Wednesday, August 24, 2011

Salam Lebaran~~



Salam Lebaran buat semua sahabat dan kenalan. Moga amalan sepanjang Ramadhan diberkati Allah selamanya. Ameen


*********************


Ya ALLAH sesungguhnya aku memohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku,

dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku,

melainkan apa yang telah Engkau catatkan untukku,

dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku,

Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat,

Matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh.


Tuesday, August 23, 2011

Jangan menawan hati jika tidak mahu mentadbir~~~


Tolong jangan datang

Sekadar untukmenyakitkan,

Walau tanpa sedarmu.

Hingga aku sesak

Lantas kerap aku lari

Agar kau tidak kelihatan lagi..


Bunyian unggas malam mengamit pendengaranku untuk menjadi lebih peka. Cenggerik yang berbunyi, desir-desir angin yang menyapa, menjadikan hutan di malam hari tidaklah sesunyi mana. Namun iramanya tenang sekali berbanding keriuhan malam di desa. Kakiku semakin lemah, terasa menggigil dan kesejukan yang teramat. Penat sudah mulai menguasai hingga akhirnya sudah tidak lagi sedar dimana ku berdiri.


Siang harinya, wajah datuk menyapa pandangan pertamaku. Ya, agaknya semalam datuklah yang membawaku pulang. Berjalan di hutan rimba seperti itu adalah kemahiran datukku. Abah pernah bercerita bahawa datuk sangat mahir dengan selok belok hutan belantara di pergunungan ini. Nenek pula tak sudah-sudah mengetawakanku. Katanya sikit sahaja berjalan sudah penat, gelap sahaja sudah takut. Bagaimana mahu menempuh hidup tanpa kemewahan dan tanpa kesenangan suatu hari nanti?


Bisanya biar ketemu harimau dahulu, baru pengsan, ini ngak..laju aja jatuhnya sedar-sedar sudah ke tanah..” ujar nenek sambil tersenyum kepadaku. Aku hanya membalas senyum. Malu juga bila pengsan begitu, Nampak benar lemahnya.


Jatuh itu biasa. Kadang-kadang kita capet bangat, tapi jangan ajarin diri untuk lari, jangan biasain jatuh..nanti jadi habit..” Giliran datuk menyapaiku. Aku angguk-angguk.


Seperti itu juga jangan lari dari masalah, tiada yang susah, ttiada yang mudah..hadapinya baru bisa selesai” Datuk menambah tuturnya. Mukaku kelat. Ya, benar kata datuk itu. Aku rasa datuk dan nenek tahu kenapa aku tiba-tiba sahaja ingin bercuti di kampungg bersama mereka. Masalah! Pandai benar nenek dan datuk membaca hatiku. Mungkin mereka cuma tidak tahu masalah apa yang aku hadapi..


Jangan menawan hati jika tidak mahu mentadbirnya, sebab itu pergaulan harus dijagain, di teliti, terutamanya dengan anak laki-laki,” Aku tergamam, nenek membaca hatiku bagai buku.


Malam itu, nenek dan datuk bercerita lagi, pasal kehidupan, pasal dongengan, pasal ketaatan dan pasal pegangan. Kata mereka, Allah jadikan kita dengan hati, yang merupakan suatu kekuatan bagi kita. Namun kadang-kadang hati juga jadi kelemahan. Apatah lagi jika gagal mentadbirnya. Cuma anehnya, kadang-kadang kita mampu menawan hati orang lain, tetapi kita juga tidak mahu mentadbirnya. Maka timbullah masalah seperti apa yang sedang aku hadapi ini.

Jagain akhlaqnya, pergaulannya..” itu pesan terakhir nenek ketika menghantarku di perhentian teksi. Aku mahu pulang hari ini. Mahu menghadapi masalah supaya mampu untuk ku selesaikan.


Perasaanku pada seorang teman membuatku buntu. Hatiku sudah ditawannya, tetapi dia tidak mahu mentadbirnya. Sedang, aku sendiri sudah menawan hati orang lain tanpa sengaja. Dan bila dimaklumkan, aku melarikan diri juga kerana tidak mahu mentadbirnya. Salah aku atau siapa dalam hal seperti ini?


"Barisan yang paling baik bagi lelaki ialah yang paling hadapan sekali dan barisan yang paling tidak baik ialah yang di penghabisan (paling dekat dengan barisan wanita) dan barisan yang paling baik bagi wanita ialah yang paling belakang dan yang sebaliknya ialah yang hadapan (yang hampir belakang lelaki)."

(Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasa'I, Ahmad)


Aku sebak. Mungkin pergaulanku selama ini yang telah menjeratku ke lembah ini. Aku yang sering tersenyum riang di depan mereka. Aku yang melayan mereka dengan sebaiknya, hingga mudah sekali perasaan itu tumbuh di dalam hati. Sama seperti dia yang melayanku begitu, aku menganggap dia juga selesa denganku. Tidak terduga tiba-tiba temanku pula menjadi pilihannya, dan dia pula menyampaikan hasrat teman yang lain kepadaku. Aku sakit. Hingga aku lari jauh ke pergunungan itu, bertemu datuk dan nenek, mencari ketenangan di rimba yang menghijau.

“Tidak salah lelaki dan perempuan saling bantu membantu, Allah sendiri mengatakan bahawa lelaki yang beriman dan perempuan beriman itu adalah pembantu antara satu sama lain. Namun, batasannya tetap perlu dijaga. Hati mudah tertawan dengan kebaikan, mudah terluka juga kerana mentadbirnya kadang-kala perlu lebih daripada seluruh tenaga yang ada..” Usrah petang itu mengetukku berkali-kali. Aku lemah terus! Tapi aku tetap ingin bangun!



Jika tersenyum,

Biarlah pada tempat dan waktunya

Kerana aku enggan lari lagi

Bila hati tertawan tanpa tadbiran

Juga enggan menyakiti hati yang kutawan tanpa sedar

Namun tak mampu pula kumentadbirnya

Andai sayang simpanlah

Jangan pamerkan pada yang tiada kelayakan

Cukup-cukuplah dosaku menadahkan keriangan pada kesilapan

Moga-moga Allah ampunkan,

Jadi pedoman pada masa depan

Dan ditemukan dengan insan pilihan…

Yang menawan hati dengan tadbirannya jua..




P/s : Dalam ibadah juga kita di ajar agar menjaga pergaulan sebaiknya, apatah lagi dalam kehidupan harian.

***************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”


Friday, August 19, 2011

Koleksi al-Hadith~~(teguran buat diriku dan kamu)




"Pencuri yang paling jahat ialah orang yang mencuri sembahyangnya, yakni tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Dan manusia yang paling bakhil ialah orang yang bakhil memberi salam"
(Riwayat Tabrani)


----Tunaikanlah solat mengikut rukun, syarat dan toma'ninahnya dengan sempurna, dan ucapkanlah salam buat saudara-saudaramu di luar sana -----





" Satu dirham riba yang dimakan seseorang, sedang ia tahu, lebih buruk di sisi Allah daripada tiga puluh enam kali berzina"
(Riwayat Ahmad & Tabrani)

----Fitnah Riba semakin berleluasa, semoga Allah berikan kekuatan menghindarinya---
(to somebody : Now, i know why girls is better to end their study than taking PTPTN)



p/s : Mari bertaubat atas kelalaian selama ini...T_T

***************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”


Tuesday, August 16, 2011

Iftar~~

teet...

Penulis men"forward" mesej iftar yang diterima daripada seorang sahabat kepada 3 orang sahabat yang lain. Tetapi dalam hati sudah terdetik perancangan yang berbeza.

Akhirnya, perancangan itu diutarakan pula sahabat yang lain, jadi ia direalitikan bersama-sama.

Kami merempit lagi, untuk kali terakhir barangkali. Menuju Bazaar di kaw SMK Taman U. Kali ini kali ke-3 penulis mengunjungi bazaar Ramadhan, bazaar yang ketiga juga. Membeli dan bertemu apa yang patut. Selesai, kami pon balik.

Hari ini, salah seorang teman "seteratak" kami akan pulang. Jadi, kebiasaan beriftar bersama di MSI setiap hari diubah sedikit. Kami beriftar di "teratak" sahaja. Inilah kali pertama kami Iftar Ramadhan di "teratak", sebelum ini tidak pernah. Si Pemilik kasut putih akan pulang kerana telah berjaya menyelesaikan tugasnya. Maka, tinggallah si pemilik kasut pink, putih dan coklat cair sahaja kini.



Si Pemilik Kasut Putih sudah melangkah ke jalan bertentangan...T_T






Awal-awal lagi SPKP (si Pemilik Kasut Putih) sudah berkemas. Itulah antara bagasi yang ikut serta untuk pulang.






NaSi kerabu...simpan separuh untuk sahur





Banyak juga hidangan iftar yang dikumpulkan. Bukan apa, boleh kata selama ini kami hanya menerima hidangan di masjid sahaja. Tidak menambah apa-apa. Jadi, apabila sudah berkesempatan, inilah jadinya.

buat SPKP yang balik,
kenangan suka duka kita melalui detik cemas dan ceria disini pasti kekal dalam ingatan. Tak kira jauh atau dekat jarak kita, InsyaALLAH jika ikhlas kerana ALLAH, maka akan terpahat selamanya. Selamat Jalan, Moga kita akan berjumpa lagi.


Salam Ramadhan, semoga bertemu lagi.


Kita boleh mencari duit dengan bekerja
kerana Allah menjanjikan rezeki pada usaha,
kita boleh sampai ke tempat jauh tanpa kenderaan
kerana Allah berikan kaki untuk berjalan
namun kita hanya boleh mencipta persahabatan
pabila ALLAH memperkenankan
dan memperlunakkan hati kita
untuk saling redha dan saling terima
pada kelebihan dan kelemahan setiap insan...


***************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”


Saturday, August 13, 2011

Call for Action.





In last two years whole the Horn African countries especially Somalia didn't get Rain or the enough rain for the people, that cause to get a very bad drought that the country didn't face last 60 years and also cause a thousands of children died daily some numbers say more than 29000 child. Now days the people are migrating to the neighbors country like Kenya which is also poor, but on their way if one member of the family died they will leave him because they can't do any thing..


As a one of the Somali Student who study in UTM Johor , i want all my friends to help me to help my people there, can you imagine just 50$ USD ==150Rm, can help a family for ten days, As a Muslim these days when we fast we feel hungry and tired , but how those people feel all this time they can't find what they eat or where to go because also the security situation and no stable government since 1991.. I hope you can spread these awareness and help our Brothers there ..Saeed Bin Mohamed 013-7859579 or 0173603549



:: ::::


Di bulan Ramadhan yang mulia ini,penulis mengalu-alukan kepada semua pengunjung blog untuk membantu saudara seIslam kita di Somalia yang sedang menghadapi kemarau dan berhadapan dengan kematian. Marilah kita saling bantu membantu dan menjalankan tugas kita sebagai seorang saudara muslim.


Untuk pengetahuan, Saeed bin Mohamed merupakan salah seorang sahabat penulis ketika pengajian di UTM. Beliau merupakan seorang hafiz al-Quran dan merupakan presiden international student di UTM. Salah seorang wakil MPM yang mengambil cakna berkenaan isu masyarakat muslim.


Oleh itu, penulis berpendapat tiada sebarang keraguan yang perlu dibimbangi atas keihlasan beliau. Jika anda masih ragu-ragu, boleh berhubung terus dengannya di talian yang telah tertera.



~~~~Terimakasih atas segala usaha anda~~~


p/s : anda juga boleh menghubungi saya di alamat emel berikut : tasnimnasuha@gmail.com



***************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”


Friday, August 12, 2011

UKI .1

Aku ingin menulis. Namun mindaku buntu. Letih barangkali ditekan begitu. Sampai sedarku hilang, tak ketahuan dimana. Airmata pula, masih degil untuk mengalir. Jika ada aliran mutiara mata ini, mungkin keletihanku akan berkurang sedikit. Mungkin mindaku akan jernih semula. Dan hati, akan lebih bersemangat untuk menjalankan kerja-kerja yang masih tertangguh.


Aku sedar. Aku tidak secergas dulu. Pandangan aku mulai kabur dengan cepatnya. Badan sudah mula sakit-sakit. Perut mulai meragam, tetapi tidaklah seteruk dulu. Emosi yang kurang stabil dan jiwa yang semakin dikosongkan. Adakala pandanganku berpinar. Ah,mengganggarkan jarak kenderaan sahaja sudah jadi suatu masalah untukku. Pemanduanku semakin tidak fokus dan suka melintas jalan-jalan yang ada tanpa kupedulikan rintangan yang mungkin melanda. Pelik! Aku tidak lagi seteliti dulu. Kemalasan aku semakin meningkat ekoran semua perkara ini. Benarlah! Semakin letih tubuh kita, semakin malas kita bergerak. Itu aku! Kamu? Manalah aku tahu.


Aku duduk termenung dihadapan laptop sehari-harian. Ada masa menaip, ada masa aku hanya merenung. Ah, keupayaanku hanya setakat ini, bagaimana mahu ditekan-tekan dan dihambat-hambat lagi? Aduh, ayat orang yang pasrahkah ini? Aku letih! Tapi aku masih enggan menjadi orang yang gagal!

Tekanan darah Ok, tapi macam rendah sikit” Ulas seorang doktor yang mengambil bacaan tekanan darahku. Aku angguk-angguk. Rendah sikit maksudnya memang tekanan darah rendahlah yang menyebabkan aku pengsan dua hari lalu. Em, aku memang suka pergi klinik lewat-lewat. Itupon selalunya sehari atau dua hari selepas kejadian-kejadian “mengejut” menimpa aku. Hah, ubat dah berkati-kati dalam bilik. Dulu aku makan, sekarang aku biarkan. Malas nak telan!


Banyak juga masalah kesihatan yang aku hadapi, makin bertambah dari sehari ke sehari. Ramai yang asyik nasihat suruh pergi jumpa doktor. Itu la, ini la. Aku iakan saja. Perginya tidak. Kecuali ada hal-hal yang aku sendiri rasa nak pergi, baru aku pergi. Sesekali terasa jugak dipukul firman ALLAH dalam 2: 195 yang bermaksud :


وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“.................Dan keluarkanlah (infaqkanlah) di jalan Allah dan janganlah kamu memusnahkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri, dan berbuat baiklah..........”

Sebab kadang-kadang aku terasa makan ubat pula yang menyakitkan aku. Jadi aku tak makan, habis cerita!

Tok! Tok! Tok!,

“Assalamualaikuuuuummm…”Ada orang beri salam di depan rumah aku kah? Ah, malasnya nak bangun,biarkanlah.

“Akak, oooo akak!!” Sayup-sayup suara itu bagai pernah aku dengar sebelum ini. Ya! Arfah, ada apa pula budak ini datang menggangguku. Malas,tapi aku bangun juga membuka pintu sambil menjawab salamnya lambat-lambat.

“Waalaikumussalam…”

To be continued….

p/s: UKI (usai kabus itu)

***************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Sunday, August 7, 2011

Mandirinya...

Keberlangsungan kemandirian sesuatu bangsa untuk mempertahankan negaranya terletak pada bahu pemerintah yang mentadbir. Apa yang ditekankan pemerintah amat penting dalam menentukan corak dan identiti serta kemandirian bangsa dan negara tersebut.


Pemerintah yang bijak pasti tahu apa yang perlu dilakukannya.
Pemerintah yang cerdik pasti dapat mengatur semua perancangan dengan teliti dan cermat.
Pemerintah yang pandai pasti dapat menguruskan kewangan dan hutang negara dengan baik.

Namun, semua ini tidak cukup lagi, jika ia tidak terangkum dalam pemerintah yang seperti berikut:


Pemerintah yang penyayang tidak akan mewariskan negara yang korup kepada generasi seterusnya.
Pemerintah yang cakna tidak akan melakukan sesuatu yang akan merugikan bangsa dan negaranya.
Dia tidak akan menyekat pertumbuhan kemajuan rakyat
Dia tidak memandang kemajuan semata-mata tetapi menjadikan akhlaq dan moral sebagai tunjang utama dalam pembentukan sebuah negara maju.


dan, pemerintah yang beragama pasti menjaga amanahnya,
dia tidak mengaut keuntungan untuk dirinya
tapi apa yang dilakukan adalah untuk keuntungan rakyatnya
yang menjaminkan kebahagiaan dia dan mereka di Akhirat sana.


Jika, pemerintah tidak cakna, malah alpa. Maka bahayalah sebuah bangsa dan sebuah negara. Hilang haluan, bahkan mungkin generasi masa depan akan mewarisi kepapaan dan sejuta kepincangan.


Jika pemerintah sudah begini, rakyatlah yang perlu cakna, perlu bangun mengingatkan semula, kerana yang bakal mewarisi bangsa dan negara ini..adalah generasi kita, anak-anak kita. Bersamalah membantu mengubah cara, agar kembali mengikut pada Yang Maha Sempurna.


Membela bukan untuk diri semata, malah untuk yang tercinta.

p/s: Tetibe jer keluar post ni..hurm, ilham Ramadhan? Cetusan persekitaran barangkali. ^^,



***************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Saturday, August 6, 2011

Di & Me

Antara dirempuh dan merempuh
ada dua perkara yang berbeza
halnya bersedia atau tidak
merempuh mungkin kita yang merancang
namun, dirempuh kadang-kadang mengejutkan,,

Bukan semua mampu bersedia
tak pula semua yang beringat-ingat sebelum kena
cuma ada juga yang dilahir terus bergelut
tiada rancangan tiada persediaan
belum sempat melafazkan salam
sedar-sedar sudah dirempuh taufan..