Tuesday, October 26, 2010

::KiTa::

Tak terucap kata,

terdiam sepi semua,

hanya desiran angin yang berirama,

menyampaikan hasrat yang terdiam luka,

wajah yang tersenyum tak bermaya,


sahabat,

Tawa manismu sering kudamba,

tenang jiwamu ku tercari semula,

betapa Allah menimpakan ujian buat kita,

dalam keributan tiba-tiba tercuit rasa,

terbeban hingga jatuh tersudut tidak berdaya..


Sahabat,

jiwa ini bukan sebenarnya milik kita,

Dia yang Maha Kuasa atas segala,

tercarik minda lantas mencantas rasa,

jika tidak segera kembali kepadaNYA..


Sujudlah dalam kesunyian redha,

tafakur di dalam kebingitan jiwa,

biarkan menitis derai airmata,

jatuh membasahi tempat sujud yang setia,


dan yakinlah bahawa DIA

Maha Adil kepada hambaNYA

Tiada zalim sebagai pencipta,

tidak diuji apa yang tak tercapai upaya,

insyaALLAH ini adalah hadiah dariNYA..

bersyukurlah atas segalanya..


26 Oktober 2010

9:15 pagi

KTF, UTMJB











p/s : kamu adalah kami..dan kami adalah kita..jangan pernah berasa terasing dari kita semua..



*****************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

Friday, October 15, 2010

my BIG experience~~



Saya mengambil secebis waktu, Yang ALLAH izinkan untuk saya. Dalam kelelahan menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) dengan pelbagai masalah yang timbul…saya mencuri sedikit waktu untuk meng’update’ blog ini. Walaupun sebenarnya masih banyak lagi yang perlu diselesaikan…

**********

Dengan Nama ALLAH Maha Pengasih Maha Penyayang..


Alhamdulillah ‘ala kulli hal… 10/10/10 Merupakan suatu tarikh yang cukup cantik, cukup menarik dan teratur angkanya, dan pada tarikh ini jugalah penulis Berjaya menamatkan Kem Bina Insan Guru (BIG) siri II dengan sebaiknya. Walaupun sebenarnya hari itu adalah hari yang susah untuk bergerak, kerana kecederaan pada kaki kanan akibat tergelecek pada malam sebelumnya.Namun kesyukuran yang dipanjatkan kepada ALLAH…apalah kiranya kecederaan itu jika dibandingkan kemalangan ngeri yang berlaku pada tarikh yang sama..dan juga sahabat yang mengalami berita duka.


BIG : Tarbiyyah keberanian dan kekentalan


Menyorot berita-berita yang diterima oleh sahabat yang melalui BIG siri I, ternyata banyak perkara yang menyebabkan jantung berdegup kencang. Aktivitinya benar-benar mencabar keberanian dan kekentalan seseorang. Namun, apabila penulis melaluinya, maka lebih penulis akui bahawa ianya menyentuh mental dan jiwa untuk lebih berani dan kental. Menjentik prinsip agar lebih teguh dan tidak mudah goyang tidak kira dalam apa jua keadaan yang berlaku.


Keberanian bukan sekadar mendepani kegelapan malam semasa night walk, atau melalui ‘hantu puith’ yang menunggu di atas pagar, bukan juga sekadar melepasi rimbun pokok berhantu yang berbunyi ketika melaluinya. Tapi ia sebenarnya mengajar untuk menjadi berani menyatakan kebenaran. Analoginya, jika kita memegang kebenaran di dalam suatu perjalanan hidup ini, kita perlu genggam dengan kuat..walaupun terpaksa meredah kerenah (gelap malam) dengan sendirian dan berhadapan dengan rintangan (gangguan fasi) kita tetap perlu teruskan. Kalaupun dikejar oleh hantu yang menanti sehingga jatuh dan terluka, kita tetap tidak boleh berundur dari perjalanan. Sakit adalah syarat merasai manisnya perjuangan.!! Kebenaran perlu digendong sehingga sampai ke puncak! Prinsip tetap prinsip, walaupun capik atau tempang namun kebenaran dan prinsip tetap perlu dipertahankan!! Kita tidak boleh lepaskan…


TAHNIAH kepada sahabat-sahabat BIG I & II yang Berjaya melalui “night walk” dengan jiwa mereka! Ingatlah..kubur nanti lebih gelap dan sunyi malah bisa jadi lebih bahaya jika kita kembali kepadaNYA dengan amalan yang kosong!


BIG : Hasanatul Abrar, sayyi aa tul muqarrabin…


Dan kisah kami bermula, dengan langkahan berat kami pergi jua. BIG.., kami mohon segalanya hanya pada ALLAH. Tempat pergantungan segalanya. Kaki melangkah, jiwa ingin turut serta, hati mengharapkan yang terbaik untuk semua. Dan kami bermula dengan sedikit kelegaan. Pabila semuanya dijaga dengan lebih baik. Alhamdulillah, ada kesannya dari perjuangan ‘mereka’. Syukran sahabat!! Kami percaya pada perjuangan ini, malah kami sangat yakin! Biar apa yang terjadi, pasti ada kemenangan di hujungnya!!


Namun, siapa yang dapat menyangkal adanya perjuangan yang perlu diteruskan? Sehingga detik hembusan nafas yang terakhir sekalipun…perjuangan tetap akan berterusan dan disambung oleh insan lain pula. Sekali kita terleka, terpukullah semuanya..Siapa yang berjuang pasti merasainya..


Buat diriku dan kamu,

Ku tahu kita hanya insan biasa,

Yang tak lepas melakukan dosa,

Tak lepas melalui leka,

Kita juga bisa tersilap

Lantas tersalah tingkah dan bicara..

Namun ertinya amatlah berbeza,

Kerana apa yang kita bawa dan mereka,

Ternyata tidak sama…


Jika mereka menjaga sekali,

Kita perlu 10 kali ganda,

Kerana itulah yang ditandai menjadi identiti,

Dan itulah juga yang ingin kita tepati…

Ada masanya kita teruji jua,

Moga ALLAH mengampuni dosa.



BIG : Medan Ilmu dan realiti


Setinggi penghargaan diuntaikan kepada Fakulti Pendidikan dan sekalian fasi yang menjayakan BIG siri II terutamanya dan juga BIG siri I. Tidak dapat dinafikan, manfaat BIG kali ini kepada kami semua. Kami diberikan ilmu baru mengenai apa yang tidak pernah kami ketahui, ilmu kayak, orienteering, dan lain-lain. Sejujurnya, kami juga menemui secebis realiti dalam masyarakat. Sek

aligus memberikan pendedahan untuk mengajar kami agar bijak memilih alternatif dalam segala hal. Termasuklah kekuatan mental, fizikal dan jiwa yang perlu kami pertingkatkan. BIG ini menyedarkan kami akan perlunya kami mempertingkatkan kekuatan fizikal dan mental, serta tidak lupa mengentalkan jiwa dan memperkukuhkan prinsip. Kiranya BIG adalah medan ujian untuk menilai skala “mampu dan kekuatan’’ kami terhadap prinsip dan jiwa!


Terima Kasih!! Kami akan mempertingkatkan lagi skala kekuatan kami!! Insya ALLAH!

***************

Mutiara Wahyu; 2 :214

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ (٢١٤)


214. Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

(Al-Baqarah : 214)

*****************

“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

Sunday, October 3, 2010

HATI DAN PERASAAN



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.


P/S : Semasa “menyelongkar” laptop terjumpa kata-kata hikmah ini. Moga kita dapat mengambil iktibar sedikit sebanyak. Wahai diri..pilihlah untuk hidup semula dengan lebih gembira!!


********


“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.