Jamaah anak-anak : Alhamdulillah...^_^ |
Sunday, November 25, 2012
Only 5
Hanya 5 Minit
Alif, Ba,Ta,
A, Ba, Ta
Ka ta ba, ja la sa,
Lambat, lambat, sangat lambat. Masa yang diambil juga
tidak boleh terlalu lama. Mereka akan hilang tumpuan dengan cepat. Cepatlah,
jantung hati dah bergegar laju. Aishy..masih ada 4 orang lagi. Mereka sudah
mula bergerak-gerak. Gerakan yang semakin lama semakin “membesar”.
“Dum!”
bunyi kerusi tumbang memenuhi ruang bilik pengajian.
“Safari!”
terkeluar juga suara separuh jeritan itu dari anak tekak. Wah, suka betul
mereka bergerak! Akhirnya dah tumbang kerusi yang sepatutnya berdiri tegak dan
segak tu. Kalau belajar lambat betul, tapi kalau bergerak..hurm kalah ratu
pecut!
Cuba beritahu saya, apa cara terbaik mengajar mereka
yang seperti ini. Jumlah tidak ramai dan asas pengajian perlu bermula dari
sifar. Mereka sangat mudah hilang tumpuan. Betul, saya ingin adakan permainan
namun ia tak dapat menghasilkan apa-apa kerana mereka tiada asas untuk itu.
Saya perlu tarik seorang demi seorang dan cakap “Baca iqra’ kamu tu!”.
Target saya, sekurangnya mereka dapat membaca. Pemahaman tak lah susah sangat,
tapi kalau berkait dengan ingatan memang sangat sukar. Tumpuan yang tidak
berfokus, singkat (hanya 5 minit) dan mudah berubah-ubah memang menjadikan
kelas ini agak “liat” untuk dihadam. Malah, perbezaan umur dan kebolehan (multiple
intelligent) serta masalah pembelajaran (learning disability) yang
tersendiri turut sama tumpah mewarnai corak pembelajaran di dalam kelas ini.
“They only can focus for just 5 minutes to you, lepas
tu mereka akan mulalah..main sana, cuit sini. Sebab itulah madam suruh kita
pelbagaikan aktiviti. Untuk jangka masa 30 minit berapa banyak bentuk aktiviti
yang perlu berubah-ubah..cikgulah juga yang kena tarik-tarik masa”, terngiang-ngiang kata-kata seorang guru senior yang
sememangnya sudah berpuluh tahun mengajar.
“But you know, students here ada bezanya dengan tempat
lain. Mereka sudah terbiasa dengan budaya dan cara hidup. Susah betul kita
sebagai guru nak ubah..”
Aduh! Berat nanang! Gawat tahap gaban! Banyak betul???
Haha..just kidding. Tapi itulah prinsip pengajaran. Jadi guru
betul-betul perlu bersabar. Mood mengajar boleh pecah bila murid
tiba-tiba bergaduh, atau sakit, atau buat perangai. Induksi yang disediakan
boleh ranap jika situasi-situasi tertentu gagal untuk di”sabarkan”? ^_^
My Boys, My Girls
Balik kampung, tersedar 24 jam. Aha,,saya ada 17 orang
anak rupanya. Kebanyakan mereka adalah pelajar sekolah rendah. Cuma ada 5 orang
sahaja yang di menengah. Senyum sendiri bila teringat gelagat dan pelbagai
kerenah. Harusnya, dan sememangnya tiada siapa yang tidak sayang anak sendiri.
Begitulah juga keadaannya, tak kira betapa riuh rendah tapi itulah juga
keriangan dan kerinduaan sepanjang tahun. Teknik mengawal? Hehehe…^_^
Kaedah mendidik sudah mula berbeza antara anak-anak
peringkat rendah dan menengah. As long we can get along..mudahlah nak
bentuk mereka sebenarnya. Jadi, dekatkan diri dengan mereka dan get along!
Dalam semua perkara…^_^
Alhamdulillah..!!
p/s: di sekolah sibuk ajar murid mengaji, balik umah
kena pastikan anak sendiri pon pandai mengajilah kan. Ha, mana boleh biar anak
kita sendiri terkontang kanting..peace!
*******************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman
yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku
mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan
Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah
pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku
dengan orang-orang yang soleh”
Subscribe to:
Posts (Atom)