Friday, September 28, 2012

Sesuatu~


Assalamualaikum wbt. Puji dan syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam, yang melimpahkan nikmat dan kurnia-Nya tanpa henti, Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, para sahabt baginda, kaum keluarga dan seluruh tabi'in yang berusaha menyebarkan dakwah Islam sehingga kita mampu mencicip sedikit nikmat itu pada hari ini.

Alhamdulillah, syukru lillah~~ terima kasih ya ALLAH.

Dalam kehidupan manusia ini, dalam perjalanan juang, ada kalanya kita terlupa pada sesuatu kerana terlalu mengejar sesuatu. Kita ter"sinis" pada sesuatu yang katanya untuk menyedarkan sesuatu, sehingga kita terlupa bahawa jika sesuatu kedua itu kita memiliki, kita juga akan melakukan sesuatu yang pertama itu.

Peningkah dengan ayat penulis ini? Hurm, mungkin jua ada yang terpingga-pingga dan merasa pelik dengan ayat itu. Tapi, bila kaki kamu sudah melangkah ke suatu tempat atau tahap yang setaranya, kamu akan faham dengan sendiri. 

Jika menyokong seseorang, kita perlu tahu bahawa dia juga insan yang boleh melakukan kesalahan kerana khilaf itu adalah fitrah kejadian. Namun, jujur kita mudah memaafkan dan sering juga mudah menerima alasan dan mempertimbangkan keadaannya. Tahu, kenal dan suka itu adalah satu lapisan kuasa yang mengikat percaya, sayang yang mudah memudarkan marah dan dendam. Namun, lain pula jika kita menentang atau membenci seorang, kadang kala kebaikannya pudar sudah dek api benci yang melata-lata. Dan selalu jua kita nafikan kebaikannya walau ada secebis cuma. Hurm, tak mahu mengakui ini? terpulanglah pada anda, anda berhak menentukan fikiran anda sendiri namun suatu hari nanti fikiran itu pasti dinilai jua.

Ya Allah, hambaMu ini sedang mencari jalan juang, menyokong dan mendokong kebenaran dan fitrah. Maka, jika hambaMu ini menyokong manusia yang Cinta kepadaMu, tetapkanlah hambaMu ini dalam sokongan dan dokongan itu, namun jangan sampai mata hati kabur pada kesilapan membuat perbandingan dan buah fikiran. Ya ALLAH, hambaMu ini sedang membenci kekufuran dan maksiat yang berlaku, Maka, jika ada ruang untuk kembali taubat, jangan Engkau jadikan hambaMu ini buta untuk mengakui kebenaran dan kebaikan itu walau secebis sisa. 

Ya ALLAH, Jangan Engkau jadikan kemarahan itu sebagi kekuatanku tetapi jadikanlah kasih sayang itu sebagai kekuatanku sehingga mampu kulalui segala takdirMu untukku.

Ameen ya Rabbal 'Alamin.


{ Allahummaftah bainana wa baina qawmina bil Haq, wa anta khoirul fatthihin }

*******************
“ Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh”

0 sahabat/iah: