Wednesday, July 14, 2010

HALUS ’10 dan Kek Hari Lahir pertama.


Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang..


Selepas beberapa ketika berada di kampung di kampung halaman sendiri, akhirnya penulis kembali menjejakkan kaki ke bumi ilmu-UTM. Walaupun tiba agak awal dari tarikh kuliah bermula, namun sebenarnya ada agenda lain yang menanti. Pertemuan diatur, Strategi disusun, perhitungan dicatur dan batas-batas upaya di atasi sekudrat yang ada, akhirnya Program Kecemerlangan Pelajar kumpulan Mutiara (HALUS ‘10) telah mampu dilaksanakan sekaligus menyaksikan perasmian penggunaan Dewan Al-Marbawiy milik Fakulti Tamadun Islam (FTI) .

mengatur strategi..


Program Kecemerlangan ini merupakan anjuran bersama Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam (IMPI), Fakulti Tamadun Islam (FTI) dan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai telah di adakan pada 10 dan 11 Julai yang lalu bertempat di Fakulti Tamadun Islam (FTI). Peserta HALUS terdiri daripada 68 orang pelajar-pelajar tahun 6 SK Taman Sri Pulai. IMPI mendapat kerjasama yang cukup baik daripada pentadbiran FTI dalam melaksanakan program ini, begitu juga daripada SK Taman Sri Pulai. Pengisian program banyak menumpukan kepada memotivasikan para pelajar untuk menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.


Amir IMPI sedang membentangkan modul


Gelap

pendaftaran


Ada kisah menarik yang berlaku semasa berlangsungnya HALUS ’10 Ketika itu, dewan Al-Marbawiy telah siap dari segi pembinaannya namun masih belum mempunyai elektrik dan kelengkapan sistem audio. Oleh itu kami merencana dua tempat yang sesuai untuk mengadakan program ini, satu di FTI-AlMarbawiy, tetapi jika elektrik masih belum dapat disiapkan maka akan berpindah ke dewan Al-Ghazali MSI. Kemudiannya, kami dimaklumkan bahawa elektrik akan dipasang sehari sebelum program, jadi keputusan dibuat bahawa program akan dilaksanakan di AlMarbawiy. Barisan AJK dan fasilitator HALUS ’10 telah diminta untuk menginap di FTI sehari sebelum program bermula. Namun, sehingga jam 10 malam dewan Al-Marbawiy masih di dalam keadaan gelap. AJK berkampung di BK Hasbullah dan BK Faruqi, manakala BK Khadijah dan BK Ibn Khaldun dikemaskan untuk dijadikan penginapan peserta.


bergelap dan panas sebentar

Bermula pendaftaran peserta pada 10 Julai, elektrik masih tiada. Dalam keadaan yang agak gelap dan panas, modul tetap dimulakan. Namun, rahsia dan rahmat Allah siapa yang tahu. Tengah harinya sejuk menyusul apabila hujan mencurah bumi. Dan pada petangnya elektrik sudah boleh digunakan. Pelajar semakin selesa Cuma aroma kapur barus memenuhi dewan pada malam itu semasa slot muhasabah berlangsung.





Esoknya, slot motivasi diteruskan oleh penceramah jemputan yang dipilih pihak sekolah, manakala motivator kedua adalah ustaz Abdul Hafiz daripada Pusat Islam UTM. Program berlangsung dengan lancar, Cuma AJKnya yang kalut di belakang tabir menguruskan gimik perasmian penutupan dan hal-hal yang berkaitan. Majlis Perasmian penutup dilaksanakan oleh Pen.Kanan 1 SK Taman Sri Pulai, En Mazlan bin Saringat, turut hadir adalah Timbalan Dekan (Pembangunan Sosial) Dr Othman Napiah dan kaunselor SK Taman Sri Pulai. Program berakhir kira-kira jam 2 petang. Dan sesi mengemas dimulakan kembali. Kira-kira jam 4 petang lebih barulah AJK beransur pulang ke kolej masing-masing.


Kek Hari Lahir Pertama

Sampai di blok kediaman, penulis bergegas ke bilik untuk mengambil pakaian kerana ada destinasi tujuan yang lain. Namun, penulis bercadang untuk solat dibilik terlebih dahulu. Mana tahu, siapa menduga, rupanya sahabat-sahabat sudah pon bersedia untuk menyambut hari kelahiran penulis. Sebenarnya 11 hb Julai bukanlah tarikh yang sebenar tetapi pada 3 Julai. Namun, kebanyakannya terlupa kerana musim cuti, lalu diganti dengan hari itu.

Sungguh, kek coklat itu adalah kek hari lahir pertama buat penulis. Sepanjang 22 kali ulangtahun inilah kali pertama kek menjadi pemanis mulut. Alhamdulillah..dalam diam ada sahabat yang menyayangi. Terimakasih Allah kerana memberi kami Ukhwah yang sebegini.

Syukran Jazilan kepada Kak Huda, Kak Sah, Tg Aini, Kak Kin, dan Fatin yang telah menyambut kelahiran insan ini dengan kek yang pertama. Jazakumullahu khairan kathura. (^_^)


untuk yang bergelar sahabat,

kasihmu kurasai walau beribu batu jauhnya,

tak leka dan tidak rela melihat aku leka,

kau sinari cahaya persahabatan ini dengan ukhwah Fillah,

kau titipkan mawaddah dalam rahmah menuju Allah,

Syukran sahabat,

Syukran Ya Allah..atas sahabat yang Engkau berikan ini.


Kek Coklat hari lahir penulis yang pertama


******

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh” Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

Wednesday, July 7, 2010

PERMATA '10 menyinari...


Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang.

Setinggi pujian dan syukur ke hadrat Illahi, dengan izin dan rahmatNya..diberikan secebis peluang, ruang dan upaya untuk penulis dan sahabat-sahabat menabur tidak sampai setitik budi kepada madrasah tercinta. Alhamdulillah, program Pemantapan Sahsiah 2010 (PERMATA ’10) telah Berjaya dilaksanakan dan telah melabuhkan tirainya 3 Julai yang lalu. Banyak kisah pahit manis dilalui, banyak cerita baru ditulis didalam diari kehidupan, dan disimpul ke dalam ikatan pengalaman.

Peserta menunggu bas untuk ke tempat program


PERMATA ’10 yang telah dilaksanakan di Kem Kenari Nature Park pada 1 Julai – 3 Julai kali ini benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada barisanAJKnya, juga diharap kepada pesertanya. Kesulitan dan kesukaran yang terpaksa dihadapi benar-benar melakar sejarah dan peristiwa yang dilalui benar-benar mencipta falsafah. Bukan mudah menjayakan program seperti ini jika tidak didorong keyakinan yang kukuh dan semangat yang teguh.Nampaknya tarbiyyah di dalam kem ini banyak mengenai AJKnya selain pesertanya.

LDK


moderator memberikan penjelasan


Peserta kem diberi pendedahan sepenuhnya mengenai Islam, Islam dari sudut Aqidah, Ibadah dan Akhlaq. Malah modul LDK yang dilaksanakan juga banyak menjurus kepada pembentukan pemahaman dan penghayatan kepada Islam dan Aqidah, ibadah serta Akhlaq. Dipihak penulis dan sahabat yang bertugas mengendalikan peserta muslimat, kami amat gembira melihat progress kebangkitan adik-adik muslimat yang semakin lama di tempat program semakin berani dan semakin gembira melalui kem.



bermain di sungai


PERMATA ’10 adalah program berkala dan merupakan program kali kedua yang dilaksanakan oleh barisan alumni Maktab Pengajian Islam Kedah. Ini berikutan kejayaan PERMATA ’09 yang diadakan pada tahun lalu. Namun, pada tahun ini, perbelanjaan dan perancangannya adalah lebih tinggi dan meluas.

Setinggi penghargaan dan tahniah kepada pengarah program, saudara Md Syukri Sawai (Alumni 2001-2006) yang telah bertungkus lumus melemaskan diri dalam keringat sendiri demi mencapai target program kali ini. Tidak dilupakan barisan alumni yang lain iaitu ; Mohd Akal, Nor Shuhada, Nurul Habibah, Nur Shuhada, Ummu Hazami, Rasyidah, Hamidah, Habisah dan Ashikin yang bukan sekadar memerah keringat malah juga sudi ber’kering’ poket sendiri demi menjayakan program ini.


Syukran jazilan juga diucapkan kepada barisan urusetia dan fasilitator jemputan (bukan alumni sekolah)iaitu Sayyidah, Erni, Adha, Fatima, Muaz, Majdi, Farahin, Yusof, Azizul dan Fahmi yang merupakan barisan mahasiswa/I Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kerana turut serta dalam program ini. Amat berbesar hati dan gembira sekali di hati penulis apabila dapat berada bersama barisan huffaz, barisan penuntut usuluddin, syariah dan lughah yang ternyata bukan calang-calang orangnya.

Syukran jazilan wa jazakumullahu khairan kathira.


Lagu Iltizam yang menjadi tema program : Menyentuh hati + bertepatan dengan peristiwa.


Di depan sana harapan menantikan
Munculnya wahana sinar kejayaan
Yang bisa bangun setelah direbahkan
Diratap kecewa sepi sendirian

Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Sahsiah kan hebat menyerlah
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang

Bukalah minda kan terlihat rahsia
Apa yang difikir menyingkap yang zahir
Betapa bijana kebijaksanaan
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan

Nilai hidupkan bererti
Maruah dihargai
Islam terus dihormati
Indah dihayati


Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Sahsiah kan hebat menyerlah
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang

Bukalah minda kan terlihat rahsia
Apa yang difikir menyingkap yang zahir
Betapa bijana kebijaksanaan
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan

Nilai hidupkan bererti
Maruah dihargai
Islam terus dihormati
Indah dihayati

Sandiwara tipuan khayalan
Kejahilan mainan syaitan
Emosi bukanlah penyesaian
Wibawa seorang yang beriltizam


p/s: Saya melihat sahabat-sahabat kuat beriltizam dalam sukarnya usaha kita kali ini. Terima kasih Allah, Kau kurniakan kami persahabatan ini.