut” menimpa aku. Hah, ubat dah berkati-kati dalam bilik. Dulu aku makan, sekarang aku biarkan. Malas nak telan!
Banyak juga masalah kesihatan yang aku hadapi, makin bertambah dari sehari ke sehari. Ramai yang asyik nasihat suruh pergi jumpa doktor. Itu la, ini la. Aku iakan saja. Perginya tidak. Kecuali ada hal-hal yang aku sendiri rasa nak pergi, baru aku pergi. Sesekali terasa jugak dipukul firman ALLAH dalam 2: 195 yang bermaksud :
وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
“.................Dan keluarkanlah (infaqkanlah) di jalan Allah dan janganlah kamu memusnahkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri, dan berbuat baiklah..........”
Sebab kadang-kadang aku terasa makan ubat pula yang menyakitkan aku. Jadi aku tak makan, habis cerita!
Tok! Tok! Tok!,
“Assalamualaikuuuuummm…”Ada orang beri salam di depan rumah aku kah? Ah, malasnya nak bangun,biarkanlah.
“Akak, oooo akak!!” Sayup-sayup suara itu bagai pernah aku dengar sebelum ini. Ya! Arfah, ada apa pula budak ini datang menggangguku. Malas,tapi aku bangun juga membuka pintu sambil menjawab salamnya lambat-lambat.
“Waalaikumussalam…”
To be continued….
p/s: UKI (usai kabus itu)
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”
2 sahabat/iah:
Let me guess..
Hntr juadah berbuka lah tu..
:D
Kak, bazar jom. Haha!
Hahah,,,
Bazar is updating the charge...
macam tak nak pergi dah ^_^
Post a Comment