Tak terucap kata,
terdiam sepi semua,
hanya desiran angin yang berirama,
menyampaikan hasrat yang terdiam luka,
wajah yang tersenyum tak bermaya,
sahabat,
Tawa manismu sering kudamba,
tenang jiwamu ku tercari semula,
betapa Allah menimpakan ujian buat kita,
dalam keributan tiba-tiba tercuit rasa,
terbeban hingga jatuh tersudut tidak berdaya..
Sahabat,
jiwa ini bukan sebenarnya milik kita,
Dia yang Maha Kuasa atas segala,
tercarik minda lantas mencantas rasa,
jika tidak segera kembali kepadaNYA..
Sujudlah dalam kesunyian redha,
tafakur di dalam kebingitan jiwa,
biarkan menitis derai airmata,
jatuh membasahi tempat sujud yang setia,
dan yakinlah bahawa DIA
Maha Adil kepada hambaNYA
Tiada zalim sebagai pencipta,
tidak diuji apa yang tak tercapai upaya,
insyaALLAH ini adalah hadiah dariNYA..
bersyukurlah atas segalanya..
26 Oktober 2010
9:15 pagi
KTF, UTMJB
p/s : kamu adalah kami..dan kami adalah kita..jangan pernah berasa terasing dari kita semua..
*****************
Ameen ya Rabbal ‘Alamin.
2 sahabat/iah:
salam.
kita berjalan di laluan duka
mengharap redha Azza wajalla
jangan pernah perbutus asa
kerana kita sentiasa ada Dia
~ok kaini?
Waalaikumussalam,
InsyaALLAH..OK.
Jika apa yang dilalui ini hanya untuk dunia,
dah lama rasanya putus apa menyapa,
tapi bila diingatkan semula bahawa segala2nya adalah ketentuan DIA,
maka, bertahanlah kerana detik hidup di dunia ini pasti akan berakhir jua.
InsyaALLAH, 'ala kulli hal Alhamdulillah...
Post a Comment