Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang.
Setinggi pujian dan syukur ke hadrat Illahi, dengan izin dan rahmatNya..diberikan secebis peluang, ruang dan upaya untuk penulis dan sahabat-sahabat menabur tidak sampai setitik budi kepada madrasah tercinta. Alhamdulillah, program Pemantapan Sahsiah 2010 (PERMATA ’10) telah Berjaya dilaksanakan dan telah melabuhkan tirainya 3 Julai yang lalu. Banyak kisah pahit manis dilalui, banyak cerita baru ditulis didalam diari kehidupan, dan disimpul ke dalam ikatan pengalaman.
Peserta menunggu bas untuk ke tempat program
PERMATA ’10 yang telah dilaksanakan di Kem Kenari Nature Park pada 1 Julai – 3 Julai kali ini benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada barisanAJKnya, juga diharap kepada pesertanya. Kesulitan dan kesukaran yang terpaksa dihadapi benar-benar melakar sejarah dan peristiwa yang dilalui benar-benar mencipta falsafah. Bukan mudah menjayakan program seperti ini jika tidak didorong keyakinan yang kukuh dan semangat yang teguh.Nampaknya tarbiyyah di dalam kem ini banyak mengenai AJKnya selain pesertanya.
LDK
moderator memberikan penjelasan
Peserta kem diberi pendedahan sepenuhnya mengenai Islam, Islam dari sudut Aqidah, Ibadah dan Akhlaq. Malah modul LDK yang dilaksanakan juga banyak menjurus kepada pembentukan pemahaman dan penghayatan kepada Islam dan Aqidah, ibadah serta Akhlaq. Dipihak penulis dan sahabat yang bertugas mengendalikan peserta muslimat, kami amat gembira melihat progress kebangkitan adik-adik muslimat yang semakin lama di tempat program semakin berani dan semakin gembira melalui kem.
bermain di sungai
PERMATA ’10 adalah program berkala dan merupakan program kali kedua yang dilaksanakan oleh barisan alumni Maktab Pengajian Islam Kedah. Ini berikutan kejayaan PERMATA ’09 yang diadakan pada tahun lalu. Namun, pada tahun ini, perbelanjaan dan perancangannya adalah lebih tinggi dan meluas.
Setinggi penghargaan dan tahniah kepada pengarah program, saudara Md Syukri Sawai (Alumni 2001-2006) yang telah bertungkus lumus melemaskan diri dalam keringat sendiri demi mencapai target program kali ini. Tidak dilupakan barisan alumni yang lain iaitu ; Mohd Akal, Nor Shuhada, Nurul Habibah, Nur Shuhada, Ummu Hazami, Rasyidah, Hamidah, Habisah dan Ashikin yang bukan sekadar memerah keringat malah juga sudi ber’kering’ poket sendiri demi menjayakan program ini.
Syukran jazilan juga diucapkan kepada barisan urusetia dan fasilitator jemputan (bukan alumni sekolah)iaitu Sayyidah, Erni, Adha, Fatima, Muaz, Majdi, Farahin, Yusof, Azizul dan Fahmi yang merupakan barisan mahasiswa/I Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kerana turut serta dalam program ini. Amat berbesar hati dan gembira sekali di hati penulis apabila dapat berada bersama barisan huffaz, barisan penuntut usuluddin, syariah dan lughah yang ternyata bukan calang-calang orangnya.
Syukran jazilan wa jazakumullahu khairan kathira.
Lagu Iltizam yang menjadi tema program : Menyentuh hati + bertepatan dengan peristiwa.
Di depan sana harapan menantikan
Munculnya wahana sinar kejayaan
Yang bisa bangun setelah direbahkan
Diratap kecewa sepi sendirian
Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Sahsiah kan hebat menyerlah
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang
Bukalah minda kan terlihat rahsia
Apa yang difikir menyingkap yang zahir
Betapa bijana kebijaksanaan
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan
Nilai hidupkan bererti
Maruah dihargai
Islam terus dihormati
Indah dihayati
Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Sahsiah kan hebat menyerlah
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang
Bukalah minda kan terlihat rahsia
Apa yang difikir menyingkap yang zahir
Betapa bijana kebijaksanaan
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan
Nilai hidupkan bererti
Maruah dihargai
Islam terus dihormati
Indah dihayati
Sandiwara tipuan khayalan
Kejahilan mainan syaitan
Emosi bukanlah penyesaian
Wibawa seorang yang beriltizam
2 sahabat/iah:
Syukran Jazilan kpd shbt2 yg meraikan ulangtahun penulis pd 3 julai yang lalu. Syukran kpd y mendendangkan lagu "Allah selamatkan kamu" dan juga yang memutarkan lagu "selamat Hari Jadi" by Upin dan Ipin.. Tahun ini merupakan kali ketiga penulis menyambut ulangtahun sbg AJK program sekolah. Moga usia ini diberkati Allah.
Salam ziarah.
Teruskan menggilap & membentuk Permata Islam dengan aroma tarbiyyah.
Semoga ianya dinilai oleh Allah.
Post a Comment